Saturday, July 14, 2012

Bulan Cinta

Dalam fb dah sibuk dengan countdown untuk Ramadan. Nasib baik ada yang tolong remind kan. Nak harapkan diri sendiri, urrmmm atoi ya. Kadang-kadang tak terkira. Tak terkira, berapa hari lagi eh nak puasa? Ada dua bulan lagi rupanya, eh dah dekat dah, sebulan je lagi. Lepas tu, dah eh 18 hari lagi? Dah dekat dah. Eh 8 hari lagi?? Dah tak lama dah. Begitulah perjalanan masa, kadang-kadang kita tertinggal di belakang. Tak terkejar. Cepat masa berlalu, tapi kita pulak yang lambat bertindak untuk mengambil peluang yang ada.

Semua orang merindukan bulan ❤ yang penuh dengan keberkatan yang datang hanya sekali dalam setahun. 

Sekarang, doa ini selalu kedengaran di mana-mana yang ertinya : Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab, Syaaban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan. [HR. Ahmad dan Tabrani]

Banyakkan berdoa, tingkatkan amalan semoga Allah menerima amalan kita walau amalan kita tu sebesar zarah. Semoga niat kita hanyalah untuk Allah.

Rejab dah berlalu dan ianya berlalu begitu sahaja.
Syaaban pula hampir melabuhkan tirainya, saya sendiri segan untuk menaip lebih-lebih kerana ilmu tak banyak, pengisian pun masih kosong di bulan nih. hnsshh! Semoga masa yang tinggal kita dapat gunakan dengan baik [insyaAllah].
❤ 27 Syaaban ni 3 hari sebelum Ramadan [memang senang nak ingat la] maka genaplah 4 tahun arwah mak tinggalkan kami. Sekejap je kan. Sebab tu la, bila aje nak masuk Ramadan, memang sangat-sangat terasa. Sebab tu la, kita perlu tanamkan pasakkan dalam diri kita 'mungkin ini Ramadan terakhir untuk kita'.
Ramadan?? Buatlah yang terbaik.


Lagu ni memang tak jemu didengar bila-bila masa. Lagu ni bukan pasal Ramadan tau. Tapi ralit bila duk mendengarnya. Dulu dah pernah post lagu ni. HEHEHE


2 comments:

Terima kasih atas pandangan.