Sunday, July 8, 2012

Husnul Khatimah

Baru aje selesai membuat draft surat untuk diemelkan kepada bos sendiri. Selesai membalas sms kawan seangkatan. Tertera satu nama, saya copy satu nama tu untuk dirisik. Ciri-ciri seorang penyiasat memang ada pada saya, walaupun tak banyak tapi boleh la untuk suka-suka [macam cerita Spy Baba la pulak]. Maklumat yang dirisik itu saya perolehi, namun masih tidak sempat untuk dilaporkan kepada kawan yang memberi sms tadi.

Saya tak sempat nak membalas sms tu kerana saya terjumpa satu cerita yang Subhanallah. Panas tubir mata mengekang airmata daripada mengalir. Terasa kerdilnya diri ini, terasa tidak punyai apa-apa bekalan untuk dibawa ke sana. Ya Allah, malu menyelubungi diri. Betapa kita sering kali alpa dengan dunia. Bilamana larut dengan kisah ini, saya sendiri tertanya-tanya 'bagaimana saya nanti?'. Pause! Sedih.

Selepas membacanya, saya siasat [atau dengan kata manisnya, ingin tahu] mengenai pelajar ini melalui seorang kawan pejabat. Ya, dia merupakan bekas pelajar di sini tapi sudah meninggal dunia.

Rasanya, eloklah anda semua membacanya sendiri. Bacalah dari hati, berfikirlah dengan mata hati. Semoga kita semua mengambil iktibar daripada kisah ini dan semoga ada kebaikan yang kita perolehi. InsyaAllah.
******
KISAH BENAR!!! (BUKTI GAMBAR DISERTAKAN..)

Assalamualaikum Semua Warga BP,

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan. 
Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahajasolat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memangterasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.


Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketikamenunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.


Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.


Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.


PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.


** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. wassalam 
*******
sumber : Wira Pendang dan ini pula blog ayah beliau : Memburu Cahaya Ilahi



MAKLUMAN : Ayah arwah telah memberi keizinan untuk sesiapa atau mana-mana web untuk memaparkan gambar arwah. Semoga ada manfaat, iktibar yang boleh kita ambil daripada kejadian ini. InsyaAllah. Bagi mereka yang tertanya-tanya pasal keranda pula, ianya melibatkan penerbangan untuk membawa jenazah. Oleh yang demikian, keranda orang bukan islam terpaksa digunakan kerana untuk masuk kargo pesawat ianya mempunyai spesifikasi tertentu [sumber: komen balas ayah arwah]. 


AL-FATIHAH

2 comments:

  1. sangat menarik Aidalela,

    terima kasih kerana berkongsi..

    perkongsian ini merupakan satu dakwah jua..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.