Monday, May 28, 2012

Perlu ke tajuk?

Mungkin kali ni tiada bertajuk. Duk menengung tak buat apa. HA HA HA. Besar ketawa eh?

1. Lapang
Kalau masa sibuk, sibuk la nak masa lapang. Aku macam tu lah [kata ganti nama aku supaya lebih feel] Bila dah lapang macam ni, tak tahu apa nak buat. Duk tercongok depan komputer. Bukan takde kerja, ada tapi dah diselesaikan tadi. Urmmm, pengisian kerja pada hari ni hanyalah sekadar 30% sahaja. Errr, mungkin 15% aje kot. Tahan gelak bila tengok angka lima-belas-percent tu. Amboihhh.

2. Blog
Aku perasan, dah bukan perasan pun dah. Memang YA pun. Aku jarang melontarkan komen-komen di dalam kotak kecik pada halaman blog orang. Tak tahu la ngape. Yang aku tahu, komen aku biasanya kadang-kadang dalam hati aje. Kalau tak tahan sangat barulah 'cantiknya gambar nih'. Tengok, komen gambar je. Tak komen pada cerita yang tuan punya tu tulis. Macam aku cakap tadi, kadang-kadang komen dalam hati. Kalau komen kadang-kadang meleret, nanti kan macam entahpape je. Aku lebih suka membaca dan kalau komen tu, adalah seketul dua. Tak banyak. Bagi aku tiada paksaan dalam hal ni.

3. Follow
Dulu kan, selalu je ada contest, aku rasa musim kot. Sekarang dah agak jarang la. Kalau nak masuk contest anjuran satu-satu blog tu kan, mesti dorang akan mintak follow. Bagi aku, aku tak suka sangat dengan peraturan macam tu. Dulu pernah jugak masuk contest, jadik follower secara gagahnya. Lepas abis contest tu, aku unfollow. HA HA HA. Jahat giler perlakuan. Jangan silap faham tau. Aku TAK SUKA kalau follow blog dengan hati tak rela. Honestly, dulu [banyak giler ayat DULU ni kan?] aku main follow je blog. Sekarang, dengan pertambahan usia. Aku lebih suka follow blog yang aku rasa suka, blog yang menarik, blog yang ada ilmu yang boleh aku kutip, blog yang best. Payah nak beritahu kriteria blog best sebenarnya. Senang cakap, mana yang aku follow tu, kirenya dalam kategori BEST lah *_O

Terima kasih pada followers aku yang kadang-kadang aku fikir, aku tak adil sebab jarang-jarang je jenguk semua yang di dalam list tu.

4. Bajet BEST
Pernah terjumpa dengan seseorang yang aku rasa, dia ni mungkin termasuk dalam golongan tu. Lelaki ok, so yang perempuan tak usah risau eh. Ni lelaki yang duduk negara mana entah. Kenapa aku cakap macam tu? Kerana terjadi satu insiden yang aku rasa 'sampai macam tu sekali?'. Sedangkan dunia realiti sebenarnya adalah keutamaan kita dan bukannya dunia maya macam nih. Setakat mengisi masa lapang ok lah.

Ramai lagi bloggers perempuan yang hebat-hebat, tapi mereka still cool je.  Sebab tu aku payah sikit nak respect pada orang yang kadang-kadang pelik sungguh pada keutamaan 'macam mana nak buat RM melalui blog, macam mana nak bagi traffic tinggi'. Woo, dulu aku tak tahu langsung pasal traffic ni tau. Tahun lepas barulah tahu kita boleh tengok statistik tu semua. he he he. Ketinggalan banyak. Mungkin itu cara orang tersebut, tak salah. Aku tak kisah pasal nak cari duit tu. Yang aku kisah pasal ala-ala bajet best tu aje la. Mungkin mereka yang senang dipergunakan/mudah tertarik/suka dengan cara dia takkan rasa pape. Tapi aku kureng sikit. Sebab tulah, kalau kita tak jumpa, tak kenal seseorang tu, kita takkan tahu perangai seseorang tu. Nak cerita tapi rasanya macam tak perlu lah. Sekadar menaip di angin lalu macam ni kire ok lah. Namun pada aku macam 'pokcik, lu ni macam entah lah nak cakap. Kelakar pun ada, kalau perempuan tu tak kisah la kan. Ini lelaki'. 

Oh jangan terasa ok. Sebab ini adalah daripada pengalaman yang benar-benar dilalui. At least, pernah jumpa orang macam ni. Kalau boleh tak nak jumpa kan? Tapi ada lah sebab musabab ALLAH temukan kita dengan pelbagai ragam manusia nih. Tak sampai berapa bulan aku follow blog dia [masa tu blogspot tengah meriah. Ramai baby baru kat blogspot tumbuh. he he he], lepas tu aku terus klik stop following this site.

Mesti korang akan fikir, 'macam mana kalau orang buat macam tu [unfollow] kat ko?'. Terpulang kerana apa yang kita buat tiada paksaan. Bukannya mereka kalau unfollow/buat macam tu, mereka akan hilang kerja ke apa. Lagipun pengisian MPS ni sendiri hanyalah berkisarkan hal-hal peribadi sahaja. Ecewah! :)

Dan kata-kata emas ialah 'kadang-kadang lebih baik tak kenal daripada kenal. lebih baik tak tahu daripada tahu'. Kadang kadang la kan. Semua benda ada baik dan buruk kan?

Eh, panjang pulak nombor 4 ni. Mungkin luahan hati tu pasal panjang.

5. Dah nak maghrib. Dari office sampai ke rumah, baru siap entry ni. Fuhhh! 



2 comments:

  1. akak ada gak unfollow beberapa blog yg akak rasa dah tak masuk selera akak.. Kalau akak follow blog tu tapi org tu x follow balik akak tak kisah.. selagi n3 dia best akak akan follow.. kalau n3 mcm dah tak best.. mungkin saja akak klik butang unfollow.

    ada byk ragam gak dlm dunia blog ni kan? heee... akak pong adakalanya baca tapi tak komen sebab NO KOMEN hehehe,,

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    sama la, saya pun tak kisah sangat pasal follow balik ke tak. biasalah dalam dunia maya + bisu macam ni, dah bermacam-macam ragam [termasuk yg tengah menaip nih. HAHHAHA] apatah lagi dunia luar kan?

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.