Friday, August 24, 2012

Barangan Kelengkapan Bayi

Rumah kembali lengang. Kakak 2 dah balik petang tadi bersama enam anaknya dan dibawa balik sekali dengan keriuhan anak-anaknya. Masih tinggal dua keluarga di kampung. Tapi masing-masing bawa haluan masing-masing. Masih dalam status 'ziarah menziarahi'. 

Masa kembali menjadi lapang. Sementara nak melayan tapai, rasanya nak share juga benda-benda comel ni. Nak bercerita pasal raya, banyak gambar ada kat dalam kamera orang lain. Plus, banyak gambar yang tak di transferkan lagi ke dalam lappy. Hari tu 19 Julai 2012 [giler lama] kebetulan kami semua turun ke bandar KT. Nak melayan kedai baby. Kedai baru katanya. Kalau ikutkan, aku langsung tak ada kaitan dengan baby. Bila diberitahu ada kedai baru, ok je. Tak kisah kalau setakat nak merewang, kalau baju cantik ada, harga berbaloi, boleh la juga membelinya.

************


Antara kelengkapan bayi yang dijual adalah katil. Ya Allah, dah la kedai ni cantik. Warna pula cantik, semuanya cantik lah. Terasa sangat ke'bebiyan' sekali bila masuk dalam kedai ni. Kalau mom to be masuk kat kedai ni, confirm rambang mata. Kita yang tak mak budak ni pun dah 'eeee lawooo' 'eeee geramnyaaaa',  jadi korang bayang sendiri la macam mana mereka yang bergelar ibu-ibu tu semua.


Bertuah jadi bayi kan? Dapat baby cot cantik, dahlah cantik mahal pula tu RM1,399.00. Mau tidur tak nak bangun nanti. Kena kuning la jawabnya. Haa, jangan main-main bayi-bayi sekalian [tiba-tiba amaran jaundice dikeluarkan]

***
Sambung semula penulisan yang tergendala malam tadi. Sempat menulis dua gambar kat atas tu je. 


Yang ni pula, harganya ialah RM499.00. Warna pun cantik, light purple gitu. Di serikan dengan kartun comel.



Lagi pilihan yang boleh dipilih oleh ibu-ibu. Mana satu yang hati berkenan? Boleh la kumpul duit cukup-cukup untuk jadikan hak milik bayi :)



Ni antara sebahagian barangan yang ada kat dalam kedai tu. Sebenarnya, mungkin tak boleh ambil gambar kat sini. Tapi saya dah selamat mengambilnya.



Bakul baby. Err, atau dia ada nama lain? Sorry tak sure orang panggil ini apa. Tapi aku hentam bakul baby aje bah. Sweet kan, pinky lagi. Sesuai la untuk anak perempuan.



Nak cari blanket? comforter? bantal? semua ada kat sini. Pilih aje nak yang mana. Bila tengok macam ni pun dah boleh bau baby. HIHIHI. Semua barangan menggunakan warna yang lembut, sesuai dengan perkembangan baby yang baru nak mengenal dunia.



Dan lagi pilihan yang boleh dibuat.



Saje nak tunjuk rupa gambar sebelah sana. Cantik kan? 



Yang ni rupanya ada almari baju untuk baby. Tak pasti samada harganya sekaligus atau asing-asing. Sebab harga katil tu pun dah RM1,399. Fuhhh! pengsan mak-mak kalau macam ni. Last, tidurkan aje baby kat atas  tilam biasa. Jimat pun jimat, membesar macam bayi lain juga. InsyaAllah :)



Pilihlah nak stroller yang mana satu? Ada yang murah, ada yang agak mahal. Ikut kemampuan. 



Antara pilihan yang ada. Cantik juga kan?



Baby car seat ada, motorsikal ada. Pilih aje la nak yang mana. Mau rambang mata ibu-ibu bila datang kat sini. Hari tu masa datang, rasa tak puas duk menjelajah kedai ni. Ini baru tingkat atas, kat bawah sana banyak lagi pilihan baju-baju yang ada untuk anak-anak. Macam-macam la, ada botol susu, buku, beg. Urmmm tak tertulis kat sini. Banyak sangat.

Oh ya, kedai ni kat area bulatan ladang. Depan roundabout je. Kalau korang drive, akan nampak kedai dua tingkat, err tak silap dia ada tulis nama kedai tu besar-besar, tapi aku tak ingat pun nama kedai ni apa. 



10 comments:

  1. nasib baik shinta bukan lagi bayi.. kalau tidak maunya rambang mata huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Bestnya kedai tu mahal jg baby cot tu ye. Salam aidilfitri u, maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  3. NONG ANDY :
    takpe, nanti belikan untuk adik shinta.. hihihihi ;p

    HANIS MY:
    baby cit..oh baby cot tu memang mahal, tapi ada juga yang murah.

    semalat ala..selamat hari raya juga.. mintak maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  4. salam,
    kedai ni kat mana yer?

    ReplyDelete
  5. LEEDA :
    kedai ni betul2 kat depan bulatan ladang, bangunan 2 tingkat. kt situ ada pizza hut delivery juga.

    kalau nak senang cari, jalan ni boleh terus ke wisma tenang/aeon service yg depan sana (hahah, macam la orang nampak), so awak tak payah ambil jalan2 yang tak berkenaan tu.

    sorry sebab saya tak berapa terer sangat bab2 jalan ni, moga info ni dapat membantu eh.

    oh ya, kedai ni kat kuala terengganu tau (kot2 yang bertanya ni orang luar..hehehe)

    ReplyDelete
  6. Kak,ini cerita lama tp sy br baca.apa nama kedai ni ek.nak g tgk2

    ReplyDelete
  7. sori lambat reply. saya tak sure nama apa. seingat nya la kan. one stop baby centre kot (kot sebab memang tak sure. heheh). dia betul2 depan bulatan ladang, kedai 2 tingkat :)

    ReplyDelete
  8. Tengok tag harga dkat katil baby ade tulis... ni kedai twins baby. Twins baby ni kat byk negeri ada. Penang melaka pahang yg lain x inggt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke..tak tahu pulak dia banyak branch. tapi memang langsung tak perasan tag tu ada tulis twins baby. heheheh

      Delete
  9. Tengok tag harga dkat katil baby ade tulis... ni kedai twins baby. Twins baby ni kat byk negeri ada. Penang melaka pahang yg lain x inggt..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.