Wednesday, June 27, 2012

Betul-betul MPS | My Personal Space

Sejujurnya sejak 3 minggu kebelakangan ini saya tidak tahu untuk memulakan. 
Memulakan penulisan di dalam halaman MPS ini. 
Hendak ditaip secara telus, rasanya itu satu tindakan yang kurang cerdik. 
Hendak dipendam di sudut hati, rasanya itu membebankan diri.

Yang terdaya saya menulis hanyalah seperti entri KOSONG.
Sekurang-kurangnya, maksudnya masih tersembunyi malu-malu disebalik tajuk itu.
Diluah tetapi tidak terlalu menelanjangkan semua rasa.

Kerana itu lah, selepas saya menulis.
Terus sign out, atau menjelajah ke ruang blog mereka yang lain secara sepintas lalu.

Di saat mereka di luar masih tidak mengetahui apa rasa saya, kamu di MPS sudah mengetahui walaupun sekadar membaca secara sepintas lalu atau tak lalu.
Walaupun tak faham apa yang cuba disampaikan. HIHIHI.
Di sini banyak lakaran rasa dihambur sementelah saya tidak begitu gemar meluah rasa-rasa berunsur EMO di dalam FB. 
Saya seorang yang terbuka tetapi sebenarnya sangat tertutup.
Konservatif.
Ya, tertutup untuk berkongsi semua rasa tanpa tapisan.
Tapi kadangkala saya share jugak.
Biar aje lah.

sumber maya : tumblr
Ini soalan hati kita. Tapi hati kita jugak yang menjawabnya.


ye, saya amik dari tumblr jugak :)

Saya masih mengumpul segala kekuatan untuk bercerita. 
Bila masanya, entah saya sendiri tiada jawapan untuk ini.
Masih mengumpul semangat untuk terus melangkah dalam mengenal selok belok, rempah garam, hanyir busuk hati manusia.
Saya masih belajar tentang di dalam diri manusia mempunyai segumpal darah, yang sekiranya tidak dijaga, maka akan buruklah ia. Ya, darah daging itu adalah HATI.
Sungguh, saya jelik untuk memperkatakan tentangnya.
Ye, biarlah Allah mengadilinya. Menghukumnya.

Dalam akal saya, berkira-kira untuk menerbitkan buku motivasi berdasarkan pengalaman sendiri.
Pengalaman yang mungkin tidaklah teruk sepertimana umat Islam yang bermandikan darah.
Namun pengalaman ini, mengajar saya erti kehidupan.
Tengok, impian saya kadangkala besar, sebab tu saya tak gemar nak bagitahu orang. HIHIHI.

Tanpa pertolongan dan kasih sayang daripada Allah, tidak dapat saya duduk di sini.
Menaip rangkai kata untuk dicatit sebagai kenangan perjalanan kehidupan.

Urmmm, saya percaya, kejahatan tidak akan selamanya menang.
Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui.
Besi yang baik, manakan boleh bercampur dengan besi yang jelik.

Semoga Allah kan mengampuni semua dosa-dosa saya, yang saya sedar atau tidak.

Err, sangat emo kan penulisan ni? HUHUHU.

2 comments:

  1. memang berbaur emo.. tetapi juga agak puitis hehe...

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :

    *senyum malu-malu sipu-sipu. hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.