Friday, June 1, 2012

Alhamdulillah, Subhanallah

Kalau ikut hati, nak bergebang penuh perasaan malam tadi lagi tau. Disebabkan sampai rumah dah lambat. Dahlah tu, siap makan lagi. Memang tak sempat nak bergebang. Lepas kenyang, otak duk fikir benda lain. Jadi cerita entah ke mana.

Malam semalam, hati berbelah bagi nak pergi ke tak dengar ceramah Ustaz Zaharuddin kat Masjid Putih. Datang angin ngada-ngada terasa nak berteman je. Lalu hantar sms kat makcik, tapi dia tak nak pergi. Sempat lagi menung-menung, "rugi kalau tak pergi, bukan senang, dahla dia datang Terengganu. selama ni duk dengar suara dia dalam radio jer. at least adalah ilmu baru yang boleh diraih malam ni". Setelah berdiskusi dengan hati, keputusan PERGI ajelah walaupun sorang diri.

Tajuk ceramah : Keberkatan Harta.

Sempat salin beberapa nota penting. Yang pasti dosa riba sangatlah besar. Tapi kita kebanyakkannya tak sedar, sebab dah biasa kan. Beli kereta, beli rumah kebanyakkannya terlibat dengan riba. Kenapa? Kerana interest. Contoh: Kita pinjamkan kawan kita sebanyak RM100, lepas tu kawan kita tu terpaksa bayar dengan RM110. RM10 itu dah riba. Kita digalakkan berurusniaga dengan bank-bank Islam yang ada di dalam negara kita. Sekurangnya kita tidak menyokong sistem perbankan konvensional. 

Sebab tu kita perlu pastikan harta yang kita dapat adalah melalui jalan yang betul, barulah berkat. 

Ramai jugak audiens malam tadi. 

Nak dijadikan cerita, berlaku satu kisah yang SANGAT MANIS. Tak tahu aku nak ungkapkan dengan kata-kata. Tak sama dengan rasa perasaan nih.

Masa sampai sini, macam biasa cari port yang selesa untuk diri. Dah lama tak datang, dan aku bukan kaki masjid. 

Dah jumpa tempat best, hampar sejadah. Tak lama kemudian, ceramah dah start.

Masa tu macam biasa, mata aku duk sibuk tengok-tengok orang. Sebelah aku makcik, sebelah makcik, makcik jugak, sebelah makcik tu pun makcik jugak. 

Pemandangan biasa kat mana-mana masjid, makcik-makcik biasanya suka sangat bawa kain putih berenda-renda. Mereka tak bawak sejadah, kain putih tu kiranya ganti sejadah la. 

Selalu je fikir, mesti dorang beli kat Mekah. Sebab aku tak pernah tahu, tak pernah nampak kain ni dijual di kedai-kedai biasa. Tak tahulah kot aku yang tak perasan.

Masa nak balik, lipat telekung. Makcik yang duduk selang 2 dengan aku tadi, hulurkan salam nak bersalam. Dia senyum, aku senyum balik. Tangan aku masih sibuk duk melipat telekung. Lepas tu kan, makcik salam, makcik tu tiba-tiba hulurkan kain putih berlipat kat aku. "Ambik ni, wak pakai". Note : wak = buat

Aku terkesima, cakap terima kasih. Pandang kain tu terlintas kat dalam hati "kain tadi ke???".

Aku toleh semula nak pandang makcik tu, tapi tak cam yang mana. Sebab jemaah yang keluar pintu membelakangi aku. Tak tahu nama, tak tahu di mana dia tinggal. Kejadian tu sekejap sangat.

Tentu korang akan cakap, biasalah tu dapat kain/barang-barang kalau pergi masjid. Eh? HEHEHE. Ini bukan pasal BIASA tapi bagi aku sangat LUAR BIASA. Kenapa??

Sejam yang lalu, aku duk cakap dalam hati. "Antara kain makcik ni dengan kain makcik tu, kain makcik tu lagi cantik. Kain makcik ni, bila tengok betul-betul tak berapa kemas sangat. Kain makcik sebelah tu ada sulam. Kain makcik ni plain je kat tengah-tengah dia. Lepas tu, kain makcik tu putih kebiruan, kain makcik ni putih biasa". HAHAHA. Sempat lagi jadi juri untuk kain makcik berdua nih.



Inilah kain yang aku puji cantik tu. Tak tahu nak cakap macam mana, kain ni dah jadi milik aku (kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa). Subhanallah Alhamdulillah. Tiada ayat yang mampu aku lontar, ucap semua. Nak menangis tapi airmata tak keluar, yang ada hanyalah rasa panas je kat urat mata. Airmata tersekat sebab tak nak berlumba-lumba dengan hujan kot. HE HE HE.



Inilah Masjid Sultan Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan nama Masjid Putih. Time ni dah nak balik, hujan masih renyai-renyai lagi. Tangan masih duk pegang kain tadi, masih percaya dengan tak. Ini baru kat masjid di tanah air, bukan di tanah suci. Allah tahu apa yang ada kat hati kita, tahu apa yang kita duk komen/duk berkata-kata. Subhanallah. Aku tak tahu nak tulis apa lagi dah.



Teringin nak makan chicken foldover. Sempat berhenti di mcd. Senyum bahagia malam tadi. Alhamdulillah.

3 comments:

  1. assalam aida..touching aku baca...subhanallah..rezeki...semoga pasni bertemu jodoh di rumah Allah juga..amin2...:-)
    ps:cantik kain tu....aida,mcd skrg dah ada ye kt KT?area mana?wahhh..terbaeklah..ingtkan kerteh je..hihi

    ReplyDelete
  2. Aku tumpang bahagia :)

    makcik tu nampak kau selalu tgk kain tu. tu yg dia bagi tu.. dia tak tau kau dah jadi judges tak bergaji banding2 kain tu hehehe..

    ReplyDelete
  3. UMMI KHALISH :
    wslm..memang sangat touching sebenarnya benda ni. tu sebab upload je moment ni dalam blog nih. AMIN AMIN AMIN. mudah-mudahan ALLAH ringankan jodoh orang. AMIN.

    kain tu memang cantik :)
    eh, mcd dah ada lama la kat KT. dari tahun 2009 lagi kalau tak silap. sekarang dah ada dua, satu kat tepi bangunan stesen bas MBKT dengan satu lagi kat depan giant KT.


    NONG ANDY:
    terima kasih :)

    hihihi..tak tahulah dia nampak ke tak sebab kami duduk bukan menyebelah. saya jeling2 je..hihihi..

    dia kesian kot..hahhaha

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.