Thursday, August 2, 2012

Oh My ...

my apa? my mie. mie apa? mie? entahlah. tetiba je tu. ikut suka mulut dia je keluar ayat. Dah selamat membuang dan mengucapkan selamat tinggal kepada braces yang selama ini setia menemani didiku :) Oh my .. HAHAHA [entahpape la aku tulis nih]. 

26 Julai 2012 | Khamis
Jam 1, capai anak kunci, terus ke kereta. Pecut dalam kelajuan 80 - 90. Alhamdulillah sampai klinik terus masuk terus duduk terus capai majalah yang walaweh banyoknye majalah kat klinik ning. Sampai tak tahu nak baca yang mana satu, sampai mata menjadi rambang dan otak bergerak dengan cepat. Mata meliar tetiba pada ayat. Sebab masa tak mengizinkan, rehat di bulan Ramadan hanyalah 30 minit sahaja. Tempat kerja - klinik, hampir 20 or 25 minit juga. Jadi memang tak senang duduk, sebab dah la hari Khamis. Kalau hari Khamis, balik kerja adalah jam 3.00 petang. Whoaa! Dug dag dup dak la jugak jantung berdetak. Bayangkan hari tu, masuk pejabat adalah 2.30. Jam 3.00 balik. Fikir sendiri ar, kenapa saya kalut tak senang duduk. Banyak masa saya hutang oo. 

Lepas tu, dental assistant  panggil masuk. Eh ingatkan doctor yang buat, rupanya idok. Dental asst ni rupanya yang tanggalkan semua tu. Sakit jugak eh tanggalkan bracket ni semua. Nak-nak time yang kat geraham. Seolah-olah gigi kita tu nak tercabut. Cuak gak sebenarnya. Hoaa, sampai terpaksa cakap 'kita berenti dulu boleh dok?' HAHAHA. Sempat lagi bagi arahan. 

Lepas tu, dia polish semula gigi kita. Kasi tanggal gam yang melekat tu. Lepas tu dia ambil acuan untuk buat retainer. Atas dan bawah gigi. Benda yang membentuk acuan gigi kita tu tak sure panggil apa, tapi dia lembik macam doh plastesin yang kanak-kanak duk main tu. Masuk mulut lepas tu dia akan mengeras dan cabut. Fuh, macam nak tertanggal semua gigi. Siriyes. Tak sakit, but i mungkin nervous kot. Lepas tu try calm down diri sendiri. Eh elok je, cepat je keje dia. Sebab mungkin badan kita relaks kot. Padahal takde pape pun, bukan nak kena inject pun.

Nak cakap sedih berpisah dengan braces? Urmmm, tak jugak. Biasa-biasa je. Sebab memang dah tahu pun bulan 7 adalah bulan penamat untuk braces. Lagipun saya bukan jenis fanatik tak tentu pasal pada sesuatu benda. Biasa-biasa je. Jadi bila doktor cakap buka, buka lah. Cuma saya ada mintak hold sebab kedudukan gigi masih urmmm. tak memuaskan. Tapi saya malas nak fikir banyak, sebab doktor pun semacam je. Jadi, daripada orang tak nak layan baik kita blahkan braces tu.

Lepas buka braces tu, memang sangat lain la kita rasa. Macam takde gigi. Gigi kita nampak pelik. Rata semacam je. Muka pun berubah macam pelik je. HAHAH. Sebab gigi tu siriyes nampak macam palsu. Fake sangat-sangat. 

Kesimpulan saya kan, lepas buka braces ni. Zuppp di sudut hati 'betapa Allah adalah Pencipta Yang Maha Hebat. Sebijak mana pun seorang doktor tu membaiki gigi kita, ianya tidak setanding dengan ciptaan Yang Maha Esa. Allahu akbar'. Saya belajar sesuatu yang baru :) 

1 Ogos 2012 | Rabu
Datang semula klinik ambil retainer. Retainer ni fungsi dia tak nak kasi gigi bergerak. Untuk 6 bulan pertama, dinasihatkan pakai 24/7. Uhh, jenuh jugak sebab pakai tu ok cuma nak bercakap tu ko. Kalau nak tahu, comel je bentuk retainer tu sebab ikut bentuk mulut kita. Bentuk gigi saya adalah jenis kecil tak besar, kiranya kategori sederhana la kot. Cuma sangat tak selesa apabila memakai retainer nih. Dental asst ajar macam mana nak pakai retainer nih. Kekok juga sebenarnya. Lepas tu macam payah je nak masukkan kat dalam mulut tu, sebab kita kena pakai betul-betul. Kena ngam-ngamkan kedudukan dia dengan gigi kita. Tapi hari ni dah ok lah, dah senang la nak pakai. Alah bisa, tegal biasa la nanti tu.

Cuma [cuma laaagii].. Nak bercakap memang payah. Kalau orang luar dengar, mesti akan terfikir 'apa benda la budak ni cakap. ada emas ke kat dalam mulut tu? ke ada ayaq liuq?' HAHAHA. Kuang ajaq noo bergurau, kuang ajaq. Memang sangat tak selesa, mungkin sebab baru 2 hari pakai kot. 

Bila bercakap kan, tersekat dengan lelangit retainer tu. Mula la, 'syini nak wuat 5, lepas tu syitu letak yang waru arr'. Berbelit-belit nak cakap. Nak-nak kalau huruf yang mengeluarkan bunyi angin. Contoh huruf S, F dan lain-lain. Semalam, sampai hanya mampu tersenyum kat mana-mana orang yang kenal. Tak bukak mulut pun. Bukak mulut masa sorang ni datang borak-borak. Lepas tu cakap la kat encik nih, 'hok oleyh hakap hih'. HAAA? Lepas tu terus dia buat bahasa isyarat. HUHUHU. Saje je dia tu. Bergurau di petang hari. Sebab anak dia pun pakai braces juga, tapi dengan government. Dengar kata, kos adalah dalam RM700.

Hari ni, memang pakai retainer tapi yang bahagian atas, buang sekejap sebab menyukarkan komunikasi. Balik rumah nanti pakai balik :) Macam gigi palsu la, boleh cabut buka macam tu. Retainer ni siap ada bekas lagi tau. Nampaknya berkepit la dengan retainer ni untuk 2012. Lepas tu mungkin pakai sekejap-sekejap je la kot. InsyaAllah harapnya tak malas-malas la nak pakai. 

Ok la, menulis secara tergesa-gesa, sebab tu ayat bertunggang langgang. Berulang-ulang, tak tertapis. Taip pecut-pecut sebab sekarang kat pejabat. Saja bukak blog. HIHIHI



4 comments:

  1. oh.. ingatkan bila dah tanggal dah o.k dah .. rupanya kena pakai retainer lagi eh..?

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    a'aa.. retainer ni kiranya nak biasakan gigi dengan kedudukan sekarang. at least 6 bln jugak kena pakai. tp lagi lama kita pakai, lagi baik..

    ReplyDelete
  3. hehehe org ganu ker.... kat klinik maner buat braces nie??? tringin ler jgak ngah save bajet heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep! orang ganu ni je :)
      sis buat kat klinik hamidah, satu floor dengan ariani tu. fikir betul-betul bila nak buat ni. simpan bajet betul-betul juga. harapnya kos braces belum naik bertingkek tingkek :)

      Delete

Terima kasih atas pandangan.