Sunday, September 2, 2012

Kasut Giler! ..

memang tahap giler kentang ar. Kenapa giler kentang? Adik 4 balik dari membeli keperluan untuk latihan dia. Lepas tu dia ceritakan tentang kasut murah. Bukan setakat murah. Tapi dah sampai tahap, entahlah nak cakap pun dah tak ada ayat yang menggambarkan kegilaan harga dia nih.

Adik 4 bercerita, katanya dia mencari dan mencari ternampaklah kasut putih [kasut kanvas] yang memang memeranjatkan nya. 

Mula-mula kita tengok gambar kasut..


Cantik kan kasut ni?

Sekarang tengok harga dia. 

RM5. 

RM5 aje ok!

Runtuh giler kan harga dia.

Memang kegilaan yang berganda kan? Hai, kenapalah banyak sangat word 'giler' malam ni. Kerana nak menunjukkan betapa melampaunya harga kasut ni. Murah yang tak dapat kita fikir.

Nasib baik kan, ada juga supermarket yang menawarkan harga runtuh tahap mencecah rumput macam ni. Sekurang-kurangnya orang yang kurang berkemampuan masih dapat merasai dan membeli kasut ni dengan gembira. Orang yang mampu tetapi membeli dengan harga murah, itu tak perlu fikir sangatlah. Kita jangan fikir diri kita sahaja, tapi fikirkan mereka-mereka yang masih bersekolah rendah dan menengah. Fikirkan mereka yang berada di dalam golongan yang kurang mampu. Yang mana mak ayah tak mampu untuk belikan kasut yang mahal-mahal untuk persekolahan anak-anak mereka. 

Sedih bukan. Mahu bersekolah, bersemangat tetapi kurang mampu untuk membeli keperluan persekolahan mereka. Urmm, memang sedih dan kasihan. 

Kerana itu lah, tengok barang murah. Kena fikir jauh-jauh, jangan fikir tentang diri saje, tapi fikir juga tentang mereka-mereka yang kurang mampu di luar sana. Alahai macam terrepeat aje ayat kat atas, tanda ayat dah habis untuk entri nih.



2 comments:

  1. salam ... dimana ya beli kasut ni ? hehehe

    ReplyDelete
  2. Wslm.. Oo kasut ni beli kat mydin je. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.