Wednesday, May 23, 2012

Borneo : Tiga

Untuk rujukan entry terdahulu, boleh aje klik di bawah:



Malam ni baru terhegeh-hegeh nak update. Sejak dua menjak ni, payah sikit nak update belog. Sedang menjadi orang nomad kekdahnya. Bertahan untuk sementara waktu, pujuk hati kepada hati sendiri. Eh ewah! :)



Masa hari pertama atau kedua macam tu, kami selalu ke sini makan-makan. Makanan dia boleh lah tahan. Sedap lah jugak. Hidangan kat atas ni dipanggil midin. Urmm, midin goreng kot. 



Waterfront, sebelah sana lagi meriah dengan orang ramai berjual beli. Cantik pemandangan bila dah nak malam.Time ni dah nak maghrib. Sekali pandang macam bukan kat Malaysia. Dua kali pandang macam kat Hong Kong, tiga kali pandang nampak cantiknya lampu tu semua.



Perjalanan ke Pekan Serikin. Pagi-pagi lagi kami dah siap-siap nak ke sana. Rasanya kalau pergi kerja, urmm takdelah se awal macam ni. hi hi hi. Semangat punya pasal nak pergi merayau. Masa ni kabus masih tak sempat nak nyorokkan diri lagi. Nyaman sungguh dengan suasana pagi masa tu. Nak ke Serikin ambik masa dalam 1 jam lebih jugak. Err, satu jam kot. Tengok, bab-bab masa ni aku sokmo fail!



Ini daerah Bau. Tak sangka dapat sampai kat sini. Jauh tinggalkan rumah kat Terengganu sana. Feeling lelebih plak, padahal ni berapa bulan lepas ntah. Biasa budak ni. Masa ni hampir jam 7 lebih pagi kot macam tu. Pergi awal sebabnya nak ke sana dahlah jauh, nak beli itu ini lagi. Mau berejam-jam.



Kami sampai kat sana, isi perut dulu. Kasi kenyang-kenyang perut, dodoikan perut dulu. Lepas tu barulah bergerak berjalan seluruh kawasan pasar nih. Dahlah panjang, luas macam-macam barangan yang dijual. Jenuh jugak duk menapak. Tapi kira ok lah, aku tak kisah sangat bab-bab berjalan cuci-cuci mata nih. Kalau ikut hati, barang-barang kat atas ni, mau aje dibawak balik. Tapi payah nak bawa. Tudung saji tu nampak macam memiliki ketahanan yang jitu. Kerusi-kerusi rotan tu semua, memang mengamit hati. 'Datang lah ke sini, marilah beli kami'. 'Tak boleeehhhhh', detik hati dalam badan nih. 



Nabiha terpedaya terpesona dengan kapal merah. Melangut jer kat depan, akhirnya tewas jua. Kapal berharga RM5 ini dibelinya. Senang aje nak mainkan kapal nih, letak aje minyak masak kat corong kapal tu kan. Lepas tu cucuh dengan api, terus jalan. Kreatif 9 bintang kasi kat pencipta kapal ni. Inovatif sungguh. Aku tak terfikir nak buat benda-benda ni semua. 




Gitar pun ada jual. Kalau adik aku tengok nih, mesti dia suka. Padahal dia bukanlah terel main gitar pun. Setakat pegang gitar terel lah. Semua barangan yang kat atas ni, aku tak tanya harga. Setakat memotretkan gambar kat dalam memory card aje. Sebagai kenangan untuk diri sendiri :)



Sapa-sapa yang nak main drum, boleh cuba lepas tu boleh beli. Harganya? Entah tak tahu.




Bunga-bunga yang ada. Tak banyak sebenarnya bunga yang ada. Aku rasa ni ajelah kot bunga yang ada. Erk! banyak pulak duk ulang ayat sama. hu hu hu. Dorang letakkan bunga ni sekaligus macam tu je dalam bakul ni. Nak kata segar sangat, takde lah sangat. Biasa-biasa aje.



Walaupun tak lah sesegar susu cair nestle, tapi cantik sungguh bilamana dah menjadi gambar. Kirenya semua bunga-bunga ni sangat fotogenik. Cantik kan ros kuning nih?



Macam-macam warna. Lupa nak cium, wangi ke tak. Sekarang bunga dah tak wangi macam dulu dah. Wangi biasa-biasa aje.



Cenderamata yang ada dijual. Macam-macam barangan kayu. Dahlah buatan dia teliti. Puji macam nak rak je, tak beli pun. 



Antara barangan yang lain. Kalau korang jenis suka mengumpul koleksi pelik-pelik, mesti korang akan beli.



Hampir separuh hari jugak kami kat Serikin tu. Tengahari kami gerak balik. Singgah sat kat gerai/warung jualan yang ada kat tepi jalan. Banyak jugak dorang jual hasil tanaman. Suasana kampung sungguh. Best jer.    Kami berenti sekejap je, lepas tu sambung perjalanan semula.



Keychain anak-anak buah. Sebenarnya malas nak ingat pasal keychain nih. Masa dorang duk belek-belek keychain, aku tak fokus sangat. Aku lebih rela hati pergi pusing-pusing kat kedai-kedai baju, kedai yang lain. Bila dorang tunjuk masa kat dalam kereta. MENYESAL TAK SUDAH. Dah lah cantik giler. Murah jer RM2. Yang pasti CANTIK + TAHAN LASAK. Korang pilih aje nak keychain bentuk yang macam mana. Lepas tu, bagitau nak tulis nama apa. Dorang buat time tu jugak. Tulisan dahla cantik. Eeeee! Geram. Kat Serikin aje yang ada keychain macam nih, kat bandar Kuching takde. Aku cuba sedapkan hati dengan 'takpe, ada kat Kuching nanti. Ada kat waterfront'. Sudahnya?? Hampeh, langsung takde. Nak buat macam mana, takde rezki. Urmm.

Ok lah, sampai sini dulu. Menaip dalam keadaan tergesa-gesa nih. Main taram je.




2 comments:

  1. besnya jln2 borneo ha ah la cntik keychain tu (hehe saje je)

    ReplyDelete
  2. kamu memang ada bakat ambil gambar :)

    cantik semuanya! ros kuning itu menawan hati :)

    keychain itu pun sama. takpe.. lenkali datang kau beli byk2 keychain tu.. mana tahu masih ada next time :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.