Friday, June 8, 2012

Borneo : Lima

Macam biasa, kalau cerita pasal jalan-jalan yang libatkan 3/4 hari di sesuatu tempat, urrmmm memang akan melarat sampai 2 3 bulan. HAHAHA. Tak tahu macam mana nak maintainkan post cerita satu persatu episod. Senang cerita, boleh habiskan cerita dalam masa yang singkat. 



Laksa Sarawak. Kami singgah makan selepas melawat Muzium Kucing [tengok balik Borneo : Empat]



Sempat melawat ke Muzium Sarawak. Cantik bangunan dia, err bila tengok lukisan kat dinding nih :)



My bapaknda. Kadang-kadang nampak macam muda umur 50 an je. Padahal dah nak 70 tahun. Alhamdulillah. Masih sihat. Semoga kesihatan yang diberikan oleh Allah akan digunakan untuk menambah bekalan di SANA. InsyaAllah, Amin amin amin.

Oh ya, masa ni ayah yang mintak amikkan gambar untuk dia. Yelah, first time datang sini, harus di ambil kenangan *_*



Bila masuk muzium.



Dapur zaman dulukala. Siapa yang pernah guna dapur kayu, mesti familiar dengan suasana macam ni. Saya sendiri sempat menggunakan dapur kayu. Lepas tu, susun kayu cantik-cantik kat bawah rumah. Dulu la, urmmm tak semua orang memiliki pengalaman sebegitu.



Antara barang-barang dulu kala yang dipamerkan di muzium.



Yang ni sistem barter. Dulu pernah belajar Sejarah. Sistem barter memang fofular. Popular, tak boleh ke nak tulis elok-elok? HEHEHE. Kalau kita ada barang A, orang tu pulak ada barang B, jadi mereka boleh tukar-tukar barang. Tu la dipanggil sistem barter. 



Setem dari zaman bila entah. 



Model menunjukkan model pemerintahan jepun.



Peta lama. Ejaan masih lama. Pulau Kapas di eja Pulau Capas. Pulau Redang jadi Pulau Radang. Dungun dieja Dongon. Kelantan di eja Calantan. 



Model kecik tiba-tiba buat gaya spontan. HAHAHA. Mula-mula kan, Nabiha angkat tangan kiri, lepas tu dia toleh belakang, terus tukar tangan. Terus angkat tangan kanan. Comel sangat bila tengok gaya spontan tu.




Pasu lama-lama.



Catatan buku tunai. Semua perbelanjaan di tulis kat sini. Kebanyakkannya di tulis dalam Bahasa Inggeris. Tulisan cantik sangat.

Ok, cukup sampai kat sini. Nanti kita sambung cerita lain ye.



3 comments:

  1. bestnya dah sampai kat kepulauan borneo... byk tak tempt sempat cover?

    ReplyDelete
  2. aku berada di Borneo, tapi tak pernah pergi sarawak hehehe..

    ReplyDelete
  3. HANIS MY:
    best jugak, boleh tahan la. nak cakap banyak, tak delah banyak sangat. tempat yang dah biasa dan biasa aje la :)


    NONG ANDY:
    heheheh, biasa la tu. negeri sebelah menyebelah..kalau takde keperluan tak kan pergi kan? nanti2 kalau rasa nak dapat angin baru, try la gi sana :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.