Saturday, August 4, 2012

Juadah First Time d' Abobo

Macam biasa, bila tiba Ramadan memang automatik diri tak terasa nak ke pasar Ramadan. Setakat ni, belum pergi lagi membeli apa jua makanan kat sana. Bila bukan bulan Ramadan, elok je pergi pasar malam selepas kerja. Kadang-kadang dua minggu sekali, kadang-kadang sekali satu minggu.

Khamis, kebetulan memang balik awal dari kerja. Jadinya, sempat membeli barang-barang untuk buat puding jagung. Jengah ke blog puan Hasue [boleh tengok link kat sidebar]. Lepas tu ambil lagi resepi kat Ummizaihadi [link kat tepi jugak]. Copy resepi and print. 



Ini rupanya puding jagung, masa ni masih lembik, panas dan baru aje di alihkan dalam loyang. Kalau perasan, nampak yang macam tak rata tu kan. Haa, itu disebabkan saya kikis saki-baki puding tu, lepas tu letak macam tu je. Jadi memang sangat tak cantik lah. Comot je kan? HEHEHE. 

Ni first time la membuat puding jagung. Ingatkan susah, rupanya takde lah susah mana pun. Letak tepung kastad, letak jagung yang dalam tin tu, letak susu cair, letak gula, letak air, bila dah pekat sikit tu kita letak mentega sikit. Kacau dari cair sampai la menjadi pekat. Time tu sebenarnya confuse la jugak. Sebab bila baca resepi dia cakap, bila dah pekat boleh pindah ke acuan. Masa duk mengacau tu kan, duk fikir jugak. Macam mana eh? Tengah-tengah duk mengacau tu, lama-lama semua bahan-bahan tu, semakin pekat dan pekat dan semakin berat untuk dikacau. HAHAHA. Sangat la best perasaan tu. Susah nak digambarkan. Macam miracle giler ar. Cair menjadi pekat. OOO.. ini rupanya yang dimaksudkan oleh puan Hasue. Jangan silap faham ye, almaklumlah ni kali pertama buat puding. Dan jugak, saya memang tak terel bab-bab memasak. NGEEE! Jadi abaikanlah perasaan kekaguman tu semua :) Bab kata adik + abang saya, kalau masuk Masterchef, orang pertama yang tersingkir ialah saya. HAHAHA. Gurau kasar ooo.

Hasil masakan? Rasanya tak tawar mana, tak manis mana. Sebab saya taruk air sikit-sikit eh eh lama-lama dah melebihi 1 cawan 1/2. Tu sebab tak manis mana kot. Lain kali kasi manis sikit je lagi, baru la ok ;) Jangan nanti, tiap-tiap minggu duk buat puding jagung, HAHAHA. Muntah kuning nanti.



Kerang goreng merah. Eh? Betul ke tak entah nama dia. Pun 1st time buat juga. Senang je, ikut je resepi. Letak bawang, letak cili boh. Lepas tu, saja je letak gula melaka [orang Terengganu cakap nissan]. Lepas tu kacau-kacau, letak kerang. HAHAHA. Tak boleh blah bagi resepi. Pening la kalau ada anak murid macam nih. Hasil masakan? Rasanya agak tidak seimbang. Sebabnya? Mungkin garam + gula melaka tadi yang tak dimasukkan dengan baik.



Lepas tu, kita beralih pula ke gulai ketam cili api. Errr, masak ketam cili api. Lebih kurang la kot nama dia. Bahan-bahan dia kebanyakkannya ditumbuk macam tu je. Cili padi, kunyit, bawang, urmmm serai [serai tumbuk sikit macam tu je]. Lepas tu, masukkan semua dalam periuk. Ini pun 1st time juga membuatnya. Memang banyak first time la itu hari.



Ini ketam yang telah kita bersihkan. Memang saya tak reti nak bersihkan ketam ni. Nasib baik resepi tu cakap, ketam di belah dua. Bila dah dibelah tu, barulah nampak ada macam sisa-sisa kotoran yang belum saya buang. Macam isi perut dia la kot. HEHEHE. Bertuah sungguh la budak nih. 



Ketam yang dah selamat masuk kat dalam periuk. Tak nampak kuning sangat kan kuah dia? Saya tambah dengan kunyit debu kasi kuning sikit. Hasil masakan? Semua dah ok, cuma rasa dia agak tawar. Saya surrender la kalau bab-bab rasa ni. Memang FAIL. Kadang-kadang je menjadi HEHEHE. Adik 4 saya cakap, kena ikut hati. Keyakinan tu kena kuat kat hati. Barulah rasa dia ummpph. 



Puding jagung yang dah keras [masa ni tak tahu lagi macam mana rasa dia]. Sedia untuk diberi kepada jiran sebelah dan mak saudara. HAHAHA. Berani ooo kasi kat jiran. Dahlah first time. Kalau mak cik sendiri tu, tak la rasa bimbang sangat. HIHIHI. Jiran sebelah ni, selalu je kasi makanan kat kitaorang. Nanti kita cite lebar-lebar eh.



Sayur campur. First time letak brokoli and udang. Biasanya, letak bahan-bahan lain. Hasil makasan masakan? Tawar la sikit. 



Kerang goreng merah tadi dah sedia untuk di makan. Hasil masakan? Tadi dah cakap hasil dia macam mana.

Ok lah, jangan lupa tau petang ni. Sukan Olimpik. Best jugak kalau melayan. Good luck untuk Azizul, lepas tu sape lagi eh? Entah, kita tengok je la nanti .



2 comments:

  1. o.. banyaknya masakan percubaan.. rajin ye.

    ketam paling mudah masak.. bagi akak le :D

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY:
    hahhaha.. percubaan yang sangat membimbangkan ketua-ketua juri masakan.

    tak reti sangat nak masak ketam, lagipun ketam ni susah sikit kan nak makan.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.