Wednesday, August 29, 2012

Agak-agak nak letak tajuk apa?

Agar anda tidak tersesat cari jalan masuk. Maka eloklah anda membaca ini terlebih dahulu : Juadah First Time D Abobo InsyaAllah anda tidak akan sesat teraba-raba di bawah lampu kalimantang. Nak cakap yang sedang menaip di bawah lampu kalimantang sambil disusuli oleh cerita toman America di dalam tv. 

Semasa Ramadan yang lalu, Alhamdulillah kaki langsung tidak menjejak langkah ke pasar Ramadan. Sangat berinspirasi sungguh Ramadan kali ni pabila tiba masa memasak. Sungguh berkobar-kobar. Lebih gemar dan bersemangat kental untuk memasak dan memasak sahaja kat rumah. Ye la kan, masak kat rumah la, tak kan kat kedai pulak. Eh eh buat kelakar pulak. Tak kelakar pun. Tapi betul la, tak kan nak masak kat kedai pulak. Eh logik juga kalau masak kat kedai kalau itu membawa maksud 'beli aje kat kedai', tapi digunakan ayat berlapis 'masak kat kedai aje' untuk menunjukkan dia tak masak tapi beli kat kedai. Ok la, tak payah nak berlawan kata-kata dengan diri sendiri. Tak payah. Mata dah mengantuk, elok terus aje ke niat yang sebenar benarnya tu.

Ok, masa bulan Ramadan yang lalu. Mesti akan belek blog masakan. Ambil resepi yang mudah-mudah. Yang susah mak oiii tak nak ar ambil. Tak suka menyusahkan diri pening-pening kepala membuat masakan yang susah-susah ni. Ukur masakan di tangan sendiri. Eloklah tu, buat pepatah yang entahpape.

Mula-mula, dicubanya resepi ini. Popia Goreng.

Yelah, kita tahu ni resepi biasa aje. Kan tadi dah cakap, kita cari resepi yang biasa-biasa aje. Tak cari pun resepi yang luar biasa. Itu suruh chef Jamie Oliver la yang masak. Dia terel apa. Tetiba pulak.

Tak perlu menunggu diri terel memasak, tak terel pun dah boleh try main masak-masak. Masa ni la nak asah bakat, nak buat kesimpulan samada boleh masak ke tak? ada bakat yang terpendam jauh di ufuk timur sana ke tak? atau apa apa lah. 

Apapun, TQ atas resepi yang sangat sedap ni. Licin tau popia ni. Walaupun masih ada yang tak puas hati.  Mamai ni. Mamai. Mengantuk nyee!

Ini kali pertama tau buat popia. Sebelum ni memang tak kuasa la nak buat. Beli aje kat pasar malam. Tapi jaranggg la sangat membelinya. Kelihatan popia yang masih belum masak sudah tersedia untuk dihumbankan ke dalam lautan panas lagi menggelegak. Minyak dah membara nak meratah kulit popia ni semua. Jangan tanya la ye yang jenis petak-petak tu. Saya memang jenis ikut suka hati sikit. Pandai-pandai je buat bentuk 4 segi macam tu. Konon nak buat variasi la. Konon katanya. Katanya la kan. Main main betul la awak seorang ni.


Korang tak payah la nak buat bersegi macam tu. Cukuplah saya buat sorang sebagai eksperimen. Masa menggoreng tu, perlu hati-hati sebab isi dia boleh terkeluar. Yelah, sebab kita tak gulung. Just lipat libas macam tu je. Dah bunyi macam main sepak takraw la pulak. Namun demikian, pengajaran yang ingin disampaikan di sini ialah, buatlah popia mengikut fitrah semulajadi popia tu. Bentuk panjang, gulung-gulung. Buat macam tu dah cukup. Tak payah nak jadikan popia macam murtabak. Walaupun lebih sedap tau makan popia bentuk macam tu. Walaupun popia petak habis terlebih dahulu berbanding dengan popia biasa tu. Buat bentuk biasa sudah. Betul. Dengarlah ini nasihat. Cari nahas isi bersepai kat dalam kuali. Terpaksa kutip satu-satu isi tu, naik hangit tau isi tu. Akibat terendam kat dalam minyak lama sangat. Tangan tak laju nak buat 5 benda dalam satu masa. Oh ya, kutip dengan sudip eh bukan dengan tangan. Mau melecur kutip dengan tangan.


Ini rupa lain macam ni. Nampak menyelerakan. Ini pemberian jiran sebelah. Dia kasi kat kami dua lauk ni. Dia pandai masak, dia masak cepat, dia masak sedap, dia selalu kasi makanan kat kami. Dia aje? Habis tu kamu pula macam mana? *geleng kepala sambil mata mengantuk. Kalau lah saya tahu dia nak kasi lauk ni kan, saya sekadar masak nasi buat air aje. Rasanya dah lebih dari cukup. Dah cukup sangat-sangat. TQ


Air sirap. Kenapa air sirap sangat sedap bila tiba masa kenduri kawen, semasa berbuka puasa. Minum pepuas. Nikmat sungguh. Alhamdulillah.

Rupanya seronok juga eh main masak masak. Mencuba apa yang tak pernah dicuba. Menjadi ke tak menjadi itu cerita belakang. Tak perlu dijadikan batu penghalang untuk mencuba resepi mudah walau semangkuk kangkung goreng. Yang penting, hati mesti mau cuba. 

Sekian boleh bersurai sebab ini aje resepi untuk bulan Ramadan yang sempat di ambil gambarkan. Jumpa lain kali kalau saya rasa nak jumpalah.

Mengantuk sangat lor! Abaikan kalau ada ayat yang tak difahami.



3 comments:

  1. tajuknya sepatutnya.. jom main masak-masak hehehe...


    tak nak try mini popia kat resepi blog akak? hehe...

    ReplyDelete
  2. assalam aida..salam aidilfitri..maaf zahir batin...da, percayalah,pas kawen akan pandai masak dengan cepat,pantas dengan sendirinya....so ..smoga cpt2lah ye...hehehehe...

    ReplyDelete
  3. NONG ANDY:
    hahaha. main masak-masak bersama siapa? malu ar nak ngaku.

    mini popia? hahhaha. eleh senang je tu. berlagak. inti kita beli, lepas tu kulit dia pun kita beli. kan? kan?

    nanti orang tengok kat blog macam mana resepi tu.


    UMMI_KHALISH:
    Wslm. salam aidilfitri juga. sama la mintak maaf juga kalau ada salah silap :)

    "masak dengan cepat, pantas dengan sendirinya" yang kita suka dengar ni. Harapnya nanti dapat buat menu-menu yang kebaboomm. harap la. amin amin amin. moga berkat doa kawan-kawan :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.