Thursday, June 28, 2012

Watermark

Watermark adobe yang sulung
Duk saje-saje, bukak satu blog ni. Dia ajar cara-cara buat gambar bunga comel untuk kita gunakan sebagai header, watermark atau apa-apa ajelah yang kita nak. Kat tengah dia, dia letak butang. Tapi aku tak letak butang, biar macam tu je. Tulis sikit nama blog kita, lepas tu dah siap watermark nih.

Menggunakan perisian adobe photoshop. Lepas tu warna dia tu, terpulang pada kita la. Nak kuning ke, hijau ke. Kali ni aku saje try letak kaler pink and blue. Konon amek tema kaler blog sendiri la. Bila dah upload macam ni, nampak macam kecik la pulak.

Sebenarnya macam tak berapa best je percubaan ni. Ingat nak guna motif lain la [selain bunga]. Tapi untuk permulaan, anak murid kene dengan cakap cikgu dulu. Lepas dah pandai, baru boleh buat jenis yang lain pulak.

Errr.. sebenarnya dalam hati dah ada pattern yang nak dicuba, tapi tak terel sangat dengan adobe. Jadinya, terima ajelah apa yang diajar. Itu pun terkial-kial. HUHUHU.

*nak update blog malam-malam, dah tak boleh dah. curi-curi update macam ni la. 

4 comments:

  1. a.. tu namanya watermark eh.. akak main belasah jer hehehe.. tapi spesel la ada bunga :D

    lain kali akak belajar nak wat yg spider ada ke ekekeke...

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    a'aa.. dia ajar pakai icon bunga, anak murid ikut je. hihihi

    spider?? hahaha.. ada kot. eh takde la. arnab kot yang ada. kene cek balik nanti apa yang ada :)

    ReplyDelete
  3. arnab? Arnab pun okeh juga.. comel :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.