Monday, August 20, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Baru berkesempatan menjenguk MPS selepas bermula cuti kerja Khamis lalu. Sementara kelapangan masih bersisa ni kan, jadi eloklah kesempatan yang terpampang di depan mata ini direbut dengan pantas sebelum datang kesibukan [ecewah!] nanti.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. TAQABBALLAHU MINNA WAMINKUM, TAQABBAL YA KARIM.. Mohon maaf andai selama ini ada terkasar bahasa di dalam penulisan di dalam MPS ni, terngada-ngada, terentah apa-apa, andai ada terasa dengan penulisan yang mana kadang-kadang tak ada kena mengena apa pun dengan kalian, tapi ye lah kan, manalah tahu kan? Yang tukang tulis menulis aje berdasarkan kehidupan dan hidup seharian. Urmm, bak kata orang, lebih baik kita memohon maaf walau kadang-kala kita tak rasa kita ada melakukan kesilapan [kita rasa, sedangkan kita tak tahu].

Oh ya, di sini ada sedikit pesanan. Sepatutnya nak tulis minggu lepas lagi tau, tapi ruang tak berapa mengizinkan. Panduan ni, sangat elok kepada tuan/puan yang ada anak-anak. Kalau tak ada anak lagi, boleh berpesan kepada anak-anak buah, sesiapa aje lah.

Ingat Pesan Mak!

Pada musim perayaan banyak berlaku perkara tidak diingini jika tidak berhati-hati terutama anak-anak.

Dalam pada bergembira, keselamatan ahli keluarga anda perlu juga diberi perhatian. Tip di bawah mungkin membantu anda berpesan kepada anak-anak tentang keselamatan diri mereka semasa menyambut hari raya.

  • Sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika berbasikal atau berjalan kaki ke mana-mana tempat semasa berhari raya.
  • Semasa menunggu kenderaan teman atau saudara di tepi jalan, berhati-hati bimbang ada orang yang mungkin ada berniat tidak baik kepada anak anda.
  • Jangan biarkan anak-anak anda bermain-main atau berada di luar kawasan rumah semasa orang lain sibuk di dalam rumah.
  • Jangan  biarkan anak-anak anda bermain-main atau berada di luar kawasan rumah dan tidak berteman semasa musim perayaan.
  • Pesan kepada anak-anak supaya mengawasi mereka yang mendakwa kononnya disuruh oleh anda menjemput anak-anak pulang ke rumah dari sesuatu tempat.
  • Jangan mudah percaya kepada sesiapa pun walaupun saudara atau jiran yang tidak berapa rapat, atau mempunyai perwatakan yang mencurigakan.
  • Suruh anak-anak menjerit sekuat-kuaaatttt hati sekiranya mereka dipaksa naik kenderaan atau mengikut orang yang tidak dikenali pulang sehingga menarik perhatian orang ramai.
  • Jangan beraya di rumah mencurigakan bagi mengelak perkara yang tidak diingini terutama kanak-kanak perempuan [budak-budak kan, suka je beraya ke rumah sesiapa sahaja, jadi perlu pantau tau].
Source: Majalah Wanita Ogos 2012

Sebahagian pesanan di atas tu, elok je terpakai ketika bila-bila masa. Yelah, sekarang pun banyak kejadian yang tak kita ingini berlaku.

Jadi, beringatlah sentiasa dan berpesan-pesan semasa kita.

Jumpa lagi :)



2 comments:

  1. terima kasih atas tipsnya.. akak ni ada anak memang kena ambil tahulah..

    ReplyDelete
  2. ah.. ya! sekali lagi.. selamat hari raya. mohon maaf atas semuanya.. :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.