Friday, September 14, 2012

Beraya

Agak mencabar untuk menghasilkan penceritaan bagi Beraya. Tadi masa upload gambar, tiba-tiba pula dikatanya dah exceed dah limit 1gb. Duk fikir la juga, rasanya gambar tak ada la banyak sangat di upload [selama berblog] Tapi awat jadi lagu ni noo? Cheq tak tahulah. Kot-kot la cheq upload banyak, tapi cheq PERASAN tak upload banyak. HEHEHE. Try punya try, akhirnya boleh aje upload gambar ni semua. Cuma lain kali kena la aware pasal ni. Entah tak tahu la apa masalah dia yang sebenarnya. 

Hari tu hanya berkongsi cerita pasal kuih biskut raya aje. Kali ni nak bercerita pasal kami beraya pada Syawal 2012. Raya kami simple aje. Sangat simple. 

Pagi raya : kakak ipar buatkan kuah untuk nasi kuning. Saya pula masakkan nasi kuning untuk kali pertamanya. Resepi ni dah saya cari dan print siap-siap sehari sebelum saya bercuti panjang untuk menyambut raya. Alhamdulillah, nasi menjadi walaupun tak sempurna mana. Tak sempurna kerana saya tak kacau beras tu semasa dia dimasukkan kat dalam periuk, jadi warna kuning tu tak berapa nak serata. Lain kali kena kacau at least 3 kali la kot sebelum ia betul-betul masak. Ini supaya kuning tu serata dan nasi akan cantik. 

Manakala lauk iaitu gulai ikan tongkol yang dimasak oleh kakak ipar [Ummi Afiq] SANGAT MENJADI. Rasa gulai tu secukup rasa. Mungkin lain kali boleh buat lagi. HEHEHE.

Selepas kami bersolat raya, terus ke kubur. Tak susah sangat nak cari kubur arwah Che [panggilan untuk mak dulu] sebab kuburnya paling atas atau dengan kata yang mudah. Terletak hampir di tengah-tengah kawasan kubur, di puncak kubur. Kenapa di puncak? Ini kerana kubur ini ianya semakin membukit, meninggi. Senang nak cari kubur arwah mak sebab kubur arwah antara yang paling bersih. Melihat kawasan kubur arwah mak, memang agak menyayukan juga hati ini. Tanahnya putih bersih. Ada sebongkah kayu besar yang digunakan untuk kita duduk. Saya ke kubur hanyalah setahun sekali. Setiap kali ke kubur, tiada lalang-lalang yang tumbuh meliar sehingga menyukarkan pengecaman kubur mak kecuali batu-batu sungai dan pokok yang ditanam. Macam baru semalam mak pergi tinggalkan kami. Kubur terjaga rapi. Rasa bersyukur. Kerana menandakan ada yang datang ke kubur untuk membersihkan kawasan kubur mak. Adik 2 hampir setiap hari ke kubur arwah mak. Kerana yang kami ada hanyalah doa. Hanya doa yang kami boleh salurkan kepada mak di alam sana. Semoga doa-doa kami semua diterima Allah. Amin amin amin. 

Lain kali kan, terasa juga nak abadikan gambar kubur mak untuk simpanan. Tapi tu lah, setiap kali ke kubur, memang tiada gambar yang saya rakam. Padahal sebetulnya saya agak tegar bab-bab mengambil gambar ni. Seperti tahun lepas lepas, datang ke kubur semata-mata untuk 'berjumpa' dengan mak. Handphone memang tak bawa ke sini. Terjadi dengan spontan. Balik solat raya, kami capai Yassin/terus pandu kereta, terus je kami ke kubur. Macam tu je. Handphone macam tak wujud. Kamera apatah lagi. Lain kali la kot. 

Lepas tu kami ke rumah sanak saudara yang terdekat. Kiranya masa 1st day raya. Dah selesai berarak ke rumah mereka semua.


Nina, anak buah yang sulung. Tahun ni dah UPSR. Minat Najwa Latif. Pakai tudung pun nak macam NL. Payah juga sebenarnya nak pakaikan tudung masa pagi raya tu. Kain tudung ni licin. Jadi perlu banyak pin and jarum. Nak cover leher lagi, sebab silap pakai dia macam terlondeh. Akhir kejadian, tudung kembali ok.


Kami bergambar bertiga sebenarnya. Dah crop gambar orang tepi. Nak tunjuk dua-dua minat NL. Jadi tahun ni, nak bershawl la pulak. Tudung adik tak berapa nak kemas, tapi boleh la sebab dia tak nak pakai jarum. Jadi pakaikan kat dia seadanya aje :)

Keluarga besar kakak 2. Kalau perasan, semua anak-anak dia pakai bunga kat tepi tudung. Nak gelak pun ada. Berbaloi la beli bunga ni semua kasi kat mereka. Sebab dorang pakai siang malam. Wah wah! Terharu mak cik dia nih haa.


Kombinasi warna semasa hari raya baru-baru nih.


Suasana kampung saya. Kampung saya biasa-biasa aje. Nampak tak rumah putih nih? Ini adalah rumah wajib yang kami kunjungi untuk bermain masa kecil-kecil dulu. BEST TAU!! Kat sini kami tengok tv, kat sini kami bertanding buat karangan, kat sini kami mandi air hujan, kat sini kami main congkak, kat sini kami makan nasi 'saing' or makan nasi secara beramai-ramai. Kat sini kami membesar sebagai budak kampung dengan gembira :)


Kami dah selesai beraya dari rumah ke rumah jiran. Masa ni dah nak balik dah. Jalan kaki je, sebab kampung ni kecil je. Sekali pusing dah hampir 2/4 kami ziarahi. 

Nabiha dan Auja. Ni masa dorang dalam mood 'berbaik-baik'. Kalau mood bergaduh, urmmm boleh tahan ooo. Semua silat, semua kungfu keluar. 


Dah nak sampai rumah pun. Nampak tiang merah tu tak? Itulah rumah tok. Sebelah pulak, mestilah rumah saya. 


Dah sampai rumah dah. Hari dah memang petang sangat dah. Nampak dua buah rumah jiran. 


Yang ni keadaan di atas Jambatan Sultan Mahmud. Memang sesak. Masa hari pertama, kurang sesak, sebab orang tak ramai lagi keluar beraya. Dah masuk hari ke dua, ketiga dan seterusnya. Urmmm, masak la dalam kereta. 


Anak buah beli mainan comel ni. Benda alah ni, boleh la di panggil lazer. Tapi siap bercorak lagi. Kalau tak silap ada dua corak. Pancaran ni, kalau dekat ia akan mengecil, bila kita tinggikan dan jauhkan benda alah tu. Imej dia menjadi lebih besar dan jelas. Best juga melayan benda ni. HAHAHA. Anak buah kasi can makcik dia main benda ni. 

Tahun ni tak beraya pun kat rumah kawan-kawan. Duduk rumah aje. HUHUHU. 

#gambar terpaksa diupload dalam size yang kecil dan besar, nak kasi kurang penggunaan kuota gambar. HEHEHE



1 comment:

Terima kasih atas pandangan.