Monday, June 4, 2012

Gerhana Bulan Separa 2012

Datang kerja, sampai di traffic light. Kat depan sana bangunan tempat kerja. Eh eh berkabus je hari nih. Sampai ke tempat parking, keluar kereta, sah kabus agak lain pada hari ni. Biasa takde lah berkabus macam nih. Pandang depan atas sekeliling, nampak memang berkabus. Tengok, berapa kali saya tulis berkabus sebab nak tunjukkan nak yakin kan bahawa hari ni memang berkabus. HAHAHA.

Hey~! Selepas teringatkan sesuatu. 

Hari ini ialah

GERHANA BULAN SEPARA

Cepat catat note ni :

4.49 petang : dia start sikit-sikit

7.03 malam : kemuncak gerhana

9.17 malam : berakhir

Ada terbaca pasal ni beberapa hari yang lepas, dan kalau tak silap di masjid Putrajaya mereka akan lakukan solat sunat gerhana. Ini dalam surat khabar yang tulis eh, maknanya tak kisahlah mana-mana pun kita berada, tak semestinya di Putrajaya aje, kita masih boleh lakukan solat sunat gerhana.

Nah, saya paparkan berita tersebut. Yeah! 

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta semua masjid dan surau mengadakan solat sunat "khusuf" berserta khutbah sempena gerhana bulan separa Isnin ini.
    
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata, fasa pertama gerhana itu dijangka bermula pada 4.49 petang (waktu Malaysia) dan mencapai tahap kemuncak pada 7.03 malam.
    
"Gerhana dijangka berakhir pada 9.17 malam. Justeru, umat Islam disunat menunaikan solat sunat "khusuf" berjemaah disertai dengan khutbah gerhana," katanya dalam kenyataan.
Dipetik Bernama, beliau berkata, Jakim akan menganjurkan solat sunat itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara selepas solat Maghrib.
    
Menurutnya, Seksyen Falak jabatan itu dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia akan mengadakan aktiviti cerapan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari berkenaan.
    
"Orang ramai terutama penduduk Putrajaya dijemput menyaksikan fenomena alam semula jadi serta menunaikan solat sunat itu," katanya.

Err, nampak tak perbezaan maklumat yang saya bagi tu. Jadi, amik yang tepat eh.
Semoga kita dapat rasai sama-sama. Urmmm, macam mana agaknya eh? Sebab tak pernah alami.

3 comments:

  1. sepanjang idup tak pernah sy tegk gerhana nihh..teringin gak nk tgk..hehee

    ReplyDelete
  2. DEQ'S QIENZ:
    sama la, tak pernah tengok. sangat teringin jugak nak tengok..tp buat masa sekarang masih tak ada rezki nak tengok :)

    NAJWA'S :
    tak dapat tengok pun itu hari sebab terengganu mendung, hujan je.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.