Thursday, September 6, 2012

Sudah dan Akan

Sudah
- pelajar pelajar baru sudah pun masuk ke kampus, berdaftar dan jumlah agak ramai pada sesi kemasukan ni
- jamuan raya untuk pejabat sudah diselesaikan, meriah. Sangat meriah! Nanti akan dientrikan. InsyaAllah
- mengemaskini data-data bagi kemasukan pelajar lama yang akan memulakan pengajian mereka pada minggu hadapan. Oh semoga semuanya akan dipermudahkan Allah. Amin amin amin

Akan
- memulakan penjadualan bagi semester yang berikutnya
- kesibukan akan mendampingi diri untuk sebulan dua ni. Jumaat dan Sabtu akan berubah menjadi seperti hari berkerja
- menghantar adik 4 menghadiri latihan bagi masa depannya. Hai Pulau Pinang :) . Gembira dan teruja kerana tak pernah menjejak kaki ke sana

Ok sampai sini dulu, sebab perlu mulakan kerja untuk hari Khamis dah ni. Semoga pada hari ini dapat menyudahkan sisa-sisa kerja yang perlu disiapkan. Semoga dapat selesaikan dengan baik, lengkap dan terbaik. Amin amin amin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.