Tuesday, July 24, 2012

Perjalanan Afiq #1

Sepatutnya entry ni dah lama dikarang dan di publishkan, tapi oleh kerana masalah kelembapan broadband maka ianya tertunda beberapa kali. Satu faktor utama ialah Afiq sendiri terlanggar wayar bateri lappy sebanyak dua kali. Terus padam lappy tu. Dah la tak guna bateri, main charge macam tu je. Memang sangat berisiko. Usah buang masa, langsung kita ke Perjalanan Afiq. Budak manis yang tembam. Ah comel jugak kadang-kadang dia nih. 

Maka bermulalah Perjalanan Afiq di suatu tahun 2011. Di sini semuanya bermula .... [eh chop! lebih kurang macam bunyi TV Alhijrah je kan?]

22.4.2011
Afiq masih di dalam kandungan Umi dia. Dunia dia masih dalam kegelapan, teraba-raba di dalam perut umi dia. Masa ni kami berkelah di Lata Payung, tempat yang super duper best. Air tenang, bersih. Memang sangat berbaloi datang kat sini. Entry tentang perkelahan ni, pernah di tulis tahun lepas.

6.5.2011
Afiq selamat dilahirkan pada 5 Mei 2011. Ini hari kedua Afiq kat dunia nih. Subhanallah, comel kan? Debab. Masa kami datang, dia asyik tidur je. Lena betul. Masa ni, bau Afiq sangat menyegarkan. Bau baby. Bau bedak baby, bau yang best. Wangi dan suci [macam iklan la pulak].


6.5.2011
Saje-saje ambil gambar macam ni, konon macam sweet. Apa yang sweet entahlah. Terpengaruh dengan kekreatifan photog yang terbilang agaknya ni.


30.7.2011
Masa berlalu, Afiq makin membesar. Masa ni masih tak reti apa lagi. Sebab tu la, kewujudan Danish tidak memberi sebarang erti baginya. Sebelah yang baju kuning tu, anak kepada sepupu. Kiranya berbeza bulan aje la mereka nih.


5.9.2011
Afiq masih tembam mukanya. Masa ni, masih jugak tak ngerti pape deh. Nak cubit lebih-lebih pun tak sampai hati. Alahai, muka mintak simpati betul la.


8.9.2011
Dah pandai hisap jari. Habis kesemua jari pulak tu. Jadinya kita denda dia. Bila dah macam ni, memang tak boleh nak hisap jari la dia. Tapi sekejap je la, kesian jugak sebab tak bagi respon apa pun. Marah pun tak, menangis pun tak.

30.9.2011
Walid dia pakaikan kopiah. Tak menangis jugak, tak marah. Mungkin dia redha aje kot. HIHIHI.


22.10.200
Dah pandai meniarap di usia 5 bulan. Agak lambat sikit. Masa ni, dah pandai usik sepupu-sepupu dia. Dah pandai nak berkawan.


23.10.2011
Masukkan dalam walker, lepas tu letak toto  (tak tahu la korang panggil apa). Kami letak lepas tu dia diam je kat dalam tu. Kelip-kelip je duk tengok kami ni semua. Mesti kat dalam hati Afiq, eee geramnyerrrr!! LOL
4.11.2011
Baru beli elephant. Asyik pegang je, tak nak lepas. Start hisap puting. Masih dalam ketembaman.


4.11.2011
Kena balut lagi. HUHUHU. Walid saje je balut sebab sejuk kot. Tapi sekejap je la, sebab Afiq tak respon sangat. Dia cool je. Aishhh. Tapi rasa la jugak nak tergelak, sebab si Afiq sempat menjeling kamera sambil berputing oren.

6.11.2011
Raya Aidiladha yang pertama bagi Afiq. Melihat secara live ibadah korban dijalankan. Beramai-ramai di bawah pondok sambil dikelilingi sepupu. Bahagia, tapi Afiq tidak mengerti apa itu bahagia. Apa itu daging korban. eh? Tetiba pulak cakap pasal daging. ngeee!


23.11.2011
Mula bergambar di kedudukan meniarap. Sekarang dah tak pandang ar bergambar terlentang macam tu je. Semakin maju ke depan. Siap pakai jubah pulak tu. Cuma sekejap aje la dia pakai. 


1.12.2011
Dah start ada kawan baru. Si meow meow. Mereka memang sangat karib. Cara posing pun seakan sama je. Macam berpakat aje nih. Dua-dua comel :)


8.12.2011
Afiq pergi ke Perlis untuk nikah Pok Ajiz. Masa ni dah makin pandai berbanding bulan-bulan yang lalu. Mula pandai merengek, tapi sangat minima rengekan Afiq. Sebab Afiq saaannngggaaattt baik. Tak susah nak menjaganya.


23.12.2011
Di hari perkahwinan Pok Ajiz di Terengganu bersama walidnya. Masa ni meriah sebab ramai sepupu yang balik, tapi Afiq mana la nak faham sangat. Yang dia tahu, melihat sambil terkelip-kelip disusuli ketawa kecil dan juga senyum menampakkan gusi. Gigi tak tumbuh-tumbuh lagi mak cik. Lambat sikit. Tapi Afiq okay je. 

Nampaknya gambar Afiq mula melabuhkan tirai di tahun 2011 dengan membawa seribu erti baginya. Errr agaknya la kan. HAHAHA pandai-pandai je, padahal Afiq bukan faham sangat pun.

bersambung.....


2 comments:

  1. eee.. memang comel. aku dah lama tak ada baby.. sebab shinta dah bukan baby lagi ekekeke..

    gambar dia dgn kucing tu alolo.. comelnya dedua.. dgn miow tu yg pandai pandang camera hehehe...

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY:
    shinta dah boleh jadi kakak dah. hihihihi.. tp takpe, kalau ada rezki tak kan ke mana :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.