Monday, August 27, 2012

Kuih Pun Nak Beraya Juga!

Malam ni kita nak cakap pasal kuih-biskut raya. Kenapa tulis kuih-biskut macam tu? Kerana kadang-kadang kita cakap, biskut raya dah beli ke? kuih raya dah beli ke? Ah sudah, kadang-kala terkeliruconfuse nak guna 'kuih' or 'biskut'. Alapadan. Gane nih?? Dok payah gane gane la, gitu je la. Tak usah risau akan hal kecil yang sememangnya tak perlu difikirkan tu. Ok, makanya kita langsung ke penulisan seterusnya di samping paparan gambar yang berwarna-warni. Wah nampak ceria dan bersiap sedia sekali  semua biskut ni seolah-olah tak sabar untuk ke udara. Cepatlah aida tulis pasal saya ni. Cepatlah. 

Ok, ok saya cepat la ni. Sabor sabor. Secara tiba-tiba memahami perasaan kuih biskut ni semua. Yuhukk!


Biskut Nestum ni TERBELI. Tak ada niat langsung nak beli, angkut pulang ke rumah. Sungguh tak ada niat. Tapi dah ditakdirkan kita bertemu lalu rasa berkenan. Itu pasal saya beli. Nak dijadikan cerita, keluar dengan sepupu. Kami singgah ke TTC atau nama panjangnya Terengganu Trade Centre. TERMELINTAS la depan satu gerai ni. Saje je la sepupu tanya-tanya pasal kuih raya ni semua. Lepas tu tanya harga, makcik tu cakap 3 jenis RM50. WOOOWW! Sepupu pandang saya, saya pandang kuih raya. Eh macam mana saya tahu sepupu pandang saya? Melalui ekor mata, ekor mata. HAHAHA. Sambung baca balik. Biar betul, lantas pandangan menghala kepada sepupu dan makcik dan anak dia. Makcik tu cakap, dia nak habiskan biskut ni semua sebelum malam raya. Dia nak balik kampung. Dah tu, apaalaaagiiiii. Sepupu ambil 3 jenis, saya ambil 1 jenis. Dah la ambil 1 jenis, ambil yang paling MURAH pulak tu. HAHAHA. MURAH = AIDA. Ya Allah, bagusnya. Chop! Walaupun murah, tapi sangat sedap. Rangup! Ada sikit lagi baki dia, bukan untuk dihidang lagi, tapi untuk dinikmati sendiri la pulok. Tahun depan nak beli lagi. Eh!


Tart nanas kegilaan saya. SEDAP + PADAT + ISI PENUH + KULIT TART er kalau boleh dipanggil kulit tart la kan TAK TEBAL + CUKUP LENGKAP RASANYA. Wah, bukan main puji eh. Tart ni di order ketika minit-minit terakhir pesanan dibuka. Err, atau dengan lebih tepat lagi pesanan dah nak ditutup sebenarnya. Tapi oleh kerana last year saya dah beli, jadi dilayan juga permintaan saya. TQ. Ngee! Suka. Tart ni bukan untuk hidangan tetapi untuk diri sendiri sahaja. Ini tidak adil tidak adil. HAHAHA. Suke ati aku ar. Oh ya, harga dia RM20 untuk 50 biji. Murah la juga kan?


Saya diperkenalkan dengan tart ini. Katanya buatan orang kampung. Kerana teruja. Saya beli 100 biji. Harganya urmm tak ingat pulak berapa. Tart ni saya hidangkan untuk tetamu. Err duhai tart, ko jangan terasa eh. Aku tak tulis panjang-panjang pasal ko. Ko faham kan?


Juga diperkenalkan oleh kawan. Katanya orang kampung yang buat. Seangkatan dengan tart yang atas. Beli 100 juga. Harga dia? Congak ar sendiri. Kat situ dia dah tulis harga siap-siap. Untuk kuih dahlia ni kan [atau juga dipanggil semperit atau bunga cina] urm boleh tahanlah. Satu bekas, saya kasi kat adik ipar. Dia cakap sedap. Lain orang lain lidahnya :)


Almond london. Saya beli sikit je. 50 biji RM24. Tak makan pun, semua dihidangkan untuk tetamu. Sebetulnya anak buah sendiri yang pulun :)


Biskut Sarang Semut. Tahun ni, sepupu siap tempah 100 biji tau. Harga jualan?? Tak tetapkan lagi sampai ke hari ni. Bagus kan penjual ni. HAHAHA. Ok ok, ini biskut wajib saya. Wajib dibuat, pernah tak nak buat, tapi terasa macam kosong kosong kosong. Eh dulu tak berapa nak suka kepada najwa, tapi bila terbaca dalam paper ada lelaki puji dia comel. Aku tak rasa pun dia comel. Lepas tu tertengok rancangan dia kat tv. Lupa tajuk apa, urmmm comel la juga budak ni. Sekarang dah minat la sikit-sikit [angkara tengok rancangan dia tu] and sebab lagu-lagu dia boleh tahan la. Anak-anak buah minat sangat kat dia. Sampai nak pakai tudung pun nak macam najwa latif. 

Hari tu puan Nong Andy ada tanya resepi biskut sarang semut ni. Sila ambil pen semua, salin kat tapak tangan. Ala aida, ni taktik lama la. Dulu boleh ar, takde kertas tapak tangan pun jadi. Huk huk!

Jangan lengah-lengah, nah ini resepi dia.

Gandum 1 cawan
Gula aising 3/4 cawan
Tepung kastad 1 cawan
Mentega 1 cawan
Telur 1 biji [aku kedekut guna 1 biji je. HAHAHA. jangan kutuk dulu, jangan. Dengar dulu penjelasan ni. Dulu pernah guna 2 biji, tapi hasilnya sama je. Jadi saya kurangkan kepada 1 biji]
Esen vanilla sikit la
Itu aje kot.

Cara-cara dia:
Masuk kan mentega, gula aising, kacau sampai sebati. 
Lepas tu masukkan esen vanilla sikit, masukkan kuning telur aje tau. 
Masukkan tepung kastad,masukkan gandum.
Kacau je.
Kalau lembik masukkan gandum satu sudu, kalau lembik lagi masukkan 1 sudu kastad
Lama-lama dia akan jadi doh.
Lepas tu dah boleh parut dah. Tak payah letak dalam peti ais ke apa. Parut terus. HAHAHA. Gelojoh nak cepat siap je mung eh.
Lepas tu bakar. Oh ya lupa nak pesan. Biskut ni perlu mangkuk kertas and chocolate rice.


Yang ni tak pasti, dah masak ke belum. Dah rupa pun hampir sama aje dengan yang dah dimasak. Tahun ni agak diduga. Dah buat beberapa doh, tapi asyik tak jadi je. Hangit la apa la. Biasa tak macam ni. Tapi tetap habis. TQ anak-anak buahku. Pandai ambil hati Cuda eh ;)

Bila tiba hari raya..

Pergi ke rumah mak saudara. Tiap-tiap tahun biskut bunga cina = semperit = dahlia ni wajib ada. Comel. Kecil aje biskut ni. Rangup. Satu balang ni kami habiskan. Ini pun dapat makan sikit je, sebab terlambat beberapa minit je tau. Kalau dia jual, aku sanggup beli. Betul!


Sempat la juga berBBQ. Tapi tak syok sangat la. Tak pernah dibuat orang bbq di pagi hari. Biasanya kami buat pada malam hari. Makan berebut-rebut. Anak buah la yang berebut. Makcik mak dia ok, maintain. Sabar menantikan ayam masak. HIHIHI. Kali ni, budak-budak macam mamai macam tu je. Dorang lebih seronok bermain sama-sama mereka daripada makan. Mungkin perut mereka kenyang kot.


Tapai pulut. Dulu arwah mak selalu buat tapai ni. Guna beras pulut bungkus dengan daun getah. Kali ni, saja la beli dengan niat nak makan sepuasnya. Sebab tapai dia memang sedap. Banyak lagi kat dalam peti. Dah terlebih masak. Kurangla rasa besta jinggo dia tu.


Biskut raya Kerepek raya! Tahun ni tak beli sangat kerepek. Ini semua abang-kakak yang beli.


Himpunan biskut raya. Tak banyak sangat pun, 5 balang je. Tak keluarkan semua sebab bila dah habis baru gantikan dengan biskut baru.


Afiq bertindak sebagai model sedang mengambil biskut sarang semut [SS] di dalam balang. Time ni biskut dah nak habis pun.


Sedang menikmati biskut SS. Lepas tu dia buang. AFIIIIQQQQQQQQ!!! 

Ketupat palas. Sekarang harga dia dah naik. 100 biji RM60, dulu RM30 je tau. Kami beli 100 biji je.


Popia gulung yang sedap. Memang sentiasa dibeli setiap tahun. Dari harga RM4 lebih macam tu sampai harga dia dah jadi RM9. Tetap setia kami beli. Inti dia tu yang sedap. Rangup. Tu yang sanggup beli. Siap la nanti, bila dah pandai buat sendiri, tak adanya nak beli lagi.


Kalau perasan, sebelum ni ada tulis pasal bunga durian ni. Tahun ni, makcik kasi FREE je 100 kuntum. Best oo. Ini pun dah tinggal sisa, tapi sekarang ni time entri ni ditulis. Bunga durian ni dah habis dah. Habuk pun tarak. Tengok la tu, siap ada tulis nama lagi tau. Dari kecil sampai besar, mesti tulis nama. HAHAHA. Trademark dia la tu. 

Mengantuk ni, mengantuk. Dari tadi sambil menaip sambil terawangan. Nak tidur!


2 comments:

  1. terima kasih atas resepi itu. akan aku try :D

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    try tau, mudah aje tu :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.