Sunday, July 22, 2012

Kesabaran Sedang Di Uji Pandu

Hari Kedua Ramadan

1. Pergi membeli alas meja untuk kerusi 8. Sebelum tu, pergi tengok panduan dulu. Katanya untuk kerusi 8 adalah 60 x 90 atau 72 kiraan besarnya. Dah beli, balik rumah rupanya alas meja yang di ambil adalah alas meja meja bulat. Huwaaaa!! Kena pergi tukar baliklah.blogspot.com lepas nih. Kan dah jadi satu kerja baru.   Dahla esok kerja, tempoh nak tukar barangan hanyalah 3 HARI. Lepas tu kirim salam lah der. Dah tak boleh tukar ngerti ya deh.

2. Yang ni paling HOT GILERRR! Dua kali sebelum tu dah pergi beli baju melayu untuk anak-anak buah. Masa mula TERpergi kat kedai tu sebab ikut sepupu je, sebab tu beli 1 helai aje. Masa 1st pergi ke kedai tu, terpandang satu baju kurung ni. Cantik dan saya saje nak try. Sepupu cakap, try jelah. Eh boleh sales girl tanya, awak pakai 38 kenapa nak try 36?? Owhh. Rasa je nak jawab dik, 36 saya masih muat je pakai, ini saya saje-saje je nak try. Bukannya nak beli. Sebab saya memang tak nak beli. Saya JUST NAK TRY jer. Ok tutup kisah dengan sales girl tu. Saya rewang-rewang dalam kedai tu dan ternampak baju melayu kanak-kanak yang berharga RM15. Murah kan? Sales girl tu cakap baju ni baju reject. Sebab tu murah. Saya tak kisah pasal reject tu, sebab kain dia cantik, kiranya memang puas hati la. Tak setanding dengan harganya. Kebetulan sepupu pulak adalah tukang jahit, jadi dia tengok kain, dia pegang dia rasa dengan jari dia. Dia cakap kain ok, ok je kalau nak ambil. Saya pun beli. 

Lepas tu, pergi lagi untuk kali kedua, kali ni nak beli untuk anak buah yang lain pulak. Beli bukan untuk dipakai raya, tetapi ikut suka mak ayah mereka la nak bagi pakai bila-bila pun. Sebab dah tentu mak ayah mereka dah ada warna tema masing-masing untuk anak-anak mereka. Pergi sensorang je kali nih. Kat sini dah hairan dah dengan cara mereka berurusniaga. Senang cite, harga untuk baju yang reject tu RM15. Lepas tu dia cakap, kalau tak nak warna ni, warna lain ada lagi. Sales girl tu pun bawak la baju-baju untuk dipilih. Lepas tu, hati berkenan pada yang maroon. Sales girl tu tak cakap yang harga tu dah berbeza. Letak aje baju tu kat kaunter, ternampak price tag dia RM45.90 kot. Terus aje la cakap, harga ni lain ke? Selamba je jawab. A'aa.. yang ni lain harga. Terus cancel. Bengang jugak sebenarnya. Sepatutnya mereka boleh je cakap kat customer, warna lain ada tapi harga lain la. At least kita boleh fikir samada nak ambil atau tak. Kita ada choice. Last, saya ambil warna coklat yang RM15 tu. Padahal dah tahu dah, anak buah ni dah ada warna coklat. Tapi dah plan dah dalam kepala, kalau yang ni tak nak. Anak buah lain ada. Anak buah lelaki adalah dalam 6 orang. Jadi, yang ni tak muat kita kasi yang satu lagi. Yang satu lagi tak muat, kita bagi yang lagi satu. Begitulah adanya. 

Tadi, pergi lagi untuk KALI KETIGA. Amboiiii! Bersungguh benor. Sebab mulanya, tak terfikir pun nak beli lagi dan beli secara banyak-banyak, sebab tu berulang kali je pergi kedai nih. Plus saya memang bersungguh dan bersemangat dalam membuat apa yang saya suka. Saya tolak ke tepi perangai sales girl yang entah pape tu, sebab saya nak membeli je pun. Sebab nak baju murah HAHAHA, saya rela. Belek punya belek, saya ambil dua helai baju melayu. Satu tu kotor la sikit, tapi takpe la nanti saya basuh je lah. Yang satu lagi memang ok. Masa di kaunter, cashier tu dah punch harganya. Eh, rupanya yang kotor tu harganya RM35. Memang terkejut la. Biar betul. Lepas tu terus spontan cakap kat cashier tu, saya tak nak. Dia cakap dah punch. Saya cakap boleh refund kan? Dia cakap tak boleh. Ok fine. Sebenarnya saya tahu dah bayar mana boleh ambil duit balik. Saya tanya dia, kotor macam ni pun u jual ke? Dia pun cakap, ini bukan kotor tapi debu je. Macam la saya ni tak reti nak nilai. Itu memang kotor. Tapi bila cuci, memang boleh tanggal. Cuma yang saya geram, selamba je jual baju kotor macam tu. Lain la kalau dia bagitahu ini kotor sikit, harganya murah RM35 berbanding harga biasa RM45.90. Saya TAK NAK yang RM35 tu. Jadinya saya ambil keputusan tukar baju melayu tu dengan mengambil dua helai skirt yang berharga RM29. Sama jenis, cuma design je lain-lain. Lepas tu sampai kat kaunter, masa cashier tu nak punch harga, eh eh si salesgirl tu cakap. Nak pergi tengok kod dia, kot-kot tak sama. Saya tak ambil pot sangat dan terus bayar dan masuk kereta. Bila dah dalam kereta dan memang dalam perjalanan balik. Saya teringat kata-kata sales girl tu. Saya cari balik resit tu. YA ALLAH. Kod dia tak sama, sedangkan kain dia sama. Yang satu tu dia tulis Skirt Casual dan satu lagi Skirt Jeans. Geram sangat-sangat. Sebab dah sah harganya sama je, sebab tu saya ambil skirt yang  sama cuma coraknya berbeza. Kain pun sama, takde nya jeans. Cotton biasa je. Nak tak nak kena pergi balik kat Butik Peace malam nih. See, kan dah banyak kali kena buat benda sama. Macam stupppp*** je kan? 

Kesimpulan dari cerita yang berjela-jela nih, KALAU NAK MEMBELI SILA LAH TENGOK PRICE TAG DENGAN BERHATI-HATI. Lepas tu, SILA LIHAT RESIT YANG KITA BAYAR TU SEBELUM TINGGALKAN KAUNTER. Inilah akibatnya tak ambil berat. Cuai giler diri nih. Lepas tu mulalah bebel kat diri sendiri, dah tahu customer service dorang OUT, eh ko pandai-pandai pergi lagi konon nak baju murah. Rasakan baju murah. HUWAAAAA~!!!!!!

Sabar aje la, dah tu jadikan pengajaran. Lepas ni, tak nak ar beli kat sini lagi. HUHUHU.



4 comments:

  1. dugaan..... banyak nya kali datang kedai tu :D

    ReplyDelete
  2. banyaknya juga beli baju untuk anak buah :D

    teringin rasa nak jadi anak buah Aida lela.. hehehe.. tentu best ekekeke...

    ReplyDelete
  3. NONG ANDY :
    *dah tak rasa geram tapi duk gelak bila baca balik entry nih. macam entahpape la diri nih. Ya Allah dugaan sungguh.

    sebab geram tengok baju budak2 nih. sebab tu beli, tapi bukanlah yang mahal2.. hihihihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.