Tuesday, August 14, 2012

Selamat jeng jeng jeng ..

Asal nyanyi lagu raya je, mesti ada jeng jeng jeng. Entah apa pasal pun tak tahu la. Mungkin nak bagi bunyi lagi menarik la kot. Selamat jeng jeng jeng hari raya.. jeng jeng jeng. HAHAHA. Tapi sebutan tu kalau tak kena cara, memang tak menarik juga dengarnya. 

Sejak bermenjak ni, curi-curi ayam je update MPS ni. Sebab bila dah balik rumah, memang tak sempat nak upload gambar, menulis. Yang kusempat hanyalah menulis macam tu je, itu pun kadang-kadang buka blog kat office.  HEHEHE. Cerita yang nak diceritakan pun dah mula bertukar menjadi jeruk pekasam. 

Balik dari kerja hari tu [tengok nampak sangat dah lama], nampak atas meja sekeping sampul surat berwarna putih suci. Urmm dah tahu dah, dah boleh agak dah. HAHAHA.

Taraaaaaaaa~!!!! 



Cantikkkk. Eh, kalau jawab cantik kena bagi duit raya eh? HAHAHA. Ini posing gaya bebas ke Shinta? Sekali Cida tengok macam duduk atas kerusi. Ewah terus berbahasa Cida, macam berbahasa kat anak buah la pulak. Eh memang Shinta ni dah jadi sebahagian dari anak buah pun. Tengok Shinta pakai tudung macam ni, dah tau dah. Mesti mami dia yang pakaikan. Kan? kan? Eleh, dah tahu dah :) 



Selamat sampai kat tangan si penerima. Wah sangat-sangat la berbesar hati dapat kad raya daripada kawan maya. First time ni tau. Sebab saya sebenarnya, tak adalah ramai kawan sangat kalau di alam maya ni. Biasa-biasa aje. Bila blogwalking pun, jarangggggggg saaannggaaatttt tinggalkan jejak langkahku. Tiada komen atau apa-apa. Halimunan gitu. Tak reti sangat la bab-bab mengomen ni. Lebih suka baca je. HIKHIKHIK. Tapi Mami Shinta ni, antara rakan maya yang selalu saya berhubung melalui pembacaan di blog dia, melalui komen-komen. Kat dalam MPS ni pun, komen dia la yang teratas menuju puncak 0_o

Oh ya, kalau anda suka baca-baca cerpen kan, boleh la tengok link Mami Shinta ni My Story. Banyak cerpen kat dalam tu. 



Ni keseluruhan kad raya. Oooo.. macam ni ya tulisan Mami Shinta. Selama ni kan, kita asyik tengok melalui komputer aje kan. Ini tulisan real punya. Err, terasa lama tak menulis ayat 'komputer'.



SELAMAT HARI RAYA JUGA UNTUK SHINTA DAN JUGA MAMI DAN JUGA SELURUH FAMILY SHINTA. BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH DI ATAS PEMBERIAN NI TAU. Dah lama tak dapat kad raya daripada kawan-kawan. Kalau ada pun, yang official macam tu je. Itu pun ayat skema. HAHAHA. Maklumlah, orang zaman sekarang dah lupakan kad raya. Kalau kita dulu, masuk je bulan Ramadan mesti pergi cari kad raya. Dah siap tulis nama siap-siap nak bagi kat si polan ni la, si polan itu la. Meriah giler sebab kadang-kadang kad raya sampainya berpuluh-puluh keping. WAAHH! Itu zaman kegemilangan la. Sekarang??? Idok ler gitu yerk!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.