Sunday, July 22, 2012

Jom Sahur

Baru aje beli GenQ edisi 12. Kebetulan kita sudah dalam bulan Ramadan, jadi ada sedikit perkongsian di Santai Ilmu dalam buku comel ni.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Makan SAHUR itu ada keberkatan, maka JANGANLAH kamu tinggalkannya, walaupun salah seorang dalam kalangan kamu HANYA MINUM SETEGUK AIR. Sesungguhnya Allah Azzawajalla dan para malaikat-Nya berselawat [rahmat daripada Allah SWT dan doa memohon pengampunan daripada malaikat] atas mereka yang bersahur" - Riwayat Ahmad

Siap ada tips lagi tau.
  1. Minum air masak atau air mineral secukupnya
  2. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan mencukupi [1-2 hidangan]
  3. Elakkan pengambilan gula yang tinggi
  4. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berempah
  5. Kurangkan minuman berkafein [seperti kopi, teh, minuman cola]
  6. Berus gigi selepas makan terutama selepas sahur
  7. Amalkan senaman ringan [seperti regangan, berjalan]
  8. Tidur atau rehat yang cukup
Tip-tip sahur ni memang tip top. Tapi .. eh sempat lagi bertapi-tapi. HUHUHU. Tapi kadang-kadang nak buat tu la terasa paaayaahhhh sangat dan sangat. Macam ada batu kat atas kepala. Berat semacam je. Rasanya no 1, ok kot. Urmmm, yang lain-lain no 6 boleh la. Yang lain, contoh macam nak bersenam ringan. Ampun, dah lama tak bersenam. Dah berkarat badan ni. Agak payah la jugak kalau tak dimulakan sekarang.   Harapnya tahun ni takde la termiss sahur :)





3 comments:

  1. NONG ANDY :
    hahaha.. lepas buat entry ni, terlepas SAHURRRR! :(


    HANIS MY:
    u too babe :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.