Monday, July 9, 2012

Erti Sahabat

Saya agak memilih dalam bersahabat. Kalau setakat berkawan, saya aci kawan je. Namun untuk bersahabat, tidak semua orang boleh dijadikan sahabat.

Rasanya, setiap orang mempunyai had peribadinya yang tersendiri. Begitu juga saya. Untuk status kawan, biasanya had mereka tidak sehingga berkongsi susah senang ketawa kesedihan bersama-sama saya. Agak susah untuk saya kongsikan perihal peribadi sekiranya hati saya tiada green light untuk seseorang itu.

Kedengaran bongkak giler. HAHAHA. Bukan bongkak, cuma kedengaran macam bagus padahal tak ada apa sangat pun.

Bagi saya, memilih sahabat sangat la penting. Mana arah yang boleh kita tumpang apabila bersama-sama mereka. Arah kebaikan atau keburukan? 

Tidak kah kita berasa bosan apabila buka aje mulut, maka akan kedengaran la dia tu begini, dia ni begini. Oh! Shut up la. Betul kata orang, apabila kita berada di dalam 'keterlaluan' ianya akan menjadi perkara yang begitu menjengkelkan dan muak. [pandang hati sendiri]

Bersahabatlah dengan mereka yang boleh memberi kita nasihat, membantu kita ketika susah, memimpin tangan kita ketika kita sudah tiada daya, memberi semangat ketika kita sangat down, bersahabatlah kerana Allah dan tidak mengharapkan balasan material.

Mereka yang banyak mendengar cerita hati saya [selain DIA]
TQ sahabat yang manis :)



2 comments:

  1. Saya perlukan sahabat yg macam kamu. yang mahu membawa saya ke jalan yang terang.. Jalan Nya :D

    ReplyDelete
  2. Jadi.. biar saya jadi sahabat alam maya kamu .. sudi tak? :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.