Sunday, June 3, 2012

Burger BAKAR

Pagi : Bangun subuh, tido semula HEHEHE. Tau tak elok tido lepas subuh, namun dilayan jugak mata tu. 

8.30 pagi : Bangun, kemas rumah. Bersih pinggan mangkuk, mengemas sikit-sikit kat dapur. 

10.00 pagi : Panaskan bihun goreng, goreng keropok. Semua ni disebabkan LAPAR. Perut dah terasa pedih jadi kena la diisi dengan makanan.

Jemur baju bapakanda.

Tonton tv.

Tonton tv.

Mengadap lappy.

Membaca surat khabar online.

Tonton tv.

Err, banyak membuang masa kan? Ah saya memang TEREL bab-bab macam nih. 

12.00 tengahari : Jalan-jalan Cari Makan

Agak jarang boleh mengadap tv di hari Ahad, maklum lah kat Terengganu Ahadnya berkerja. Jadi ini macam misi membalas dendam la kononya. Melepak macam tokey besar. Dahla tu, mulalah timbul bibit-bibit kemalasan nak pergi kerja esok hari. Cuti 3 hari memang membunuh rasa rajin. Jahat kan? Tapi rajin pulak nak mengupdate cerita sampai dua kali buat entry hari ni. 

Ok, tadi saje menguji keimanan selera dengan mengadap pelbagai makanan di JJCM. Berani pertaruhkan perut dan sanggup telan liur bila tengok pengacara makan. Nasib baik dua pengacara ni takdelah best sangat cara makan dia. Biasa-biasa aje, kalau dulu kan, si Maria Tunku Sabri. Memang cari nahas la kalau tengok dia makan. Berselera benor. Dia makan takdelah gelojoh, tapi cara makan dia tu menyebabkan kita akan rasa EEEEE, NAK JUGAK BOLEH??? Sentap sendiri tengok cara dia kunyah, sedut air minuman. Tak lapar boleh berubah menjadi lapar bilamana tengok dia makan.

Tadi, kebetulan pulak dipamerkan sajian yang begitu menggoda dan menyelerakan. 

~ ~ BURGER BAKAR ~ ~ [saje letak ~ nak kasi nampak berasap terbakar la konon]

Burger yang menjadi perbualan di fb semenjak dua menjak nih. 


Tengok sanggup print screen lagi kat tonton. Sebab nak tunjuk macam mana rupa paras burger meletoppp nih. Tinggi macam klcc. Dahlah banjir, penuh cheese. Memang TERBAKAR sungguh la kite bila tengok macam nih. Arggghhh! Tak tahan nak rasa, kalau dekat rela beratur, rela berdiri menguji stamina diri. Sayang dua kali sayang, burger ni kat Ampang. Jauh benorr la dek non. 


KL No Mercy Ronaldo. Nama diberi bersempena musim bola. Nama tak boleh tahan kan, kalau tulis dalam surat beranak ni confirm ada salah tulis. HAHAHA. Oh ya, harga burger ni dari RM19 - 20. Puas hati kalau macam nih. Nampak tadi dia takdelah kedai besar, macam warung aje. Dibuka jam 6 petang - 11 malam. Rupanya takdelah lama sangat dorang berniaga, ingatkan sampai 1 pagi ke, 3 pagi ke. Rupanya sebelum 12 malam dah tutup.




Mereka siap gunakan termometer untuk cek daging yang dibakar ni. Kelas kan? Entah mana dapat idea buat burger macam ni, tak tahulah. Yang ni salah satu contoh daging yang dorang dah cucukkan menjadi bangunan 3 tingkat. Nak jugaaaakkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

12.30 tengahari : Melodi

Entah apa ntah yang melodi cite, tak bagi perhatian sangat. 

Layan lappy.

Layan tv.

2.00 petang : NONA



Kenal tak budak nih? Saya suka sangat tengok lakonan dia. Antara dia dengan Mia Sara tu, saya bagi dia 4 bintang setengah, Mia pulak 4 bintang. Kenapa? Dia lagi keletah dan pot pet dari Mia. Memang sangat pandai bercakap. Padahal umur baru 5 tahun kalau tak silap. Bercakap macam orang dewasa.



Nama pun cantik Puteri Balqis Azizi. Time ni dia tengah buat dialog tak boleh blah. Kepochi je. HAHAHA.



Masih dalam dialog. Geram sangat kat dia, dia takde la comel macam Mia. Masing-masing ada kebolehan kan? Puteri Balqis siap ada cita-cita lagi. Besar cita-cita dia, nak kasi orang kerja sebab tu dia nak jadi Pengarah ke apa entah. Perasan tak, banyak sangat ENTAH yang aku tulis, sebab tak letak dalam kepala. Nampak sangat amik point penting-penting je. Keletah dia, eee geram nak cubit sampai nangis.



Salah satu lakonan adik Balqis. Pernah berlakon dalam Mr. Labuci ke apa entah, yang lakonan lelaki tu haa dengan RCW. I tak minat sangat RCW. Eh tetiba. 



Tak kenal budak ni siapa, tapi comel la jugak.



Mak dia Dr. Budak ni suka bergaya, biasalah budak-budak perempuan, biasanya memang suka bergaya. Jikalau di asuh di ajar lama-lama suka menjadi kesukaan menjadi hobi.




Lagi aksi si comel.




Kembang ropol-ropol skirt dia, warna macam pelangi.




Ini pulak turn Mia. Lakonan dia dalam cerita waktu petang tu. Apa tajuk entah.




Petah jugak, tapi tak boleh lawan kepetahan Puteri Balqis.




Sangat comel macam Snow White. Sayang mutu gambar pulak kurang memuaskan.



Cita-cita nak jadi doktor. Wuish! Berani jugak si Mia ni eh dengan darah semua tu. Masa ni dia kat mana ntah, dengan patung untuk latihan kedoktoran. Olok-olok jer tapi nampak keseriusan dan keenjoyan Mia dengan dunia perubatan.

Boleh tahan diari aku hari ni, penuh dengan aktiviti errrrr.. 'BERFAEDAH'

TATA




2 comments:

  1. Burger bakar tu memang nmpak menyelerakan huhuhu.. mungkinkah lain kali aku boleh merasainya :)

    oh.. Shinta peminat Mia sara. Balqis tu aku belum pernah tgk lagi :)

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    burger bakar tu betul-betul menggugat rasa. nak sangat try. huhuhu

    *hahaha, shinta comel dalam video tu. Balqis tu petah giler.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.