Tuesday, July 31, 2012

Tulis Aje

1. Dah lama tak menjenguk lappy, tak menjenguk blogger.com, dah lama tak menulis di MPS.
2. Masih di dalam cuti oyeah oyeah selama tiga hari. Lemaulah nanti bila nak masuk kerja esok hari.
3. Masih lagi berkesempatan berada di bulan Ramadan, menikmati nikmat-nikmat yang Allah hamparkan. Alhamdulillah.
4. Masih lagi boleh tengok tv memilih rancangan yang disukai. ooo. Sangat best, cuti lepas tu pergi je nak pergi mana, lepas tu lepak je depan tv tengok rancangan yang best yang boleh memberi ilmu kepada kita. Ahamdulillah
5. Banyak sungguh ye nikmat yang Allah bagi dekat kita. 
6. Urmmm, di bulan yang mulia ni, pintu neraka ditutup dan syaitan diikat TETAPI PINTU SYURGA DIBUKA SELUAS-LUASNYA. Rebutlah sebelum ianya berlalu. Berdoalah sebanyak mana yang kita mahu. InsyaAllah akan ada keberkatan, akan didengar oleh Allah.

Eh, tadi baru tengok tv kan. Ustaz cakap, kalau kita doa nak A, tapi Allah bagi B. Oh jangan risau. Itu bukan tak bagus, tetapi Allah dah rencanakan yang terbaik untuk kita. Yakinlah, Allah bagi B itu untuk kita dapatkan A. Best sangat bilamana dengar beliau bercerita tadi. Make me smile sorang-sorang la. HAHAHA.

Eh, tengok bila dah menulis terus lupa numbering tadi. Hentam je la deh :)

Oh ya, saya ada terbaca satu artikel ni kan. Tapi saya lupa nak ambil pesanan tu. Nantilah kalau ada kesempatan saya akan share kat sini. 

Ok, sekian.

Dengan pesanan kepada diri sendiri, jagalah Ramadan kita, jagalah puasa kita. 

Oh dah 11 Ramadan dah ye. Cepat sungguh masa berlalu. Entry sebelum ni, adalah 7 Ramadan dan BUKANNYA 6 Ramadan. Penat sangat la tu sampai tersalah kira. KIKIKI.


2 comments:

  1. hohoho... bila baca n3 ni macam terbaca mood org yang sedang gembira :D

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    hahahha.. tetiba bila baca komen ni, terus senyum dan gembira :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.