Tuesday, June 19, 2012

Borneo : Enam

Dah terperap dalam draft hampir seminggu. Sebelum basi [padahal dah basi pun], moh le kita menjenguk ke Pasar Satok, Kuching.

Ini adalah kali pertama datang ke sini. Sebelum ni memang tak pernah tahu kewujudan pasar nih. Orang cakap pasar ni besar ke apa ke, memang takde maklumat, memang zero.

Pasar Satok, Kuching

Kami datang sini awal-awal pagi. Masa tu, orang pun dah ramai. Cari parking nasib baik ada parking kosong. Takde lah jauh sangat nak berjalan.


Antara buah yang dijual. Macam-macam jenis, pilih aje nak yang mana.



Kucing tipu-tipu ni berjaya menipu dan memperdaya anak buah si Nabiha. Jadinya, Nabiha berjaya memiliki kucing oren tu. Kucing ni harganya RM12 kot or RM10. Lupa pulak. HUHUHU. Pasang bateri, lepas tu ada bunyi meow meow yang sangat membosankan apabila dah terlalu kerap mengeow. Mata dia pulak, bersinar sinar kekuningan. Pandai sungguh orang yang reka kucing nih.



Buah Linbin Manis. Sekilo hanyalah RM2. Murah kan? Entah macam mana rasanya tak tahu la. Abaikan bayang-bayang dua manusia tu. HIHIHI.



Tembikai. Dorang main tompok-tompok macam tu je atas jalan. Tak alas pape pun. Tak pernah tengok tau tembikai dijual macam ni, biasanya kalau kat pasar biasa. Mereka longgok je. Nak beli satu, ambil satu. Nak beli dua, ambil dua.



Tembikai bentuk panjang. Bentuk macam labu air je.



Epal yang dah siap diletakkan dalam bakul. Jadi senang nak pilih. Harganya memang murah.



Pisang yang pelbagai. Itu pisang tanduk kot. HAHA. Main hentam aje.



Jaga-jaga la korang kalau bawak anak-anak kecil. Bila dah lalu depan mainan ni semua, mau ada yang nangis mintak mak ayah beli. 



Lemang pun ada, lepas tu pelbagai kuih muih turut dijual kat sini.



Puteri ayu yang warna hijau tu, lepas tu apam [kalau tak silap. HIHIHI]. Lepas tu tak tau la kuih apa lagi.



Sarawak memang terkenal dengan ikan terubuk. Kat sini jugak ada orang yang jual ikan terubuk panggang. Rasa betul la kot ikan terubuk. Yelah, sebelum ni pernah beli ikan terubuk masin kat pasar. Dorang bungkus cantik-cantik dalam kotak.



Suasana yang meriah kat pasar sana. Kat sini tempat jualan barang-barang basah. Ikan kat sini macam-macam jenis.



Udang dan udang dan udang.

Ok, nanti kita sambung pulak jalan-jalan kat pasar ni eh. Buat entry sebab kerja pejabat tak banyak sangat. Sementara menunggu kerja baru esok atau lusa, sempat cilok masuk dalam blog. HIHIHI. Sebelum ni jenguk dan sempat beri komen kat page orang je. Nak menulis memang tak berapa nak sempat. Masa tu ada, tapi ada benda lain yang perlu dibereskan terlebih dahulu. 

Ok jumpa lagi.



1 comment:

  1. buah libin? er.. buah apa tu? sedap kah buah itu??

    a.. bila tgk gambar kucing tu. akak teringat shinta mati2 suh akak beli kucing yg pandai menari n pandai berbunyi mcm dlm gambar tu.. hubby cakap

    " Kalau kau nak kucin, nanti dady tangkap sekor kucing liar belakang rumah tu" dgn nada geram akakaka

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.