Tuesday, May 1, 2012

Diari Afiq : 1 Mei 2012

Assalamualaikum kawan-kawan. Pada hari ini Afiq akan bercerita perihal mandi kolam. Kawan-kawan nak tahu tak, inilah kali pertama Afiq datang ke Terengganu Equestrian Resort atau lebih dikenali dengan TER. 

Begini kisahnya, masa tu petang. Afiq tengah merangkak-rangkak sambil ketawa gembira. Time tu Afiq tak pakai baju, pakai pampers je. Cuaca kat rumah Tokki sangat hot. Lepas tu Umi keluarkan pelampung Afiq tunjuk kat Cuda Cida. Afiq senyum sebab Cida tak tahu Afiq dah ada pelampung. Cannnntikkk pelampung Afiq tau. Masa tu, pelampung Afiq tak ada angin pun. Kempis je.

Cida keluarkan idea tang-tang tu jugak. Dia ajak pergi mandi kolam kat TER. Ummi terus setuju macam tak fikir apa dah. Ummi rangkul Afiq masuk bilik pakaikan baju seluar. Cida bersiap-siap dan terus ke kereta dia. Dia dah tunggu dalam kereta. Afiq seeeeeroooonok giler. Maklumlah mana pernah pergi mandi kolam. Kalau mandi air terjun tu err..Afiq masih ada dalam perut Ummi. he he he.

Perjalanan ke TER diteruskan. Singgah ke Shell, kononnya nak pam pelampung. Tapi pam tak boleh masuk kat pelampung. Cida terasa sedikit 'cak do do' aka stupi* apabila menyedari akan keadaan tu. Mana mungkin dapat gunakan pam kereta yang tak ada pencucuhnya. Memang tak boleh guna la der! Cida terus lempar pelampung kat belakang kereta cover rasa malu sebab orang ramai la jugak time tu. ki ki ki. Afiq pulak Ummi dukungkan. Kami bertiga terus masuk ke kereta dan langsung ke TER. Ummi cakap nak guna aje pelampung kat TER. Kiranya, sewa pelampung lain ajelah. Lagi senang.

Kami sampai. Cida cakap kena bayar kalau nak masuk kolam. Adalah dalam RM4 untuk kanak-kanak bawah berapa tahun entah. Cida baca sepintas lalu je. Afiq tak tahu, sebab Afiq tak pandai membaca lagi. hu hu hu.

Kami sampai kat satu bangku kayu ni. Lega dapat tempat. Kebetulan orang agak ramai la jugak. Maklumlah hari minggu katakan. Diari Afiq ini mungkin akan memakan patah perkataan yang berjela-jela, mungkin seribu patah. ha ha ha. Afiq tak tahu mengira. Hentam je.

Cida pergi ke tempat pinjam pelampung. Tapi Cida tak bawak pelampung, tapi dia bawak pam. hi hi hi. Sukaa! Cida cakap pinjam pelampung mahal. Lagi mahal dari bayaran masuk. RM5 untuk sekali pinjam. Membazir sebab kami dah ada pelampung sendiri, sebab tu Cida try tanya kot-kot mereka ada pam. Alhamdulillah, pam ada dan Cida terus pinjam dengan mereka. ho ho ho. 



Gambar ni dirakamkan oleh Cida. Candid tau. Time ni Afiq khusyuk tengok Ummi tengah pam pelampung. Cida pam lambat. Ummi pam cepat. Zup zap zup zap dah kembang masuk angin.



Pelampung Afiq. Cantik kan?? 



Panorama yang ada depan mata kami. Cuaca agak panas walaupun hari dah beransur petang.



Cidaaa! Jangan amik gambar Afiq.



Kawan-kawan, Afiq dah tak sabar nak mandi ni. Terus Afiq mengintai dari balik pelampung kuning. Eh eh, sensitif ek warna KUNING sekarang. kui kui kui.



Brrrr! Sejuk. Beberapa minit berada di dalam air. Macam menakutkan, macam seronok. Urmm, seronoklah campur best!



Main-main air je yang Afiq tahu.



Afiq dah mula dapat membiasakan diri dengan air. Takut bertukar menjadi raksasa gumbira. 




Luaskan kolam nih. Kat hujung sana untuk orang dewasa. Kat sini cetek je, untuk kanak-kanak.



Bila dah hampir 1 jam kat dalam kolam, Afiq dapat kawan baru. hi hi hi. Afiq la yang paaaaliiiiing kecik sekali kat sini tau. Orang lain semua dah besar. 



Ada abang + kakak yang kasi pinjam bola angry birds. Terasa macam orang besar la pulak. Memang seronok kalau setiap hari boleh datang sini. Kan kan?

Lepas tu, Ummi dah ajak naik. Cida dah siap-siap nak balik. Rasa tak nak balik je. Nak mandi lagi. Tapi tak boleh lah pulak, sebab dah lewat. 

Apapun sangat seronok mandi kat sini. Cida dan Ummi ada borak-borak. Dia cakap nak ajak kakak Nina, kakak Dada, kakak Biha, Ateh, Acik, Ada, Muhammad, Adik Ahmad, Babami datang sini. Seronok kalau jadi.

Ok lah, ini aje catatan untuk Diari Afiq kali ni. 

Selamat Bercuti dan Selamat Hari Pekerja.

Afiq tak kerja tapi Afiq cuti sama. he he he.




4 comments:

  1. Eeeiii bestnya Afiq mandii...hohohooho
    Nanti kak nina balik, Afiq ajak kakak mandi kat TER yaaaaa :-)

    ReplyDelete
  2. memang BESTTTTT! Ok, harapnya ada masa bila akak nina balik. kalau jadual akak nina penuh, tak boleh pergi jugak ;)

    ReplyDelete
  3. afiq super comel heeeee...

    bestnya dia mandi :)

    ReplyDelete
  4. NONG ANDY:
    dia comel + sweet.. hahahha.. ah sudah! puji kat anak buah sendiri. maap ye ;)

    *takmo naik kalau tak angkat ke darat

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.