Saturday, May 26, 2012

Putrajaya

Mengepost gambar lama-lama dari memory card N70 ke dalam badan lappy si hitam manis. Rasanya macam dah pernah upload gambar ni kat dalam MPS. Macam je lah, tapi tak sure pernah ke tak. Alasan biasa : Lup* malas ar nak tulis penuh ayat ni, nanti asyik cakap lup* lama-lama kan jadi kenyataan. ha ha ha. Tetiba datang rasa takut bila teringat ayat seram 'cukup 40 kali ko cakap malas malas malas malas, lama-lama ko betul-betul MALAS!'. See, kita adalah apa yang kita fikirkan. Kalau angin motivasi datang, memang macam ni. Otak lancar duk menganalisis macam-macam hal. 

Oh ya, berbalik pada gambar lama. Sangat lama, adalah tahun lepas kot. Kot. Selesai transfer kat dalam lappy, lepas tu belek semula satu satu gambar yang ada. Yelah, dah hampir setengah tahun tak transfer gambar ni semenjak handphone ni rosak. 



Kasut ni dah rosak. Time ni kasut ni masih menjalankan tugas dia sebagai sepasang kasut. Cantik + selesa giler kasut ni, ha ha ha. Puji kasut sendiri. Eh ni kasut ke? Main taram je ko ni eh? :)




Sambil lepak-lepak kat sini, sambil duk menskodeng orang main kayak. Macam seronok jer, petang-petang main kayak. Macam enjoy giler life mereka. Penat balik kerja, lepak sini, release tension. Pusing 40 round, ha ha ha. Pengsan kalau buat 40 round. Tangan mau naik kematu. Berkayak memang best. Sangat best!



Berjalan-jalan sambil menikmati suasana petang. Nun jauh kat sana masjid Putrajaya. Kalau diberi peluang kerja kat sini, aku NAK! Seriyes! Timba pengalaman banyak-banyak, errr ini antara cita-cita yang tak kesampaian nih. Impian je. he he he. Sebenarnya, semua gambar yang di ambil ni sementara menunggu my boss pergi ke suatu tempat. Kami ke sini kebetulan nak jumpa dengan boss lama kalau tak silap. Lepas tu kami borak-borak pergi makan kat cafe kat sebelah. Kue tiow dia sedapppp! Lepas tu balik semula ke The Zon hotel. 



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.