Monday, June 4, 2012

4 Jun 2012 | 2 Syaaban 1433

Mengikut kalendar Islam saya dilahirkan 2 Syaaban, sekarang masih bulan Rejab. Jadi masih ada baki sebulan kurang lebih untuk hari lahir saya. 

Mengikut kalendar omputeh pulak, 4 Jun. 

Alhamdulillah, tiada kata yang dapat digambarkan. Rasa bahagia, rasa sedih, rasa terharu, rasa yang bermacam rasa kat dalam hati. Bergenang airmata apabila membalas satu persatu komen di dalam fb , lebih-lebih lagi bila baca ucapan dari family. Sedih sebab banyak sebabnya.

TQ SEMUA ATAS DOA DAN HARAPAN YANG DITITIPKAN

Alhamdulillah, Allah masih bagi lagi peluang untuk menikmati kehidupan di dunia yang penuh dengan dugaan ni. Mehnah di sepanjang jalan hidup saya, memang sangat-sangat berduri. Namun, saya sentiasa yakin yang kadang-kadang ujian yang diberi oleh Allah itu yang mana adakala menyebabkan kita menangis. Terasa tak mampu merentas duri, tapi pahatkanlah di dalam hati, di celah-celah duri itu ada mawarnya. Ada manisnya. Allah lebih tahu. Hikmah nya ada, tetapi kita tidak tahu.

Dengan peningkatan usia nih, tipulah kalau saya cakap tak mahu berubah ke arah yang lebih baik. Yeah! Hati begitu nekad untuk berubah dan terus istiqamah di dalam perkara-perkara yang baik. Mungkin apa yang saya buat dalam hidup ni tak banyak jasanya kepada diri sendiri. Tapi tak mengapalah, kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua.

Biasanya apabila hari lahir menjelang, saya akan bercuti hoyeahh! Kali ni tak boleh, kena kerja. Kebetulan kemasukan pelajar Diploma adalah pada hari nih. Jadinya cuti tu kemudian ajelah. 

Malam tadi saya bermimpi arwah mak bersekali dengan ayah. Nak cerita tapi tak faham sangat mimpi tu pasal apa. 

Sebenarnya ulangtahun kelahiran ni, takdelah seexcited macam zaman-zaman study dulu. Mungkin kita dah besar. Dulu memang tunggu jam 12 malam, berderet la sms masuk. Sekarang, sebelum 12 dah tidur sementelah esok kerja. Plus, banyak benda lain yang perlu diutamakan. Ucapan dah tak tepat 12 malam lagi, semua dah berubah. Kita sendiri pun berubah.

Masa Zohor tadi semasa rakan pejabat bagi ucapan 'selamat hari lahir aida + ucapan lain.. '. Terpegun sat, sebabnya serius, kepala tak ada pun simpan 'heiii hari ni birthday saya tau'. Bila orang bagi ucapan baru sedar balik. Lepas tu barulah teringat nak berdoa sempena hari lahir untuk umur yang bertambah dan berkurang nih. HUHUHU

Lagi satu, biasanya arwah mak saya selalu akan ucap selamat hari lahir sebab dia dah tahu kalau saya cuti, mesti ada sebab. Kadang-kadang dah nak petang, dia pun akan cakap 'ooo patutlah cuti, hari ni hari lahir Daa. Selamat hari lahir, semoga rajin-rajin, jadi anak yang solehah'. Arwah mak memang jenis INGAT, daya ingatan dia tajam perihal angka-angka kelahiran anak dia. Bukan setakat kalendar omputeh, malah kalendar Islam. Siap ingat, lahir jam berapa, berapa Muharram berapa itu berapa ini. Orang sekarang jarang macam tu, errr mak kamu macam tu tak?

Alhamdulillah, malam ni hujan mengiringi kami di rumah Allah. Semoga kita semua terus beristiqamah dalam benda-perkara yang baik. Sungguh istiqamah tu bukan senang, sebab banyak sangat nafsu yang ada dalam diri kita nih. Terpaksa berperang tembak peng peng! Booomm! Kalau iman kuat tu takpe lah, ini iman naik turun macam bursa saham. Berdoa banyak-banyak moga Allah sentiasa ada bersama-sama kita. Amin.

Sorry la memang random je menulis. Nak cepat, sementara line masih berkeadaan baik dan sihat.

_____________

Dari hati : 
Aidalela | 4 Jun 2012
Nak tunggu 2 Syaaban



2 comments:

  1. semoga Aidalela terus di berkati Allah..

    *maaf lambat jenggah ke sini :)

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    TQ banyak-banyak.

    *maaf jugak sebab lambat mereply. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.