Monday, June 11, 2012

Diari Pendek

10 Jun 2012 | Ahad | Petang lepas balik dari kerja

  • makan kismis sorang-sorang, Afiq berjalan ke sana ke mari. Dia dah pandai berjalan. Dah hampir sebulan la dia start berjalan. Memang tak larat nak kejar. Jadi cara yang senang, kita goncang kismis yang ada dalam tupperware. Afiq dah tertarik bila dengar kocakan kismis tu. Mungkin macam bunyi music bagi dia la kot. Sambil senyum terus datang dekat kita. Hulur sebiji kismis ke mulut dia. Senyum lepas tu dia datang lagi. Eh Afiq nak lagi eh? Sebenarnya dia suka makan kismis.
  • Lepas tu, kami berdua ralit makan kismis. Kismis yang ada kat dalam mulut kita pun diambilnya. Aku memang nak tergelak giler. Ketawa kat situ jugak. Afiq pun ketawa gak. Lepas satu satu dia amik. Aku lagi la (lagi suke) saje letak dalam mulut nak bagi dia amik. Kami ketawa sama-sama. Ummi dia tak tahu apa yang kami ketawakan, sebab dia tengah solat
  • Kalau lah ummi dia tahu Afiq makan kismis dari mulut aku... HAHAHA. Mesti dia cakap, bertuah adik ipar aku. WATCHAAA~!! LOL. Kalau depan abang sendiri, aku tak takut nak buat macam ni kat anak dia.
  • Sebenarnya dulu saya pun pernah makan makanan dari mulut arwah mak. Dia pernah cakap, masa kecik semua tak geli amik makanan dalam mulut dia. Sanggup korek lagi makanan tu, bila besar semua tak nak amik macam tu kan? 
  • Memang betul pun... sebab masa tu kita kecik lagi. Tak reti nak geli atau berasa kotor kan? Memang sanggup amik makanan lepas tu suap ke mulut sendiri :)

Dah, abis dah diari ni.. pendek kan? :D

2 comments:

  1. haha.. Shinta suh aku kunyahkan dulu jagung manis tu baru dia ambik yg dok dlm mulut tu n makan. macam anak burung gitu hehehe

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY:
    takpe, berkat air liur mama :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.