Friday, July 27, 2012

Ini Rasanya??

Jumaat pertama di dalam Ramadan 1433H.
Cuaca pada hari ini agak terik. Hangat.
Badan terasa goyah tetapi baki semangat mematahkan hujah-hujah malas yang kadang-kala bertandang tanpa di undang.
Ya Allah, memang agak mencabar menghadapi Ramadan ke 6 ini.

Bukan apa pun, biasanya dalam sebulan Ramadan, memang akan ada hari yang meletihkan.
Itu saya akui. Teori sendiri. Jangan ikut pulak ;)

Bila begini, betullah kata-kata seorang ustaz dalam tv dan saya sharekan mengikut pemahaman saya.

Itu hari, terdengar kata-kata beliau iaitu di sebalik puasa, bukan setakat menahan lapar dan dahaga. Bukan setakat untuk merasai apa yang orang susah, orang miskin rasai. Ini kerana, apabila Ramadan tiba. Mereka yang dikatakan susah, miskin apa jua istilah.. tetap AKAN BERPUASA SEPERTI KITA. Mereka tiada pengecualian sekiranya mereka mencukupi syarat wajib puasa. 

TETAPI renungi la di sebalik hikmah ibadah puasa yang diwajibkan terhadap kita ini, iaitu : anggaplah lapar dan dahaga itu seolah-olah ketika kita di hari pembalasan kelak. Bagaimana rasanya? Tahukah kita, bahawa mereka yang di saat-saat akhir kematian, ada dikalangan mereka yang dahaga teramat. Tetapi adakah kita tahu? Begitulah pengajaran dan hikmah yang boleh kita lihat disebalik puasa. Bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tetapi lebih dari itu.

Ya Allah, sebetulnya, saya langsung tak terfikir tentang semua itu. Biasanya saya lebih mengaitkan puasa itu menahan lapar dan dahaga,dan semua perkara yang boleh menguruskan puasa kita. Sebolehnya mata, tangan kaki [anggota fizikal dan mental] kita adalah berpuasa. Rupanya ianya tidak sebegitu. Gerun pun ada bila ustaz cakap macam tu. Apa yang kita bawa??

Semoga kita terus beristiqamah melakukan perkara-perkara yang baik di bulan Ramadan ini dan juga selepas Ramadan. Dan semoga Ramadan yang kita sedang lalui ini, TIDAK KITA SIA-SIAKAN.

Amin amin amin



2 comments:

  1. Ramadan itu bukan saja lapar dan dahaga.. terima kasih atas n3 ini :D

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    sama-sama mama shinta ;)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.