Sunday, June 3, 2012

Chicken Chop

Buat sendiri kat rumah je. Abang 2 terlebih rajin. Malam-malam kalau dah lapar sangat, biasanya adalah makanan yang terhasil dengan spontan.

Satu malam tu, mereka [abang + kakak ipar] duk sibuk kat dapur, aku duk mengadap lappy, mengadap tv. Bagus kan adik, goyang kaki je. HAHAHA.

Dah siap, dorang bawakan kat atas satu pinggan sorang. Woow! 4 pinggan, jadi pilih mana yang berkenan. Macam biasa, tenung-tenung dulu pilih yang besar, yang nampak macam banyak isi. HIHIHI. Padahal sama je isinya, ayam + potato wedges. Tapi perasaan kebudak-budakan tu masih menebal, masih nak pilih-pilih. Errr.


Gambar 3 bulan yang lepas . HIHIHI

Jangan pandang rendah pada rupanya, HAHAHA. Nampak macam tak menyelerakan bukan? Tapi sebenarnya SEDAP. Lepas tu siap tambah sos lagi. Rupanya abang dah beli siap-siap isi ayam yang memang khas untuk dibuat chicken chop. Mulanya kan, ingat mereka potong ayam tu, buang tulang. Rajin oh! Rupanya tidak, beli yang siap. Jimat masa.


1 comment:

  1. ewah.. ciken chop ye? tak pernah pula aku try masak sendiri di rumah hehehe..

    *dah lama nak tegur sebenarnya. blog dah berubah wajah :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.