Saturday, June 16, 2012

Braces

Baru selesai temujanji dengan doktor. Sedikit. eh bukan sedikit dah, rasanya agak banyak rasa tidak puas hati. Kenapa?

Tips untuk korang sebelum buat braces. Rasanya sepanjang aku survey pasal braces, tak pernah jumpa lagi pasal hal ni. Tak tau lah kot aku yang tak habis survey buat kajian bagai. Tu sebab tadi agak terkejut ayam jugak. Frust pun ada. Geram memang la tersangat ada. Saboorrr ajelah.

Tipsnya adalah:

- Katakan anda pergi ke klinik orthodontik, nak pakai braces. INGAT! tanya dulu pasal kos dia. 
- Selepas dah dapat tahu pasal kos dia, korang biasanya akan diberi penerangan panjang lebar la. Biasa macam tu la.
- Eh, apasal tetiba tulis dalam bentuk macam ni nih??

Ok, kita sambung.

Pasal kos. Seperti yang korang sedia maklum, kos untuk membuat orthodontik ni agak mahal. Harganya berbeza-beza mengikut negeri dan juga klinik. Kalau di Terengganu, harganya agak mahal. Manakala di Kuantan, di KL, atau Selangor, harganya agak munasabah. Dulu kosnya adalah RM3k untuk area Shah Alam. Sebab budak bilik dulu, masa belajar pernah pakai braces dan kosnya adalah RM3k. Jadi tak terasa la sangat sebab mereka gunakan duit loan PTPTN. 

Dan sekarang kosnya memang meningkat. Bukan sikit tau, tetapi BANYAK. Bila dah dihuruf besarkan tu, menunjukkan memang banyaaaaakkkkk!

Ok, katakan kos yang diberitahu oleh doktor anda adalah RM3k. Ini contoh la kan, anda sepatutnya + perlu + mesti + harus bertanyakan. Adakah kos itu meliputi semua? Apakah itu semua? Semua itu maksudnya rawatan sepanjang kita memakai braces, rawatan yang dah termasuk perkhidmatan doktor kepada kita. Rawatan itu termasuk retainer ke?

Ini kerana, kos RM3k itu sebenarnya tidak meliputi kesemua kos tersebut [retainer + bla bla bla]. Jadinya anda akan mengalami kejutan apabila dah nak habis proses pemakaian braces, dah nak buang braces, anda dimaklumkan kos-kos lain. HAAA????

Masa tu memang anda akan rasa geram giler. Like me la. Memang tersangat geram.

Sebab itu lah, persoalan yang jelas dan jawapan yang jujur amat penting dalam hal ini.

Ini kerana ianya melibatkan kos yang besar. Sangat besar bagi mereka yang tidaklah berkemampuan sangat. HUHUHU.

Saya masih mampu untuk melaburkan RM3k tetapi untuk lebih daripada itu, memang di luar bajet saya. Namun apakan daya.

Oh ya, RM3k itu contoh sahaja ye. Saya memang tak nak memaklumkan kos sebenar yang perlu saya laburkan bagi perkara ini. HAHAHA. Sebab nanti saya SAKIT HATI. GERAM. Jadi saya bercerita dan berkongsi dengan anda secara overall saje. Sekali lalu ajelah. Janji anda semua dapat menerima nasihat saya nih, untuk kebaikan korang jugak. Dah saya yang terkena, jadi harapnya anda takde lah terkena eh :)

Sebab itu, maklumat mengenai kos sangat penting. Ini memudahkan anda membuat bajet dan anggaran duit yang anda akan digunakan.

Ini kerana, RM3k itu biasanya hanyalah melibatkan rawatan sepanjang di klinik tersebut dan perkhidmatan doktor sepanjang rawatan masih berlangsung. 

Biasanya, bagi mereka yang akan melakukan rawatan orthodontik, mereka perlu x-ray gigi mereka. Cabut gigi mereka [ianya bergantung, ada yang kena cabut satu batang, dua batang, tiga batang, terpulang kepada keadaan gigi anda]. Kos itu tak termasuk dalam RM3k tu.

Sebenarnya saya memang tak pernah bercerita pasal kos braces. Sebab tak semua benda saya suka share, sebab nanti orang akan cakap. Weei, mahal la apa laa. Jadi kalau bercerita dalam ni, dalam blog bisu, tak pelah. Lagipun ini pengetahuan untuk semua, tak rugi la kalau share hal nih. Sebab saya tahu, tak semua mampu nak pakai braces. Sebab kos dia tu la, MAHAL. Saya pun tak mampu, tapi sebab bayaran dia adalah secara ansuran, jadi takde la terasa sangat. Satu lagi saya fikir, kadang-kadang duit banyak dibazirkan pada benda-benda yang tak perlu. Lepas membeli itu ini, barangan tak nampak jugak. Jadi elok duit tu disalurkan kepada apa yang saya nak buat. Ok la, senang cite perjalanan kos braces macam nih lah.

Kos :
RM3k [sebagai contoh anggaran harga]
RM100 [ni untuk x-ray, cabut gigi ke apa]
Untuk buang braces perlu bayar tau, bukan FREE!
Debond : RM 400 + balance RM yang perlu dibayar [senang cite, berapa balance daripada RM3k tu yang masih belum dibayar, saje tulis clear macam ni, nak suruh korang faham]
Selepas rawatan iaitu braces anda dibuka.
Retainer pertama : Atas dan bawah [RM150 + RM150]
Retainer kedua : Atas dan bawah [RM150 + RM150]
*harga tu hanyalah anggaran saja, saya tak tulis harga betul la sebab nanti bertambah geram. HAHAHA. tapi debond tu harga sebenar RM400. Pokai den! 

Jadi korang boleh kira berapa kos dia kesemuanya : bukan RM3k tau, tapi lebih dari itu. 

Sebab tu la saya sarankan anda semua tanya betul-betul mengenai kos bagi rawatan nih. Kalau tak, memang ternganga sungguhlah. Kerana kita akan bajet RM3k itu aje, dan tak bajet kos-kos lain yang sangat menjulingkan mata itu. HUHUHU.

Ye, saya memang tengah pening + geram sebab tak tahu kos yang sikit-sikit itu yang memang membuatkan bajet dah lari sungguh nih. GRRRR!

Botak kepala macam ni. 



8 comments:

  1. aida..juling jap mataku dengar 3k..kat mesir ni tersangatlah buat klo buat braces ni...ish2..mencekik darah..sabar2....

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY:
    hahaha. note take!

    UMMI KHALISH :
    memang naik juling kalau dengan rm3k. tapi bila di bayar secara ansuran, memang tak terasa sangat. kalau bayar sekaligus, memang tak MAMPU.

    kat sana lagi mahal ke?? ni pun alang2 dah buat, terus kan je la. HUHUHU

    ReplyDelete
  3. Nk tny kalo dkt trganu klinik ape yg buat braces eh sbb nk sambung f.up kat sane. Thanks

    ReplyDelete
  4. WANI88:

    Kalau kat KT ni, klinik hamidah je yang ada buat ortho. Klinik ni tak jauh dengan butik Ariani. Kalau kat kemaman pun ada. Tapi saya lupa nama dia. Try la pergi kat klinik ni eh :)

    ReplyDelete
  5. Rasa nak tau je harga total yg awak kena bayar. Sy pun baru je buat keputusan nak buat braces smalam. Sebenarnya expect RM3K. Tapi doktor tu kata anggaran about RM5K. Sy pulak dah gi confirm kat doktor tu untuk buat braces. Arghhh,taktau la sy buat keputusan yg betul ke tak . Serious rasa mahal !!!!-sya

    ReplyDelete
  6. SYA (ANON):

    urmm..memang tak nak cakap. hahahaha. sebab nanti saya rasa GRRRR! LOL. Tapi standby la around 5K+. Ahakks! giler mahal.

    *sori sangat sebab saya lambat reply eh.

    ReplyDelete
  7. Sesiapa nak buat dengan harga rm2500 area kuala lumpur/kajang..
    Pm ke email red_mirror94@yahoo.com

    ReplyDelete

Berbanyak TQ di atas saman yang diberi..Pembayaran saman anda akan dilakukan secara online..he he he...