Monday, August 27, 2012

Sampul Duit Raya

Ya Allah, hari ni datang ke tempat kerja dengan tenang. Eh tak tenang sangatlah, sebab bertolak dari rumah dah jam 7.40 am. Nasib baik lampu isyarat sporting memancarkan warna hijau. Kalau tak, jenuh la. Mesti sampai office lewat. Kalau lewat mesti merah. Kalau merah mesti rasa tak puas hati kat diri sendiri. Bila bersiap awal, mesti lengah-lengah. Selalu macam tu. Lain kali jangan macam tu.

Hampir seminggu lebih bercuti dari menjejakkan kaki ke tempat kerja untuk berhari raya di kampung. Saja je sebut kampung, padahal memang dah kerja kampung pun. HIKHIKHIK. Terasa agak ketidaktahuan untuk memulakan kerja. Kerja ada, bukan tak ada. Tapi perlu ada perancangan sebelum memulakan sesuatu. Sebab kadang-kadang semua kerja nak buat, last satu benda tak siap. HARU! Kakak dan abang semua dah selamat pulang ke rumah masing-masing pada pagi Sabtu [semalam]. Rumah memang kembali seperti sediakala. Bila mereka dah balik, keesokan hari barulah perasan termiss bagi duit raya kat anak buah. Terpampang nama Muhammad kat sampul duit tu. Oh banyak sorry la. Cuda terlepas pandang. Ye, saya memang akan menulis nama di setiap sampul sebab anak buah raaamaaaiii.

Ok, tadi agak bermain-main ketika di pejabat. Ada yang bercerita pasal anak dapat duit raya. Pasal aktiviti di aidilfitri. Pasal kemeriahan poom pammm pumm panggg~! Teruja bercerita sambil ketawa berdekah-dekah. Eh tak lah, bukan berdekah-dekah, hanyalah ketawa ceria sambil ditanyakan satu soalan iaitu 'awak tak pakai baju raya ke?' HAHAHA. Eh nak tau jawapan saya? 'tak ah, nanti ar pakai. belum turn dia lagi nak pakai'. HIHIHI. Yeee, saya pakai baju ikut turn. Dulu. Err, agak tegar begitu. Dan sekarang masih lagi tapi tak adalah seteruk dulu. Bak kata kakak saya memang orang tak akan dapat ingat baju yang saya pakai. 

Oleh kerana bermain-main tanpa arah tujuan, maka saya berjaya mengumpulkan sampul-sampul duit raya. Serius beb! Sebenarnya jujur dari sudut hati yang paling dalam, dah banyak hari dah saya nak buat benda ni. Namun tiada berkesempatan. Dan tadi, YEAY! HAHAHA. 

Memang gembira bila dapat buat semua ni. Bukan buat apa pun, cuma cuma cuma..

kumpul sampul duit raya banyak-banyak atas meja.

HAHAHA.

Sungguh kebudak-anakan. Ye, itu saya di dunia realiti. Cuma di dalam blog ni, tak retilah nak ekspress rakyatkan fe'el tak berapa comel tu. HUHUHU. Dalam handphone, macam-macam gambar yang korang sendiri pening kepala bila dah tengok [tanya la kakak saya macam mana SEBAB mereka menyelongkar gambar pelbagai versi, gaya kat handphone tu]. Giler malu. Tapi kakak-kakak saya cakap 'biasa ar, nak malu mende'. NGEEEEE~! Gigit gigi sendiri. Malu. malu. Lama-lama dah kurang rasa malu sebab kakak sporting. Dah kurang rasa malu eh bukan dah tak ada rasa malu. Beza tu, beza ;p

 Korang tak rasa ke, semua sampul tu SANGAT CANTIK?? 

saya ❤ semua sampul tu

Sebab tak sabar, mula-mula berteraburan aje sampul ni. Lepas tu terus tangkap gambar tu. Zrapppp! Tapi rasa macam tak cun pulak. Err, kawan saya kat sebelah tengok je la apa yang saya buat ni. HAHAHA. Peduli ar, dah tahan ni nak ambil gambar koleksi sampul cantikkkk! Dia dah faham sangat perangai saya. 'nampak macam sombong, senyap je tapi bila dah kenal....'. Dah dah, apa yang ada kat dalam kepala, tak wajib pun ditulis semua. Tak wajib. 

Jadi 

Kita susun balik, susun cantik-cantik, eh tak berapa cantik lagi ni. Tapi boleh la. Marilah saya kenalkan sampul-sampul duit raya tu semua.
1. yang atas sekali sebelah kiri dan kanan, itu kawan pejabat punya
2. sampul coklat corak bunga-bunga, buatan tangan adalah rekaan oleh sepupu sendiri + sampul hijau budak-budak sedang main bunga api tu adalah pemberian sepupu kepada, errr entahlah siapa punya. Kepunyaan anak buah sendiri, tapi tak pasti siapa. Kat dalam tu masih berisi tau. BERISI pitis raye. Ada dalam handbag mak cik dia yang sedang menaip ni, macam mana boleh ada dalam handbag aku? Dok tahulah.
3. Tiga sampul comel itu, hijau + biru + pink adalah sampul saya sendiri. Memang comel sebab size dia kecil je, lepas tu harganya murah. Tak sampai RM2 untuk 30 or 40 keping macam tu. Nak buat macam mana, saya suka barang-barang murah yang berkualiti [baca : memberi keuntungan]. HAHAHA
Oh sampul yang bercorak duit raya tu, juga kepunyaan kawan pejabat. Memang tak boleh blah sampul duit tu. Boleh menipu dan mengecewakan kanak-kanak. Sampul duit RM50 tapi isi kat dalam RM1. Memang terpedaya. 
4.  Sampul duit perodua. Comel dua biji kereta tu. Pandai eh promote eh. Err, itu saya dapat FREE ketika pergi service kereta kat perodua itu hari. Dapat 20 keping. Berbaloi.
5. Yang gambar TUDM tu, sampul duit tahun lepas punya, pemilik sebenar adalah adik 3 saya. Terjumpa dalam laci, terus kakaknya menggunakan tanpa was-was. Cuma tak bestnya, bila saya letak duit dalam tu. Anak buah cakap 'ini pak aziz'. Oh, mereka keliru kerana saya tidak melambangkan sampul tersebut. Itu bukan identiti saya. Saya tiada beridentiti. Sebab menggunakan 3 sampul. Jadi macam mana mereka nak cam. Salahkan sampul sebab mereka semua cantik-cantik belaka ooo
6. Warna biru tak biru tu, kepunyaan kawan pejabat juga. Design dia cantik sebab suasana kampung. Oh i sungguh like suasana kampung. Uh! Tak suka ar ayat macam tu. Tulis semula, tulis semula, saya sungguh suka suasana kampung :) Lepas tu dia cakap 'ambik aje lah aida, simpan'. Terus aje letak dalam handbag. HAHAHA.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.