Sunday, July 1, 2012

Perkahwinan Irma & Eja

Tahun lepas ada tulis pasal si CANTIK MANIS ni. Masa tu dia baru je bertudung. Alhamdulillah, penghijrahan yang cukup manis. Perubahan Irma tak kecoh-kecoh berjalan dengan elok tanpa tempang. Dan pada hari Jumaat yang lalu, selamat sudah Irma dan Redza [Eja] diijabkabulkan.

Kalau bukak fb, memang berderet-deret la gambar pasangan yang imut nih. Manis macam gula. Memang tersangat padan mereka berdua ni. Dahla adik Eja muka dia pun seiras je dengan Irma, nak-nak time senyummmm  T___T

Rasa nak tersenyum pun ada, sebab tiba-tiba je buat entry mereka berdua ni. Macam kepochi je. HUKHUK. Beberapa sebab munculnya entry ini ialah :

1. saya suka irma.. eh jangan salah anggap la. HAHAHA. suka dengan perubahan dia dari tahun lepas yang makin lama makin sejuk mata memandang. kalau perempuan dah cakap macam ni, mak-mak mertua apatah lagi kan?

2. Eja ni senior masa study. masa ternampak nama dia time bertunang tu, memang terkejut sangat. terus kami [kawan-kawan study] duk sembang pasal dia dan ada la sebab musabab lagi yang sangat sweet untuk kami bercerita semula. untuk di tulis di sini, rasanya macam over nya kau. HAHAHA. tak semua benda kita perlu bercerita kan? bukan apa pun, sekadar mengimbau kenangan silam masa zaman belajar dan tumpang seronok dengan berita baik tu. lagi satu, pertemuan mereka tu la. di Tanah Suci. Berkat doa. sangat bersetuju bila Irma cakap ini jodoh dari Allah. perempuan yang baik, insyaAllah Allah akan anugerahkan yang terbaik untuknya, yang penting kita perlu menjadi yang terbaik 

3. Gambar mereka sangat sweet & yang penting tak over

comel

2 kali comel

3 kali comel
Semua gambar sangat sejuk mata memandang. Kisah mereka macam dalam novel pun ada. Yang pasti di sinilah kita boleh lihat dan fikir, tentang kebesaran Allah.

Kunfayakun itu tetap milik Allah.
Bercinta dengan siapa, lama mana. 
Jika tiada jodoh dan kiranya yang ada hanyalah pertemuan, maka tiadalah ikatan itu.

happyy! datang dari hati 

Semoga berkekalan hingga ke jannah
Oh ya, gambar ni semua datang daripada page ni tau : THE KLIKER - W & P PHOTOGRAPHY [TQ]


2 comments:

  1. sweeet coupleeeeeeeeeeeeeeeeee....:-)

    ReplyDelete
  2. UMMI KHALISH :
    betullllll!! sangat suwit sampai tengok berkali-kali. dari segi pakaian sampailah majlis, ditekankan unsur2 islamik <3

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.