Monday, July 16, 2012

Durian & Semut

Masa berlalu agak perlahan pada hari nih. Berehat sekejap daripada menolong menyusun kertas-kertas mesyuarat yang akan digunakan oleh seksyen lain. Kita tukang menyibuk je. Tolong satu jam, berehat 3 jam. HIHIHI.

Bunga Durian
Satu balang pun tak cukup. Lemak-manis tak manis la. Sedap. Rangup. Mana nak jumpa bunga durian yang sedap macam ni sekarang? Ini buatan orang kampung, kawan kepada mak cik. Harga di takde la mahal mana. Sedap dia tu yang mahal. Mungkin bancuhan dia secukup rasa kot. Kalau kat tempat lain, mungkin dipanggil kuih goyang. Agak je lah.

Biskut Sarang Semut
Kalau dapat makan 5 6 biji dah cukup la. Rasa nak makan je. Biskut ni buat sendiri je. Resepi amik dari mak sedara. Masa mula pandai buat biskut ni kan, kadang-kadang keras la jugak. Kalau baling kat dinding, mau merekah dinding tu. Sekarang ni dah ok dah, lembut dan sedap. HAHAHA. Puji biskut sendiri la pulak. Sebenarnya kan, resepi tu saya tukar-tukar sendiri je. Lepas tu macam agak menjadi la jugak. Cumanya, kadang-kadang je datang mengada-ngada. Hangit la pulak. KIKIKI. Tak payah nak tunggu puji banyak-banyak pun. Dah cukup gumbira bila anak buah cakap 'sedaplah kuih ni cikda'. Budak-budak kan jujur. Aishh! Mula la rasa nak jual je biskut nih. HAHAHA. 

2 comments:

  1. bunga durian tu kat sini kalau tak silap kena panggil kuih cacap :D

    kalau x silap la


    e... bestnya pandai buat kuih sarang semut tu.. bagi la resepi... :D

    mana tau raya ni boleh gak akak try buat :D

    ReplyDelete
  2. nak ke? nanti post resepi eh..senang je :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.