Monday, August 13, 2012

Tak Ku Sangka, Tak Ku Mengharap

Errr, itu bukan tajuk lagu. Jika anda masih ingat entry ini, Alhamdulillah Subhanallah [sebenarnya saya bukanlah mengharapkan orang ingat penulisan saya, sebab biasanya kita sendiri yang lebih mengingati tiap kejadian untuk diri kita, err sama juga dengan anda bukan? HEHEHE]. Ah senang cerita, kalau baca previous entry tu, barulah faham entry ini. Kerana ianya adalah kesinambungan. Kesinambungan yang tak disangka. Saja tulis pembuka bicara dengan agak panjang sebab nak kasi orang faham akan maksud hati.

Mula-mula macam tak nak tulis je pasal nih, tapi tulis ajelah. 

Urmmmm, malam tadi macam ni. Kiri kanan saya semuanya budak sekolah, baru form 3. Lepas tu, adalah makcik kat depan ni berpaling bertanyakan sepertimana dialog di bawah kepada budak sekolah ni:

Makcik : dari mana?
Budak sekolah : dari ... [saya tak dengar dengan jelas]
Makcik : buat lapan ke dua puluh?
Budak sekolah : buat lapan je..
Makcik : buatlah penuh, orang muda kan. kami ni dah sakit lutut.
Budak sekolah : sekolah dah tetapkan waktu nya [lebih kurang la begitu jawabnya]

Lepas dia tanya budak sekolah tu, dia tanya pula ..

Makcik 1 : yang ni sekali ke?
Saya : errr, eh bukan. saya datang sendiri je
Makcik 1 : oo.. ingatkan sekali
Saya : tak [senyum]

Seorang lagi makcik berpaling ...

Makcik itu : Ambil mana sejadah nih?
Saya : [tak terfikir langsung] Oooo, ini orang bagi ..
Makcik itu : ketawa kecil, saya yang bagi.. patut rasa macam kenal je sejadah ni
Saya : Haaa?? [memang serius terkejut] Ya Allah, saya memang tak harap dah boleh jumpa dengan orang yang bagi ni. sebab memang tak cam muka nya
Makcik itu : sebab dah lama rasanya
Saya : a'aa.. err, bulan 5 hari tu [saya selak date yang saya tulis di celah sejadah putih tu]
Makcik itu : ooo, tulis kat situ ..

Sampuk kawan dia..

Makcik 1 : tuan dia duduk depan ni aje
Makcik itu : [sambil senyum] panjang umur lagi la ni.
Saya : [saya senyum je sebab tak sangka dan saya memang tak berharap dapat berjumpa dengan si pemberi hadiah istimewa ni, sebab orang ramai, wajah dia pula saya dah lupa-lupa. malam tadi berjumpa jua akhirnya, tengok rupanya saya duduk dibelakang dia aje tau. dipertemukan semula dengan si pemberi selepas hampir 2 BULAN SETENGAH BERLALU]

Saya kat belakang senyum sorang-sorang sebab benda yang kita tak sangka terjadi, makcik tu pula bercerita kat kawan dia lagi sorang yang duduk bersebelahan dengan dia. 

Tu je lah nak habaq mai. HIHIHI


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.