Saturday, August 25, 2012

Misi Sejagat

AWAS ! ENTRY PANJANGGG OOO.

Nak bercerita pasal hari-hari sebelum raya, sebab rasa macam banyak aktiviti best yang saya buat [macam ayat perasan ko der, tapi betul la beb. wa tak tipu punya]. Disebabkan sebelum ni tak sempat nak menulis. Terkejar-kejar, lepas balik kerja buat kerja rumah, malam tidur. Jadi mungkin entri-entri akan datang akan berkisarkan kisah-kisah di bulan Ramadan dan raya.

Ada satu agenda yang sepatutnya perlu dilunaskan pada Aidilfitri yang lalu. Tapi disebabkan kerana malas dan penyakit bertangguh tetiba menyerang diri, maka memang tiada hasil yang sepatutnya membuahkan hasil. Berbelit-belit pula ayat ni. Biasanya setiap tahun mesti tukar langsir baru. HAHAHA. Eh, nanti dulu. Jangan terkejut dulu. Macam mana boleh tukar langsir tiap-tiap tahun? Tak mahal ke? Bacalah semua isi kandungan entri ni. Ada la jawapan dia tu nanti ;p

Tanggal 8 haribulan 8 dua ribu dua belas, sepas berbuka puasa. Gigih bertolak ke rumah mak saudara [nak juga guna ayat bertolak padahal jarak rumah hanyalah lebih kurang 7/8 minit macam tu] dengan niat nak menjahit langsir. Langsir ni dah lama beli sebenarnya, tahun lepas. Konon nak gunakan pada hari raya tahun lepas tapi ... [rujuk perenggan 2].


Saya lebih suka gunakan mesin jahit Raleigh ni. Walaupun mesin jahit ni, manual je, tapi ok je. Ini mesin jahit jenis zaman lama punya version. Bagi yang tak biasa guna, mesti mereka lebih gemarkan mesin jahit jenis baru. Tak perlu kayuh dengan kaki, just tekan je tapak kaki mesin tu, terus jalan. Sebenarnya saya suka juga gunakan mesin yang moden tu, tapi yang tu sepupu dah guna. Jadi mesin ni salah satu alternatif yang ada.


Langsir ni sebenarnya saya dah siap gunting tahun lepas dan kelim beberapa hari yang lalu, jadinya malam tu datang terus jahit. Kalau korang perasan, nampak separuh mesin tu kan? Haaa, itu bukan mesin jahit tau. Tapi itu mesin kelim baju. Memang kerja menjadi senang, sebab sepupu dan mak saudara ni tukang jahit. Err, bukanlah tukang jahit secara besar-besaran pun. Boleh lah. Nampak kain tu? Haa, itu langsir yang dah siap dijahit.


HIHIHI. Comel. Nampak tak kumbang tu? Ooo, mungkin dia nak tolong jahit sama agaknya.


Kain ni agak licin, jadi ada la lari sana-lari sini. Tak cantik sangat jahitan pada bawah langsir ni. Tapi  tak perasan sangat la. 


Catat sejarah tau, langsir terus siap pada malam tu. YEAYY! Biasanya makan hari juga tau nak siapkan langsir ni. Bila tengok jam, urmm dah hampir 1 pagi kot. Berbaloi la berjaga pada malam tu sebab langsir yang tertangguh ni pun dah siap. Letih tapi seronok. Ala, lenguh-lenguh sikit je. Bukan buat kerja berat pun.


Rumah kecil sudah siap dihiasi langsir. Sebenarnya kan? [ala-ala nak bergossip la pulak!] Kalau korang tak cukup bajet, tapi nak juga tukar langsir. Yang korang boleh buat la kan, pergi survey mana satu kain langsir yang murah. Tapi ingat, walaupun murah kena pastikan juga langsir tu mestilah cantik. Maksud saya, corak langsir tu. Senang cerita, korang pilih langsir mana yang korang rasa cantik di mata korang. Pada saya, langsir yang dipilih ni, nak cakap cantik. Tak adalah cantik mana, sebab kain dia licin dan berkilat sangat. Tapi bunga dia tu, cantik. Ala-ala english style la juga [konon]. Lepas tu, bezakan harga dengan beberapa kedai. Langsir ni saya dah survey dengan beberapa kedai dan harga dia berbeza. Bukan sikit tau, banyak la juga. Last, saya beli kat satu kedai ni, dia bagi harga murah. Bayangkan untuk satu rumah [hampir 23 meter], harga langsir ni hanyalah RM90 sahaja. Dah la tu, ada lagi lebihan kain dia tu. Boleh kira sendiri la kan 1 meter berapa harga dia? HIHIHI. Giler ar punya murah. 

Baru-baru ni, ada pergi jalan-jalan ke kedai kain. Mak ooiii banyak sungguh pilihan langsir. Dahlah harga dia boleh tahan. Corak dia laaagiiiilah boleh tahan. Cantik! Average harga RM8 untuk satu meter. Time tengah survey tu, terasa juga nak beli TAPI nantilah dulu. Bajet tak ada untuk langsir baru. Mungkin lain kali la kot :) Harap ada la lagi stok langsir tu semua.

Oh ya oh ya, saya bukan TERER menjahit tapi saya suka menjahit. Bak kata orang ni kan, jahit bodo-bodo boleh la. Yang pelik-pelik tu saya tak reti. Untuk langsir, saya dah mula menjahit kalau tak silap semasa dalam tingkatan 4 or 5 macam tu. 

Klik sini  Warna Perasaan . Langsir ini pun dah saya jahit juga. HAHAHA. Dah bertahun barulah siap jahit. Memang catat sejarah, langsir tak dijahit time tu juga. Biasanya, beli bulan tu, jahit bulan tu la juga. Tahun lepas memang haru. Jangan la tiru perangai ni eh. HIHIHI.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.