Friday, June 29, 2012

Di hening pagi Jumaat

Terjaga dari lena yang lena, yang disaluti mimpi yang syaitan. Kalau mimpi yang mendatangi diri kita itu mengarut, saya andaikan terus itu mainan syaitan. Ye, syaitan dan geng-geng dia tak pernah lelah dalam mengucar kacirkan hidup anak Adam sehingga hari kiamat. Gigih sungguh syaitan yang syaitan ni.

Jam hampir 4 pagi. Saya tidak berniat untuk menyambung tidur.
Saya : saya malas nak tidur dah [saya tak perlu memanjangkan bicara kerana dia sudah maklum]Sepupu : saya tengok keadaan dulu...
Cukuplah setakat ini tidur saya. Ini sahaja yang Allah bagi untuk saya lelapkan mata. Selebihnya DIA lebih tahu apa yang tidak saya ketahui.

Sebenarnya saya ingin menulis secara berlintang pukang, secara aci tulis aje. Nak tulis malam tadi, tapi tak tertulis. Tak tahu pulak, Allah rupanya memberi masa untuk saya menulis di pagi hari macam ni. Pagi Jumaat.

Oh, sebut pasal pagi ni kan. Alhamdulillah, Irma & Redza akan akad nikah pada hari ini....... [eh 1 Julai ke?] Pasangan yang sangat ideal. Pertemuan mereka pun sangat ya Allah Subhanallah. Satu dalam seribu. Bertemu di Mekah. Sebagai junior saya doakan Eja dan pasangan bahagia hingga akhirnya. Amin. Eja ni dah memang glamer sejak zaman study dulu lagi. Budak-budak fakulti Admin and Law tahulah macam mana kisahnya. Sejujurnya saya tidak mengenali beliau secara dekat, sekadar pernah satu kem pernah satu fakulti itu sahaja. Tapi kawan-kawan saya, memang dorang biasa jugak la dengan si Eja nih. Nak je upload gambar kami beramai-ramai masa kat kem Bakri, Johor dulu. Tapi macam 'eh eh, ko tu ada hak ke nak upload gambar dolu-dolu tanpa kebenaran kawan-kawan?' HIHIHI.  Kesimpulan yang boleh dinyatakan, Allah menyimpan bidadari untuknya. Bidadari tu Irma la :) Tahniah Eja. Tengok kat fb tadi, cantik baju Irma. Walaupun tu hanya sekadar lukisan pereka je. Semoga dipermudahkan semua. Amin.

Petang tadi, masa balik dari kerja. Terfikir satu benda. Kisahnya, saya terpandang satu kereta yang sama jenis dan sama warna dengan saya. Kereta tu didepan. Terpop up benda nih 'kita selalu je tak suka kalau baju sama, tudung sama. nak-nak kalau time raya. rasa macam tak best. tak cool. rasa macam boria. rasa macam nak tanya je, kenapa ko beli baju sama dengan aku punye? kenapa baju ko sama warna dengan aku punye? tak suka ok, tak suka [sambil peluk tubuh, bibir menjuih]'. HAHAHA. Itu normal right?? Tambah-tambah kalau kita ni perempuan. Saya ngaku, kadangkala saya tak suka sama-sama ni. Macam tak best ooo. Sekali sekala jer macam ok je, cool ar pakai baju sama. SEKALI SEKALA AJE OK, dua kali dua kala, langsung tak best. Dan tadi, masa saya terpandang kereta tu, membuatkan saya tak boleh nak halang dari berkata-kata. 'Kereta sama boleh pulak kita tak marah. kenapa kita tak cakap jer, jangan beli kereta sama jenis dengan saya. sama warna dengan saya. JANGAN JANGAN OK! sungguh tak best kalau sama dengan saya. rasanya kita tak marah kan? kan? seolah-olah tak tinggal kudis pun kat diri kita. di mana perasaan tu semua pergi??'. Pelik ar, HAHAHA. Urmmm, atau mungkin entah tak tahu la. Tapi perkara ni sangat sukar dimengertikan ya deh?

Haa, lepas tu kan. Dalam 6 bulan pertama ni kan. Saya telah berjumpa [lebih tepat lagi satu tengok secara live dan yang lain tertengok dalam intenet je] dengan mereka-mereka yang sangat ala la la comel. Semuanya memakai cermin mata. 
  1. Sorang ni macam penceramah motivasi dalam radio
  2. Sorang ni sangat comel muka licin jernih
  3. Sorang ni muka angkuh tapi dalam masa yang sama nampak egois
  4. Sorang ni muka macam nombor 3 beza dia air muka je, bersih manis 
  5. Sorang ni sejibik macam nombor 4 manis, err kalau orang cakap adik beradik pun orang akan percaya
# mereka ni semua walaupun takde sebarang ikatan, memang mereka ada iras. kalau tempek gambar kat sini mesti korang akan cakap 'a'ah la sama, ada la iras dia'

Lagi apa lagi nak ditulis? HIHIHI. 

Rasanya dah tak ada kot. Ni jela.

Nanti-nanti saya tulis lagi eh.


2 comments:

  1. teringin gak nak tengok muka-muka mereka yg seiras tu :D

    *Komen di tengahari sabtu :D

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    hahaha. o saya tidak berani melakukannya. larikkkk!

    *komen di pagi selasa

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.