Monday, July 23, 2012

Nikmat Itu Rahmat

tajuk tu terpop up je kat kepala. Memandangkan kelajuan broadband saya agak slowww, macam traffic di waktu puncak. Tersengguk-sengguk. Jadinya, banyak idea datang dalam kepala. Salah satunya, ingin dikongsikan satu cerita yang mana boleh kita sama-sama jadikan pengajaran, panduan iktibar pegangan atau apa-apa maksud yang sewaktu dengannya untuk diri kita semua.

Saya seorang yang cepat menerima nasihat walaupun kadang-kadang nampak macam saya buat derk jer. Sampaikan ada sesetengah nasihat tu, saya tolak ke tepi. Sebab? Terlampau banyak nasihat yang masuk kat dalam kepala ni. Jadi kadang-kadang rasa menyusahkan diri la pulak. Ini tak boleh itu tak boleh. Berperang jugak dengan diri sendiri pasal nasihat nih. Oh ya, saya bukan membuta tuli aje mengikut nasihat. MUHEHE

Antara nasihat yang saya ingat sampai hari ini ialah 'tengok si polan tu [sebenarnya saya lupa nama makcik/pakcik nih] dah tua-tua pun masih semangat buat terawih sampai habis. Kita yang muda buat 8 je ke? Buat banyak takpe, nanti boleh cover mana-mana ibadat kita yang rongak'. sumber nasihat : arwah mak

Dan setiap kali berpeluang solat di mana-mana la kan [ni bukan nak tunjuk amal seciput yang kita buat tau, BUKAN. tapi nak cerita satu benda yang boleh buka mata kita] apabila terlihat orang-orang tua yang susah payah datang rumah Allah. Mesti teringat kata-kata arwah mak.

Alhamdulillah tahun nih, dapat lagi peluang untuk berterawih bersama-sama jemaah yang lain. Dah dua malam saya nampak mak cik ni. Nampak keuzuran dia tu. Tapi masa tu kami tak satu saf pun. Jadinya, terpandang macam tu je la. 

Tadi, datang aje kat rumah Allah nih. Saya berada di saf kedua, lepas tu dah nak start solat Isyak. Ada seorang makcik tu yang sebaris dengan saya, pandang saya lepas tu mintak ke saf depan. Tapi saya nampak macam tak muat je. Terus tanya 'muat ke mak cik?'. Mak cik tu jawab 'muat'. Saya terus je lah ke depan. 

Nak tahu? Saya satu saf dengan mak cik yang uzur tu. Sebelum ni saya selalu je fikir 'mak cik tu mesti duk saf depan dan bahagian tepi'. Malam ni, saya dapat jawapannya.

Mak cik tu duduk tepi sebab memudahkan dia untuk solat dan tak ganggu orang. Kalau dia duduk tengah-tengah, mesti payah dia nak angkut kerusi dia dan juga membataskan pergerakan dia. Nanti ganggu orang lain pula. Kerusi dia tu kan, dia tinggal aje kat tepi dinding. Bila dia datang, dia just buka kerusi tu lepas tu solat.

Yang buatkan saya terkesan, kiri dan kanan saya adalah makcik-makcik yang memang dah .. Urmm, macam mana eh nak cakap. Senang cite, dah tak berapa nak kuat la. Mungkin lutut mereka sakit kot. Yang sebelah kiri saya, dalam kepayahan masih lagi mampu solat teraweh sampai habis. Bacaan panjang tau. Sebab gunakan imam daripada Arab Saudi. Memang sedap bacaan dia. Kalau tak silap, mungkin akan habiskan 30 juzuk kot. Malam ni dah juzuk kedua dah. 

Yang sebelah kanan saya, makcik yang gunakan kerusi. Bila saya lihat pandangan macam nih, saya rasa kita semua perlu mencontohi makcik-makcik nih. Kita masih muda, Allah bagi kita baaanyyaak nikmat tapi saya selalu juga lalai, terjatuh dalam nikmat. Dan apa salahnya kita meluangkan masa untuk berterima kasih kepadaNya. Saya yang masih berdaya ni pun kadang-kadang menguap, mengantuk lah apa 0_O. Teringat nasihat yang arwah che = mak saya duk pesan dulu [rujuk perenggan 3]. Pesanan orang tua nih, banyak manfaatnya. Cuma kita aje la yang dengar tak dengar, endah tak berapa nak endah.

Jangan salah faham pasal berterima kasih tu, ianya bukan hanya tertakluk kepada solat terawih aje tetapi merangkumi hal-hal yang lain juga.

Terfikir, satu hari nanti kita juga akan tua. Kerana itu aturan alam yang tidak boleh dinafikan. Adakah kita sanggup sia-siakan masa muda kita ini dan bila dah tak larat, barulah kita terkial-kial untuk ganti balik apa yang perlu diganti. Bila kita sedar, kita tak patut terus leka macam tu je. Nampaknya saya kena kuat untuk bertekak berperang dengan hawa nafsu sendiri.

Dalam kepala duk ingat 5 sebelum 5 aje, ala yang Raihan duk nyanyi-nyanyi tu. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. lallalala.. sambung la sendiri kalau ingat lirik dia :) 

Apabila melihat ketabahan dan kesungguhan makcik-makcik ni berdua [yang lain tak kira la sebab yang ni je yang nampak macam tak kuat]. Saya yakin luaran mereka nampak macam tak kuat, tetapi dalaman mereka sangat kuat. Kalau tidak, masakan mereka mampu untuk berada di rumah Allah yang penuh berkat tu [dengan izinNya].

Semoga kesungguhan mereka berdua memberi kita satu semangat dan motivasi untuk kita terus membaiki diri kita ke arah yang lebih baik. Utamanya adalah berpesan kepada diri sendiri dan semoga ada sedikit manfaat yang boleh di ambil oleh pembaca semua. InsyaAllah.

Surah Ar-Rahman : Juzuk 55


2 comments:

  1. terima kasih sebab berkongsi nasihat :D

    kagumlah dgn makcik-makcik tu.. insaf terasa diri ini

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    sama-sama, untuk peringatan kita semua :) amin

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.