Thursday, May 10, 2012

Jom Candat Sotong~!

Ya Allah, tak tahu lah kenapa malam ni terimbau kenangan zaman silamto. ha ha ha. Mungkin siang tadi, sepupu cakap dia mau ke laut untuk mencandat sotong, maka kenangan itu makin terselak dan terimbau-imbau dalam kepala. Best gilo. Oh ya, sepupu kite tu perempuan tau. 

Urmm, biasa sangatlah kan kita ni bercakap pergi bercuti sana-bercuti sini [percutian bajet murah/ditaja], jalan-jalan sana, jalan-jalan sini. Cerita pasal makan, cerita pasal keluh kesah, pasal entahpape, luahan hati yang kadang-kadang panas, kadang-kadang sejuk kadang-kadang entah. hik hik.

Itu cerita biasa, jadi kita tinggalkan yang biasa itu. 

Beberapa tahun yang lepas, sempat ikuti aktiviti mencandat sotong. Dua kali je, lepas tu arwah mak tak bagi dah. hu hu hu. Ada alasan dia la ;p



Ni saje tunjuk gambar zaman perang dulu. Tahun 2007, lama kan? Kami pergi ikut aktiviti pejabat. Plan, kumpul duit, bot pulak kalau tak silap bayar minyak aje kot. Bot tu free sebab kepunyaan tempat kerja kami. Ecewah! Bunyi macam bagus. Eh memang bagus pun. hi hi hi. 

Gambar satu aje lah, sebab banyak sangat gambar menarik yang boleh dipertontonkan. Tapi tak mo ar tamak-tamak. Upload satu cukup! Bila tengok gambar, terus terasa macam kat dalam bot. Eh ke ini dipanggil kapal? ha ha ha. 

Sekarang kita ke tahun 2008. kalau tak pernah mencandat tu. Marilah merasai detik-detik hebat itu. Tak tahu la, aku memang rasa hebat dengan diri sendiri bila pergi mencandat. Serius! Sangat perasan hebat! ha ha ha. Pasai apa ceq cakap lagu tu? Meh ceq cerite noo.



Perjalanan mencandat merentasi monumen-monumen di Taman Tamadun Islam. Cantik, masa ni tak tahu la dah buka pada pengunjung ke tak.



Lihat di sana, Masjid Kristal.



Itu pulak Riyaz Heritage. Ala tempat orang biasa buat monsoon cup tu la. Ni pandangan dari laut. Ayat berterabur tatabahasanya.



Jam menunjukkan lebih kurang 6 lebih petang. Masa ni kami dah bergerak menuju ke laut. Muara mula ditinggalkan. Tengok kat belakang tu, nampak beberapa buah bot untuk turun ke laut mencari rezki. Macam kami-kami ni.



Masa trip ni kan, pakcik dan Adik 3 turut sama pergi mencandat. Seronok giler. Adik 3 masa ni masih belajar lagi kot, yang pasti masih bujang. ha ha hacheemmm! Kenapa bawak pakcik dan adik? Walaupun ni aktiviti pejabat, tapi korang bebas nak bawak sape-sape pun. Jadi aku bawak mereka berdua ni. Tengok tu, pak teh tekun duk tengok peralatan candat dia.



Adik 3, Pak Teh dan suami kepada rakan pejabat sudah memulakan aktiviti mencandat. Tak tahu macam mana? Senang je, korang just turunkan candat korang ke dalam laut. Lepas tu, sentiasa goyang-goyangkan tali, lebih kurang macam henjut sikit-sikit la tali tu. Tujuan dia, nak rasa samada ada sotong yang dah terlekat kat mata candat ke belum. Kalau nak tahu, bila dapat sotong, kita akan rasa tali yang kita pegang tu kan, menjadi berat. Time tu korang 'karai' la tali tu. Tak tahu nak guna istilah apa, urmmmm.. Ok, karai tu maksudnya korang naikkan tali tu ke atas. 



Ok kat sini korang boleh nampak, sotong dah dinaikkan. Sotong takde la besar mana. Kecik je. Nampak tak yang ada warna merah tu? Itu candat satu. Janggut sotong melekat pada mata candat tu. Tak payah pakai umpan pun. Yang baawah tu pulak, itu gambar candat. Kalau korang tak kenal lagi lah.



Malam menjelma. Hujan rintik-rintik. Takut-takut ayam jugak tau. Dah beberapa peserta mula mabuk-mabuk laut. Memang lembik kami dibuatnya. Mengalir airmata tau. hu hu hu. Ikhlas cakap la kan, masa ni memang rasa nak lari nak naik darat. Nak balik rumah, nak tidur rumah. Tobat tak mo pergi mencandat dah. Dengan pening nya, Allah aje yang tahu. Uweek uweek tu biasa la. Memang bot tak jalan dah, statik je. Tapi sebab statik tak berjalan tu la, ia akan beralun-alun. Makin mabuk la jawabnya.

Kalau pandang kiri kanan, nampak banyak cahaya berkerlipan dari bot-bot orang lain. Malam kat laut meriah tau. Banyak pengalaman berharga yang kami dapat. Susah payah mencari rezki. Bukan senang, sangat payah tapi tak mustahil kalau kita berusaha dengan doa kepadaNya.




Sotong yang baru dinaikkan biasanya berwarna cerah. Memang tak tahu la nak cakap macam mana cantiknya sotong ni. Subhanallah. Sebelum ni memang tak tahu tau. Nampak tak dalam perut sotong tu? Ada putih-putih kan? Eee.. geram nak mencandat lagi. 



Bila dah lama-lama tu, sotong akan berubah menjadi putih. Macam biasa kita tengok kat pasar tu la. Seronok bila kita duk perhati dia bertukar wajah. Kalau nak tahu, Pakteh aku paling banyak dapat sotong dalam bot ni. Dia memang berbakat dalam hal ni, sebab dia biasa mencandat, turun ke laut bersama-sama kawan-kawan dia. Jenis buat kerja sendiri, cari rojoki halal :)



Keesokannya, kami dah beransur-ansur nak balik. Yeayyyyy!



Suasana pagi masa kat laut, hanya Allah je yang tahu. TENANG SANGAT-SANGAT. Dengan angin yang lembut berdesir, dengan udara yang sejuk, bersih. Memang sungguh mengagumkan. Saya pasti nelayan mesti merasai perasaan yang sama. Feel lain macam sikit. Gigih kan nelayan? Membelah badai bukan senang, hanya yang cekal aje yang mampu. Banyak guna kudrat tenaga. Tak boleh bayang mereka yang mencari rezki di laut.



Dalam perjalanan nak balik. Ini bot kami. Besar jugak bot ni. Sebenarnya kami pergi dua bot. Tapi aku naik bot yang ini. Sebab macam tak ramai je orangnya. Selesa sikit la. Happening sebab ada pakteh and adik sendiri. Seronok la tak terasa macam aktiviti pejabat, tapi dah macam aktiviti kami sendiri.



Dah hampir sampai ke jeti. Kami pakat gambar kenangan. Seronok tak boleh nak cakap. Kata orang, kalau pergi sekali, dua kali, tiga kali, empat kali pun. Kenangan tu tetap berbeza. Setiap kali pergi, mesti kenangan yang terhasil amat MANIS macam GULA-GULA KAPAS. Mmmphhh! 

Sampai sekarang [refer pada yang baju askar tu. Hai Encik Fadzil. hi hi hi] selalu jugak tanya. Bila nak mencandat? See. Betapa kenangan itu sangat bermakna bagi kami semua. Lepas naik darat, pakteh agihkan sikit sotong pada yang tak dapat tu. Kesian jugak, pergi sama-sama tapi takde rezki. Yelah mencandat ni bukan boleh kita agak. Ada rezki kita, ada la. Yang penting, yang ada sama kita rasa.

Ok dah, tu je cerita pasal mencandat.





3 comments:

  1. gambar masjid kristal tu hebat!!

    dan gambar sunset tu menakjubkan :)

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY:
    memang, sunset tu membuai2 pandangan :)

    ReplyDelete
  3. hahahah....memang nok suke teringat time candat tu kak aida..hahahah...sekor pun dokleh..mabuk adelah..hahahah

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.