Friday, June 15, 2012

Masa dan Kematangan Kehidupan

Masa kita kecil-kecil dulu, kita hanya memikirkan KESERONOKAN. Bangun pagi mandi ke tak mandi ke, kita tak peduli sangat. Mandi bukan pra syarat untuk menyekat kita daripada bermain-main dengan kawan-kawan. Pakai baju sempurna ke tak, tak menjadi hal jugak. Main aci redah aje. Dulu, bukan ada yang kisah kau pakai seluar pendek ke, kau pakai baju kurung tak pakai kain ke, kau tak pakai tudung ke. Tak ada orang kisah. Yang kita kisah hanyalah dapat bermain bersama kawan-kawan seperjuangan. Perjuangan kita adalah sama, bermain selagi hari masih siang.

Permainan tradisional macam congkak, kita rela bersusah payah menggali lubang lepas tu ambil batu yang kecil-kecil untuk bermain congkak. Tak cukup dengan itu, kita main getah. Macam mana? Getah yang biasa digunakan untuk membungkus nasi tu, kita jalinkan menjadi panjang. Lepas tu terus main getah. Main masak-masak, guna pasir buat kuih, buat biskut, buat kek. Kreatif sungguh memanipulasikan pasir.

Semasa sekolah rendah, kita masih tak tahu apa-apa. Masih lagi di dalam alam keseronokan. 

Masuk ke sekolah menengah. Kita berasakan PMR adalah penentu kehidupan kita. Apabila melepasi PMR, kita berasakan SPM adalah permulaan kehidupan kita. Berasa sangat takut jikalau tidak mendapat keputusan yang baik, cemerlang di dalam SPM. Terasa kalau SPM gagal, maka akan gelap gelita la kehidupan kita selepas itu.

SPM ditinggalkan, kita mula melangkah lebih ke depan. Mula memasuki menara gading. Di sana, kita mula nampak bahawa banyak pancaroba yang perlu ditempuhi.

Ketika itu, hati kita mula berubah. Terasa tidak sabar untuk melangkah ke alam pekerjaan. Bermacam rasa kat dalam hati. Ada yang cakap, kerja lebih seronok, ada yang cakap belajar adalah seronok. Pada masa yang sama, kita seronok berada di alam belajar. Tidak perlu memikirkan bos marah, kerja pejabat tidak siap. Kita hanya berfikir hanyalah pasal study, assignment masih tak siap, esok ada kuiz, lusa ada kelas, tulat ada exam. Ruang lingkup kita tidak begitu besar. Sangat terhad dengan status pelajar. Tambahan pula, semasa awal 20 ribu an, masih tidak berleluasa lagi FB, masih tidak lagi berleluasa astro, tidak berleluasa lagi blog. Dunia tidak begitu luas, tapi keseronokan itu senantiasa ada.

Pagi petang, siang malam kita masih mampu untuk berseronok. Kawan-kawan yang ada semuanya satu aliran. Gaduh-gaduh kecil, masam-masam muka itu lumrah. Namun di dalam hati tiada dendam kesumat, tiada yang seekstrem yang entahapa-apa. Semuanya masih nampak elok.

Apabila kita selesai belajar, yeahh! Kepayahan hidup mula dirasa. Mana nak cari kerja. Masa dulu-dulu hanya mengharapkan kerja kerajaan. Aliran swasta di intai jugak, tetapi lebih memberatkan kerajaan. 

Alhamdulillah, satu perkara telah selesai.

Bila pergi dan pulang dari kerja, memang akan melintasi sekolah rendah dan juga menengah. Pada masa itu, kita akan melihat diri kita. Betapa masih kita tidak mengerti tentang hidup. Apa yang ada dengan budak sekolah rendah? Bila dipandang dengan sekolah menengah, terasa urmmmm.. masih tidak punyai apa-apa. Tetapi ketika kita masih berada di alam sekolah menengah, kita dah terasa seperti orang besar. Wah!

Kita sudah berada di hari ini. Hari yang mana mengajar kita mengenali manusia yang pelbagai ragam.

Saya tak tahu samada perlu menulis perkara ini atau tidak, namun buat masa sekarang. Saya rasa, saya nak sangat menulis pasal hal ini. Esok hari, kalau saya rasa macam tak perlu jer, mungkin saya akan DRAFT kan aje penulisan nih. Cukup sekadar untuk diri sendiri.

Alhamdulillah, tak semua orang Allah didedahkan dengan hal ini. Sehingga hari ini, saya berpeluang mengenali HATI MANUSIA. Hati yang baik, dan juga hati yang jelik.

Seorang perempuan dan seorang lelaki.

Cukup molek kan? Sepasang yang dapat saya kenali. 

Saya percaya kita semua ada hati, kita semua ada perasaan kita semua ada pegangan hidup masing-masing. Namun masih ada yang terbabas di dalam menjaga hati.

Percaya atau tidak, di zaman yang dah kira moden la jugak kan, masih ada lagi yang mempercayai sihir dan perkara-perkara yang merosakkan. Masih lagi. Saya juga tertanya-tanya, di mana iman dan rasional hati mereka. Ye ye, saya tahu. Persoalan iman bukan kerja kita. Tetapi saya yakin, sekiranya seseorang itu masih mempunyai sedikit iman, tentu mereka akan menimbang baik buruk perbuatan mereka.

Saya menulis secara umum dan ini hanyalah sekadar penulisan untuk direnung oleh diri sendiri.

Perempuan, bila disebut perempuan ... apabila perempuan lain lebih sedikit, maka dengki la dihati. Sungguh gagah berani berjumpa bomoh untuk melakukan sesuatu yang terkutuk. Sehingga hari ini, saya tak faham perkara ini. Namun saya hanya berfikir sekadar angin lalu. Kerana bagi saya, jawapan tepat yang saya cari tentu takkan ditemui.

Bagi lelaki pula, tak ramai saya rasa la kan mempunyai ilmu yang mengarut di dalam diri mereka. Tapi ada yang mengamal ilmu yang salah. Untuk apa?? Mungkin kepuasan diri mereka, mungkin. Betapa bodohnya mereka bertuhankan syaiton. Sedangkan Allah adalah segala-galanya. 

Sehandal mana pun mereka, bagi saya Allah lagi Maha Hebat. Maha segala-galanya. Allahuakbar.

Penulisan ni mungkin teremosi selepas saya terlihat Perangi Sihir oleh Pak Engku.

Yang penting, kita sebagai manusia biasa. Senantiasalah menjaga diri. Dekatkan diri kita dengan Allah, insyaAllah ketenangan itu ada. Pengharapan kita padaNya, semoga kehidupan kita adalah baik-baik sahaja.

Masa dan kematangan kehidupan mencelikkan mata dan akal fikiran kita. Apabila kita memandang ke belakang, semuanya itu ilmu untuk mematangkan diri dan hati kita. Tak semua yang indah itu indah. Tak semua yang buruk itu buruk. Yaa, boleh la dikatakan, sedikit dugaan yang diberikanNya kepada kita  sebagai hambanya sebenarnya mempunyai hikmah yang sangat BESAR untuk kita.

Oleh itu, jadikan dugaan ujian mehnah ke atas diri kita sebagai satu loncatan semangat untuk terus bangun dan bangun, berdiri dengan berharap kepada Nya. Ya, hanya kepadaNya. InsyaAllah, Allah itu kan tetap bersama-sama kita. Percayalah dengan sepenuh hati, jangan ragu-ragu :D

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Amin

*nak tulis pasal Pasar Satok, Sarawak tapi dah tertulis pasal benda lain


1 comment:

  1. a... ini n3 yang menarik... serius menarik walaupun akak x tau nak komen mcm mana.. tapi dlm hidup kita ni begitulah adanya :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.