Sunday, September 9, 2012

Mahal Itu Eksklusif

Eksklusif la sangat kan? Perasan tak, kalau sesuatu barang tu ada jenama. Terus harganya mencanak naik. 

Oklah, untuk rekod, pihak MPS ada membuat satu entry berkenaan RM2. Rasanya bila dah baca intipati entry tu, dah dapat agak kan apa dia? Hari tu, ada terbaca pasal kes seorang pembeli yang membeli roti canai kosong dengan harga RM1.80. WOoot! Dah tak boleh nak kata wooOOOW la kalau macam ni. Di ulang kata, RM1.80 untuk roti canai kosong. Mahal tak hingat! Kalau macam ni, dah boleh naik haji la der. 

Bila terbaca tentang satu aduan seorang pembeli ni di dalam satu akhbar. Memang teringat la entry RM2 tu. Kiranya penulisan saya secara pemerhatian sendiri tu, tak ada lah tersasar. Tak adalah hentam keromo je. Walaupun nampak macam ooo kutuk negeri sendiri eh? Bukan macam tu, yang mana benar kita tulis. Benar itu pahit kan? Urmm, kan saya dah cakap, makanan kat Terengganu ni agak mahal. Ini penduduk tempatan sendiri yang alami. Kalau orang luar yang datang sini, urrmmm tak tahu lah. Memang menjerat leher oo.

Boleh dikatakan, saya agak anti la dengan pemilik atau peniaga yang sesuka hati menaikkan harga kepada pembeli. Kalau orang luar, eh eh terus aje naikkan harga. Nak untung cepat. Kalau dengan penduduk tempatan pun, urmm kami juga terkena tempiasnya. 


Ada ke mereka boleh cakap itu harga makanan semasa bulan Ramadan dan mereka tak ingat nak betulkan. Lepas tu, roti canai yang kecil sedikit adalah berharga RM1.20 kot. Yang bersaiz besar sikit, harganya RM1.80. Tapi isunya, roti canai kosong tetap berharga RM1 dan ke atas! Nak geleng kepala ke nak menari gangnam style. Eh eh tetiba terkeluar pasal gangnam style. Kenapa eh tarian macam tu cepat sangat menular kat negara kita. Sempat la juga menonton youtube satu keluarga yang nak sambut hari raya selepas terbaca kat dalam akhbar pasal family ni. Mereka terakam and lepas tu mereka upload kat dalam yt. Dapat sambutan video ni. [yelah dengan aku sendiri nontonnya, nak tau macam mana gangnam style]. Pandangan aku, ada juga tarian tak sesuai untuk ditarikan kat dalam video tu. Kalau budak-budak tengok, mesti ada yang terikut. Bajet hot! Kita memang mudah mengikut... ok lah, aku skip sebab banyak sangat ketulusan hati mengupas pasal benda ni. Tutup pasal cerita selingan nih.


Mengarut sungguh, Terengganu terlibat dengan aktiviti pelancongan. Secara umumnya kawasan yang terlibat dengan aktiviti ini harga makanannya mahal sedikit. Tak nak ar ulas, nanti aku emosi pulak.


Tak tahulah 5 tahun akan datang macam mana, 10 tahun akan datang macam mana. 15 tahun akan datang macam mana? Kesian bukan? Oleh itu marilah kita belajar memasak dan berbisnes! Eh. Tiba-tiba :)



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.