Friday, August 31, 2012

Duhai Anak Merdeka!

Macam bunyi sajak la pula tajuk entri ni. Urmm.. apa tajuk yang sesuai agaknya ek? Selamat Datang ke dunia baru duhai anak merdeka. HAHAHA. Panjang tak ingat kalau gunakan tajuk ni. Urmmm, otak sedang ligat berfikir. Bukan pasal entri ni, tapi pasal benda lain. Urmm. Ok, hentikan dulu pemikiran tentang itu. Kita bercerita dan berkongsi kegembiraan ini dahulu ye 0_o


Mari buat cupcake! Tadi ternampak dalam surat khabar lama Berita Harian gambar comel ni. Comel comel jugak, manis nih. Mesti manis, gula berkilo-kilo. 

55 tahun kita sudah merdeka. Namun merdekah kah kita semua? Tadi masa tengok tv, ada bicarakan tentang merdeka. Kesimpulan, selagi fikiran, diri sendiri tak berubah ke jalan yang lebih baik. Rasanya kita belum merdeka sepenuhnya. Merdeka daripada sikap-sikap yang negatif, merdekakan diri kita daripada segenap segi yang merantai diri yang menghalang kita memerdekakan diri. Faham? Tak faham? Tak mengapa. 

Alhamdulillah, hari ini berganda kemeriahan kemerdekaan. Dapat HADIAH! Hadiah ni bukan sebarang hadiah tau. Pagi tadi, handphone menyanyi riang. Ku lihat nama Pak Teh terpampang di atas skrin. Lalu ku angkat-ku angkat suara. Bukan suara Pak Teh, tapi suara anak dia. Najiah. 

'Awak tahu tak Ipah beranak?'
Tak tahu. Bila?
'Pagi tadi. Suka sangat'
Haa.. oo hari ni 31. HAHAHA.

Oh Rayyan dapaattt adikkkkkkkk! Dah jadi abang la eh. 

Hadiah di hari merdeka. Wah dapat anak buah lagiii

Rupanya adik 1 awal-awal lagi dah sms bagitahu berita gembira ni. Dan sepupu sendiri awal-awal tanya samada adik ipar dah bersalin ke belum. SMS ada problem rupanya. Lepas dapat call, barulah tertera 2 messages received. Alahai.

 Kalau rajin sila rujuk lampiran berikut : INGIN BERGELAR NURSE-DOCTOR


Adik Rayyan selamat menjengah ke dunia baru. Assalamualaikum semua :) Saya anak merdeka. Mohon anda semua diam ye, saya nak beradu. Ecewah, nak beradu. Kecik-kecik dah berayatkan beradu eh. Dulu masa bulan 10, adik 2 lahirkan anak dia masa Hari Deepavali. Tapi takde entri rasanya pasal kelahiran tu. HAHAHA. Serius memang sangat oo tak tahu la nak cakap apa. Kami terkejut juga sebetulnya. Yelah lahir pada Hari Deepavali. Cuti umum, semua duk pakat gelak. Yang ini wife adik 1 pula lahirkan anak pada hari merdeka. Ok la tu. Senang nak ingat date. 


Semua ekspresi dirimu telah adik Rayyan buat. Di saat ini, baru aje membuka kelopak matanya. Kelip kelip kelip. Siapa ya di depan saya? Suka tengok pada kain lampin tu. Corak mickey mouse. Tak pernah tengok kain lampin bercorak, biasa plain macam tu je.

Nama : belum ada
DOB : 31 Ogos 2012 err doctor bajet lahir next month tau
Jam : 7.15 pagi
Berat : 3.03 kg, tapi mama dia cakap 3.05 kg
Jantina : oh hai, saya girl T_____T
Lahir di Klinik Rawatan Keluarga, tempat abang Rayyan lahir dulu
Lahir, Alhamdulillah normal. Senang macam abang Rayyan juga. Sakit 2 pagi, masuk labour room 4 pagi lebih macam tu. Lepas tu tunggu kat dalam rilek-rilek dulu. Lepas tu uweeekk! uweeek! bunyi adik Rayyan nangis


Mata saya ralit memandang dua ulas bibir nya yang comel terbentuk tu. Dalam kepala asyik fikir, kalau pakai lipstick ni mesti comel. Jelita. Serius, sangat indah ciptaan Allah. Indah dan indah suasana ini. Adik Rayyan tidur, makcik kat depan memandang sambil tersenyum. Tak kira ah kat sekeliling bingit dengan suara anak-anak buah yang lain. Tak kira, nak senyum juga.


Ekspresi SMILE. Dah beberapa kali dia senyum. Masa tersenyum lebar, tak dapat nak tangkap gambar. Sekarang dapat tangkap guna pukat. Budak-budak zaman sekarang cepat aje responnya. Agah sikit dah senyum, agah sikit dah bergerak. Eh bergerak tu biasa. Dah biasa sangat. 


Agah sikit dahhhh merauuung. OO, bersalah la juga bila dia dah start menarik suara tinggi macam ni. Rupanya dia tak suka diganggu. Nak bertenang nak aman. Harap ambil maklum semua.


Berani letak wajah sebesar alam di MPS?? Sebab gembira kita letak ajelah. Kalau ikut hati nanti mati, eh bukan. Kalau ikut hati tak nak letak sebab macam beria sangat ekspresi wajah kegembiraan. Oh ya, disamping kita tu kan. Itulah sepupu kita. Nama dia Najiah.  Ke mana-mana kami sentiasa bersama. Rahsia saya, rahsia dia. Kebanyakkan kawan-kawan pejabat, tahu keakraban saya dengan sepupu. Ramai orang pelik bila kami memulakan perbualan. Awak saya?? Dengan sepupu pun berawak saya? HAHAHA. Tak tahulah. Tak boleh nak berAKU ENGKAU. Kekok. Macam kasar. Dengan dia dan kakak dia ajelah rasa macam tu [berawak saya]. Padahal dengan kakak sendiri berAKU ENGKAU aje. Rasa lebih mesra :)  Oh ya, adik najiah ni pun lahir pada 31 Ogos juga. Malam tadi dah wish sesiap kat wall Mizi. Umur dah 23 tahun. Nanti tahun depan boleh la kongsi kek dengan adik Rayyan ni.


Anak buah yang ke 18 yang dah pun lena semula. Ya Allah, BAU BABY SANGAT WANGGIIII. Cium pegang pipi dia, usapkan pipi kita kat pipi dia. Ya Allah. Lembut wangi. Wangi. Moga kewangian dan kelembutan tu datang kat diri Cuda. HIHIHI. Adik Rayyan, Cuda datang ni.


Ekspresi ketika tidur. Main-main dengan air liur eh. Biasa nih. Aku ikut suka hati je, main kesat aje dengan kain lampin. Tak ada nak ambil tisu. Tapi kesat perlahan-lahan, takut dia terkejut. Dah terkejut nanti, nangis la nangis la. Tapi nangis sekejap aje. Tanda amaran Jangan Kacau saya.


Abang Rayyan duk sibuk main dengan remote aircond. Tak peduli adik dia sedang tidur. Walaupun demam, tapi aktif. Asyik nak berekor tak nak berenggang dengan papa dia. Biasalah, anak papa. Kuat menangis ni. Bila menangis, air mata dahlah banyak, mengalir bak air terjun. Nanti Rayyan kena lebih sedar diri. Dah ada adik, jadi jangan nak mengada-ngada lebih. Kena lebih faham keadaan mama eh :)

Sibuk duk mengekori papa dia. Masa ni kami dah siap-siap nak balik. Doktor dah datang check adik ipar. Tak ada masalah, baby dah poo poo 3 kali tau. Wah wah. Tudung merah tu nenek dia. Kiranya mertua adik 1. Nampak kegembiraan kat wajah dia. Gembira dapat cucu perempuan. Gembira anak perempuan dia dah dapat anak sepasang. Alhamdulillah. Kalau arwah mak ada, mesti mereka berkongsi rasa gembira ni sama-sama. Gembira bersama-sama kami semua. Tapi tak baik kan kalau menggunakan kalau. Ada terbaca di dalam sebuah buku macam tu. Nak menjelaskan rasa macam tak berapa kena dengan maksud, nanti kan kita faham lain, orang baca pula faham lain. Jadi saya tak terang dengan lebih jelas la ye.


Abang Rayyan sedang kacau adik dia tidur. Saja je, ketuk-ketuk remote kat tepi dinding besi katil ni. Bising, namun nasib baik adik dia tak jaga. Kalau tak mesti nak nangis. Jangan nangis lagi. Jangan. Ngee!

Alhamdulillah atas semua ini Ya Allah 



2 comments:

  1. wah.. anak merdekalah!! comel je :D

    ReplyDelete
  2. comelnya dia! tq dear singgah blog Maiza... Salam AidilFitri.... rindu tak jengok2 sini dah lama.. apa khabar?

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.