Friday, August 3, 2012

Gulai Ikan Baung

Satu malam tu, err bulan lepas kot. Tengah lepak-lepak dengan sepupu. Lepas tu, terdengar suara pak Teh duk memanggil. 'Daa, keluar ar mari makan nasi nih'. 'Yaaa, okkkk', menjawab panggilan memang dah bagus. Tapi sampai ke sudah saya tak keluar. Sambung sembang-sembang lagi dengan anaknya. HEHEHE.

Tak lama kemudian, bunyi lagi.

'Mari makan nih, pak Teh dah ambil pinggan nih'. Haa?? Dah siap ambil pinggan? Terharu nih. LOL.

Dengar lagi dia memanggil :)

Dah orang duk panggil 2 3 4 kali, tak kan TAK RETI-RETI nak keluar kot? Saya keluar la dengan anaknya. HEHEH. Bertuah punya budak, orang nak panggil makan pun susah?

Lepas tu, pak Teh pun cakap lagi.

'Mari ar makan, lauk sedap ni. Gulai ikan baung. Mung dok rajin makan kan?'.

'Ye ar, mana pernah makan', jawab saya. 

'Makan ar, banyak lagi nih', sambung pak Teh.

......... dan dialog-dialog seterusnya...



Inilah rupanya Gulai Ikan Baung. Sedap sungguh hasil masakan mak Teh saya :)

Ikan ni bukan senang nak dapat tau. Pak Teh siap pergi kat tempat apa entah. Kiranya original daripada sungai ke apa macam tu la. Bukan ambil dalam sangkar macam tu.



'Pedas nih, awak ambil kuah sikit doh ar. Dok leh makan kan kekgi', pesan sepupu yang dah tahu saya tak makan pedas.

Tapi saya galok [gatal] ambil banyak. Memang pedas menyengat. Tapi makan jugak, tak bertambah nasi sebab fuhhh! Tak tahan pedas. Rasa macam dah tak boleh nak bercakap. HAHAHA. Isi ikan ni lembut, manis-manis. Cuma kena hati-hati, tulang dia tu boleh tahan banyaknya. Nak siang ikan ni, kena betul-betul. Kalau tak nanti hanyir. Best + kenyang, tak rugi ar keluar makan. HIHIHI.



2 comments:

  1. entah kenapa meleleh pula iar liur tgk gulai ikan baung ni.. tapi tak pernah nampak ikan baung idup.. agaknya macam mana la rupanya eh? ke.. namanya kat tempat kami lain??

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY:
    tak pasti jugak rupa dia macam mana, sebab tengok-tengok dah selamat jadi lauk. hehhehe

    mungkin lain tempat lain nama panggilan dia kot. try google tengok macam mana :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.