Friday, September 21, 2012

Fenomena

Sedang lepak-lepak di suatu petang yang tenang. Waktu pun dah nak masuk maghrib. Tiba-tiba satu suara kedengaran.

Abang 2 : eh, ce mu tengok bakpe kuning kat luar??
Saya : biasa la tu, hari nak hujan [malas nak layan]
Abang 2 : kuning sangat
Saya : [tak berganjak tapi melihat cermin tingkap sahaja, memang nampak kuning sangat-sangat jadi saya terus bangun ke luar rumah]
Saya : a'aa. kuning nya. 

Serius saya tak tahu nak cakap apa, sebab ni la kali pertama tengok suasana macam ni.

Abang 2 : kan aku dah kata kuning, tadi aku ingat rumah mak su, tapi bila tengok, kuning..

Ayah pun keluar sama. Semua kagum dengan fenomena yang jarang-jarang berlaku ni. Atau mungkin tiada apa pun sebenarnya, tapi oleh disebabkan ini kali pertama kami melihatnya. Terasa kagum, Ya Allah. Rasa macam tak tahu la nak cakap. Rasa nak jerit kat jiran-jiran, keluar la semua, tengok kawasan rumah kita jadi kuning :)

*sempat gi ambik handphone. HIKHIKHIK

Subhanallah

16.9.2012 : 7.09 pm
Kuning menyelubungi petang hari


16.09.2012 : 7.10 pm
Kuning masih bersisa


16.09.2012 : 7.11 pm
Nampak tak awan kuning tu? Ia bergerak perlahan-lahan, lalu berubah menjadi biasa. Tak tahu lah mungkin awan tu di bias cahaya matahari. Mungkin, atau juga tidak mungkin. Entah


16.09.2012 : 7.12 pm
Kuning sudah bertukar wajah. Kembali kepada sediakala. Sekejap aje fenomena kuning ni. Tengoklah sendiri time untuk setiap gambar yang dirakamkan tu. Hampir _+7 minit aje kejadian ni.


2 comments:

  1. ia selalu berlaku.. kat tempat akak. dari zaman kecik-kecik dulu. Ia di panggil 'kuning hari' oleh arwah nenek. Dan ya.. org tua selalu byk pantang. Bila 'kuning hari' kami di larang berkeliaran di luar. Masa dah dewasa ni dah jarang alami alam senja yang demikian kuning. rasa rindu pun ada.. dulu masa kecil tak fikir sgt yg ia keajaiban alam yang Tuhan bagi kita nikmati. Bila dah besar ni rindu juga nak merasa 'senja yg kuning itu'

    ReplyDelete
  2. o ye ke. kuning hari, urmm tak tahu panggilan macam tu. kat sini jarang sangat2 jadi macam ni. sebab tu teruja dan nikmati sungguh2 masa kejadian tu. suasana dia cantik sangat :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.