Tuesday, July 31, 2012

Hidangan Barakah

Ya Allah tak boleh nak menahan diri dari bercakap pasal rancangan best ni. Ni rancangan masakan. Bukan sebarang chef. Bukan orang tempatan. Di hos sendiri oleh Chef Ammar El-Ali. Rasanya dia mungkin dari Arab kot. 

Nak dijadikan cerita, satu petang tu terbuka la 114 Al-Hijrah. Memang selalu bukak channel ni selain daripada Oasis. Sebab banyak pengisian dalam dua channel ni, selain daripada TV9. Lepas tu, tengok lah rancangan Hidangan Barakah nih. Memang ralit. Ralit dengan gaya chef, ralit dengan percakapan chef yang sekejap bahasa Melayu, sekejap BI, sekejap in Bahasa Arab. Ya Allah best sangat-sangat. Apa lagi, cepatlah korang gugel pasal Hidangan Barakah ni. Tengok, betul-betul best ke? atau promo saya je yang lebih :)

Sebenarnya, inilah kali pertama melihat program masakan berbentuk Islamik. Sepanjang chef memasak, dia akan berzikir, memberi nasihat peringatan kepada kita agar apa yang kita lakukan, KENA SENTIASA INGAT KEPADA ALLAH. Berpesan-pesan sesama kita kan? Ya lah, kadang-kadang kita ni, bila dah masak tu, tak ingat apa dah. Duk ingat sedap ke tak masakan aku nih? Masin ke? Tawar ke? Kadang-kadang kita lupa pada DIA. Bila tengok rancangan ni, secara tak langsung ada yang melekat kat hati kita. Ada pengajaran dan ilmu yang kita boleh ambil. 

Begitu la kan, besarnya peranan rancangan yang kita tonton. Ini baru rancangan masakan, belum program berbentuk keagamaan lagi. Penting sangat memilih rancangan yang kita tonton, memilih makanan yang kita makan, memilih bahan bacaan untuk diri kita. Kerana itu adalah kita berdasarkan apa yang kita pilih. Lebih kurang macam ni la kot maksud nya.

Berbalik pada rancangan ni, kadang-kadang gelak gak bila dengar dia cakap 'masha Allah sedapnya'. 'suka suka hati taruk'. 'sila hati-hati ye, panas'. 'jangan lupa zikir ketika masak'. 'masak dari hati, masak with Iman'. Gelak sebab comel sungguh orang Arab apabila berbahasa Melayu. Pelat-pelat dia tu. At least dia mencuba.

Sampaikan abang 2 sendiri suka tengok rancangan ni. Dia cakap 'kawan kat tempat kerja aku pun tengok cite ni'. Kalau saya sedang masak, dia sedang tengok tv. Dia akan panggil 'Daa, cepat. masha Allah sedapnya. masak dari hati, masak with Iman. Suka-suka hati taruk'. HAHAHA. Saya jawab je 'aku masak dengan hati hari ni, masak with Iman. mesti sedap ar hari nih'. HAHAHA. Saja-saja je gurau, padahal takdelah sedap mana, tapi boleh la ditelan. Dipaksa telan. Errrkkk!!!

Resepi dia, kebanyakkannya memang dari Arab. Tadi dia buat nasi apa entah, warna kuning, lepas tu dia cakap ada kambing ke apa. Sebab tadi tak sempat nak tengok full macam tu, sebab berkejar ke dapur. Resepi dia ada jugak yang senang, korang boleh salin dan buat.

Oh ya, sembang-sembang jugak. Rancangan ni jam 5.30 petang kat tv Al-Hijrah 114. Mungkin ada setiap hari kot. Tapi kalau nak senang, 5.30pm tu korang tunggu la kat depan tv, insyaAllah ada.

Oklah, selamat berbuka. Ni pun taip cepat-cepat sebab berselang dengan dapur itu ini.

Jumpa lagi nooo :)



2 comments:

  1. kedengarannya menarik aja (sebab dengar suara akak baca n3 ni hehehe.. dgn intonasi yg di bayangkan sedang di buat oleh penulisnya hehehe)

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    memang menarik oooo..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.