Saturday, July 7, 2012

Note ...

... untuk diri sendiri.


1. Baca ini dulu AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN baru la akan faham tentang cerita yang ditulis pada hari ini. Cerita hampir 2 tahun yang sudah, dan kesinambungan dia pada 2012. Giler lama. Tapi tulah, dalam kehidupan kita sentiasa ada cerita, dan adakalanya ianya bersambung-sambung.

Hari tu masa bulan 7 atau 8 2010. Ketika dalam perjalanan balik dari mahkamah, cermin kereta pulak terkena batu. Masa tu memang agak kuat la bunyinya. Batu tu datangnya dari kereta depan. Kereta kancil warna putih kalau tak silap. Semasa memandu tu kan, tercari-cari jugak kat mana kesan batu tu. Tapi tak nampak.

Bila dah sampai rumah, cari lagi kesan batu tu. Sebab tak puas hati, kalau ikut pada bunyi batu tu. Memang kuat. Cari-dan-cari-dan cari. Terjumpalah kat mana kesannya. Betul-betul dekat sticker kereta, patutlah tak perasan. Kalau korang perasan, dekat lingkaran merah tu, sebelah kanan yang nampak macam hitam tu. Itu la dia. Aku ni terel la konon, pernah terbaca kat dalam internet. Dorang cakap, bila retak macam tu dia akan merebak besar. Kalau pergi ke Dr. Cermin [kedai cermin kereta], mereka akan tembak cermin tu untuk elakkan crack yang lebih besar. Aku punya idea, aku saletep kan tempat tu, depan dan belakang. HA.HA.HA. Masa tu aku rasa idea aku sungguh bernas giler.

Bila kat pejabat cerita pada kawan-kawan kerja pasal benda nih untuk mintak pendapat. Yang tak boleh blah kan.

'Orang letak saletep je kat tempat crack tu'. Senyum sebab rasa terel.
'Daripada saletep, kenapa tak stapler terus?' ha ha ha. 
Kurang asam punya kawan.

Lepas tu kan, tempat yang retak tu makin lama makin panjang. Dah nak sampai ke dashboard pun. Kiranya retak tu akan sentiasa besar dan besar. Hari ni, barulah nak tukar cermin kereta selepas dua tahun kejadian. HIHIHI. Dulu tak tukar terus, sebab kereta tu baru je pakai dalam 4 bulan macam tu. Jadi ralat giler ar, sebab tu tak nak tukar. Sekarang ni, tukar ajelah. Lagipun cermin ni sebenarnya ada insuran. Nak jugak tunggu retak menanti belah berkecai. 

2. Buka fb. Terbaca status IM Fatah. 
‎'Ustaz, tadi ustaz minta kami sampaikan apa yang kami dapat pada anak anak kami..budak budak bukan nak dengar pun, malas nak cakap'
'mak cik dah cakap ke belum?'
'X yah cakap dah tahu dah, x nak dengar punye'
'Mak cik dah cakap ke belum?'
Bukan x nak cakap, tapi mesti x nak dengar punye...
'MAK CIK DAH CAKAP KE BELUM?"
'err..belum ustaz.'
*Jangan ambil alih tugas Allah nak tentukan hidayah turun atau x.tapi, jalankan tugas sampaikan pesanan.Terima tak terima soal ke 2.yang penting BAGITAHU.dah jalankan tugas, serahkan pada Allah.*
~Hati berdesing bila terima nasihat, itu tanda hati masih 'berfungsi'~
Sangat bersetuju dengan apa yang dia tulis. Sebab saya sedang mengalaminya sekarang. Rasanya doa-doa arwah mak saya seolah-olah Allah kabulkan sedikit demi sedikit. Allah kabulkan semasa mak saya jauh di sana dan bukan semasa dia masih ada. Saya dapat rasakan doanya senantiasa mengiringi diri setiap hari. Saya dapat rasakan keberkatan doa yang dipanjatkan mak didengar Allah dan kesannya. Subhanallah. Nak cerita tak boleh. Tiada ayat yang boleh digunakan untuk menunjukkan rasa perasaan tu.

Berbeza tak salah, asalkan di dalam sesuatu yang POSITIF


1 comment:

  1. er.. kenapa aku nangis baca n3 ni... tiba-tiba emosi bila kamu mula cerita pasal arwah emak.. laju jer airmata tumpah...

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.