Wednesday, August 15, 2012

Iklan Raya 2012

Kalau musim raya, mesti antara benda yang kita tunggu adalah iklan raya. Amenda lagi eh yang mereka nak reka pasal iklan. Menarik ke tak iklan ni? Macam biasa, kadang-kadang ada iklan yang kita dah boleh agak dah macam mana ending dia. Kadang-kadang ada juga yang tak boleh agak. Biasanya kalau time raya, mesti iklan sedih-sedih macam tu. 

Sebelum ni, selepas terbaca dan-dan itu juga, terus tengok iklan raya Bernas 2012. Memang sangat menyentuh kalbu. Menitis air putih di pipi. Boleh tahan sedih dia. Kisahnya seorang tu, namanya errrr apa eh? Seorang Ahmad seorang lagi tak sure nama apa. Seorang macam ada masalah pendengaran dan pertuturan, seorang lagi masalah penglihatan. Senang cerita, nah video nih. Saksikan sendiri la ya. Sebab kalau nak bercerita macam feel tu tak sampai. Lagipun saya tengok sekali je, dah takde nak mengulang tengok. Cukuplah sekali sedih dan tahu jalan cerita dia. Sebab tu details tu saya tak ingat sangat, motif dan pengajaran dia saya semat kat hati. Adoii, siap semat kat hati. KUI KUI.




Dah layan iklan sedih nih?

Ok, kita beralih cerita pula kepada iklan raya yang SOKMO BUATKAN SAYA TERSENYUM.

Iklan raya Maxis. Apa erti puasa? Apa yang sebabkan puasa batal? Iklan ni memang real dan dekat dengan kehidupan kita. Budak-budak jawapan mereka memang jujur. Soalan ditujukan kepada budak-budak yang di lingkungan 5 - 8 tahun kot. Yang paling best, budak comel lelaki tu. Petah je bercakap. Lepas tu, mestilah adik Puteri Balqis yang comel tu. Suka tengok dia berlakon. Tak jemu tengok iklan ni.

Antara dialog yang kelakar 'kalau gatal, buat macam ni je' [sambil tampar telinga]. Comel!

'Korek telinga boleh, tapi tak boleh dalam-dalam sangat'. 

'Masa sahur kena makan banyak-banyak' [muka dia ya ya je]

'Mula-mula bangun sahur....lepas tu pergi pasar Ramadan, buat kerja sekolah, TIDOOOO'. HAHAHA. Dialog panjang sangat. Ambil yang penting sudah.

Ada sorang budak tu terkebil-kebil je, jawab pun tak. Innocent sungguh riak wajah.

'Ingat ingat Allahuakbar'. LOL Seriously comel!

Siap goyang jari tu. No! Di tambah dengan gelengan kepala. HIHIHI

Nak tengok iklan tu? Nah ini link dia Iklan Maxis. Try masukkan video tapi tak boleh [ingatkan takde video dia kat youtube, ada rupanya eh].


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.