Tuesday, September 11, 2012

Tak Semua Tajuk Memerlukan Tajuk

I
Balik kerja hujan renyai-renyai. Hari bertambah gelap. Menandakan malam akan menjelma. Di depan lampu isyarat sana, kelihatan seorang lelaki bermotorsikal yang tidak berbaju hujan. Basah lencun. Di sebelah lelaki tersebut, terdapat lelaki lain yang berbaju hujan. Saya pernah merasai keadaan sebegitu. Bermotor, berbaju hujan namun baju yang dipakai lencun jua. Hujan ketika itu lebat. Sangat lebat. Sehingga mematikan enjin motorsikal. Sudah la mati di tengah jalan yang sunyi, kenderaan tak berapa nak meriah di ketika itu. Enjin motor yang dinaiki mungkin sejuk. Sebab tu menyebabkan 'kematian'. Kematian pada enjin. Dalam hujan, gigih berusaha menghidupkan kembali motor yang dinaiki. Usaha itu akan ada hasilnya. Alhamdulillah, motorsikal berjaya dihidupkan dan saya meneruskan perjalanan meredah hujan dengan muka terkena tempias hujan. Pedih oo terkena air hujan. Dalam kepayahan, selamat sampai ke rumah juga. 

Jadi, apabila saya melihat suasana sebegitu di depan mata. Seolah-olah saya melihat diri saya di masa lampau. Pengalaman berhujan bermotorsikal berenjinkan enjin yang mati, memberi saya lebih rasa. Rasa kasihan kepada si penunggang motorsikal di depan sana. Saya tahu apa perasaan dia, mungkin sama dengan apa yang pernah saya rasa. Mungkin juga tak sama. Mungkin tak sama langsung.

II
Di pejabat tadi, TERsinggah sebentar di sebuah meja kawan pejabat. Terbau roti john. Wangi. Sangat menguji deria bau. Roti john rupanya di atas meja aje. Lantas ditanyakan di mana boleh dibeli roti john itu. Katanya, jangan bimbang. Dia akan bawakan untuk saya selepas habis mesyuarat. HEHEHE. Rezeki. Alhamdulillah.

III
Di tika ini, saya memang dilanda kesibukan biasa [rutin] setiap kali pelajar masuk. Sebagai rujukan KLIK di sini, di siniiii di siniiiii [tiba-tiba bersuara seperti di dalam gua] FOKUS KURANG itulah tajuk entry yang dulu. Dalam kesibukan menyelesaikan pelbagai masalah daripada pelbagai pihak [oh mungkin saya masih tidak lagi mencapai tahap expert, jadi masalah yang sedikit terasa sudah cukup membuatkan diri berbollok aroks]. Ketika sibuk menyelesaikan pelbagai masalah [diulang], saya menyedari dan seakan ingin mengambil mic dan memberitahu kepada para pelajar. Belajar la bersungguh-sungguh. Tolong! Belajar dengan smart. Tak guna study hard, tetapi kita tak ke mana. Belajar dengan bijak, belajar dengan sepenuh hati dan menyandarkan pengharapan kepada Allah. 

Kenapa saya ingin berbuat demikian? Kerana, saya sering kali menyemak maklumat pelajar dan yang saya selalu [gemar] perhatikan ialah tahun kemasukan mereka. Oh! Urmm, ada yang belajar hingga memakan masa 5 tahun. Sedangkan tahun yang diperlukan hanyalah 4 tahun. Meruntun hati. Kerana mereka masih muda. Kerana mereka tak semuanya orang berada. Tapi masih di sini. Sampai di satu ketika, saya terfikir sekiranya saya emak kepada pelajar-pelajar ini semua, tentu berasa tidak sabar untuk meraikan konvokesyen mereka. Tapi adakah ibu bapa mereka sedar bahawa anak-anak mereka ada yang bertungkus lumus untuk menyudahkan pengajian mereka. Ada yang gagal di tengah jalan. Saya sangat hormati semangat pelajar yang mempunyai semangat gigih untuk terus berjuang hingga ke garisan akhir. Betul, ada sesetengah pelajar menambah semester bagi membaiki CGPA mereka ke arah yang lebih baik. Itu betul. Cuma perasaan meruntun ini timbul, apabila melihat tahun yang tertera adalah tahun ke 5. Tahun ke 4. Semoga adik-adik ini terus istiqamah di dalam pencarian ilmu dan cita-cita mereka. Lewat bukan bererti tidak bagus! Bukan bererti gagal. Semuanya ada hikmah yang tersendiri.

Kerana itu, apabila semakin lama kita hidup. Kita akan lebih mengerti dan memahami. Universiti bukanlah penentu kehidupan berwarna-warni. Kerana semasa kita di dalam universiti sendiri, belum tentu kita dapat meraih kejayaan. Kita perlu melihat endingnya. Universiti adalah salah satu batu loncatan untuk berjaya. Namun harus diingat, ianya bukanlah 100% penentu kejayaan kita. Sebab itulah, tidak mustahil seseorang yang tidak pernah menjejakkan kakinya ke U, namun berjaya. Sangat berjaya. Kehidupan kita adalah tidak sama. Rencah kita adalah berlainan. Syukurilah apa adanya.

IV
Saya menghantar adik 4 ke latihan di negeri Utara pada Sabtu yang lepas. Saya dan adik 3 meneliti senarai nama pelatih yang melapor diri pada hari tersebut. Kami sibuk membilang bilangan pelatih yang berasal dari Terengganu. HAHAHA. Memang macam tiada kerja. Tapi syok juga buat benda yang orang lain tak ambil pot pun. Saya perhatikan ic mereka. Tahun kelahiran mereka. Adik 4 masih dikira tak tua mana lah. HEHEHE. Masih ada lagi yang lebih berusia daripadanya. Saya tertarik dengan seorang pelatih ini. Baru berusia 20 tahun. Rasanya dia pelatih termuda kot, pelatih yang paling berusia adalah berumur 25 tahun. Selepas selesai latihan hampir 6 bulan ini, dia akan keluar dengan kerjaya yang tetap. Rezeki kan? Saya cemburu dengan pelatih muda ni. Kerana, di masa sekarang kerja tetap bukanlah sesuatu yang mudah. Kerja tetap dan menjamin. Cuba kita fikirkan, sekarang masih ramai lagi graduan di luar sana yang terkial-kial mencari kerja. Masih lagi menunggu panggilan temuduga, menunggu keputusan temuduga, menunggu dengan penuh harapan. Namun kadang-kadang, rezeki masih belum menyebelahi mereka. Akal nakal saya berkata-kata 'patut adik 4 tak perlu masuk ....... [bukan Uni], patut masuk kat sini terus. Keluar dapat kerja. Belajar dah buang masa dah, padahal kerja sekarang langsung tak ada kaitan dengan apa yang dia belajar dulu'. Tapi saya sedar, banyak benda yang Allah telah sediakan kepada kita. Dia lengahkan perjalanan adik 4 saya untuk mendapat peluang kerja tetap dengan digantikan dengan pengalaman yang sangat berharga. Pengalaman berharga diraih sebelum menikmati pengalaman yang lain. Nikmat mana yang hendak kita dustakan? Syukur.

VI
Siang tadi, kepala berserabut dengan sisa-sisa kerja yang belum dihabiskan. Terapi yang paling best sekali ialah rumah.manis.rumah. Ye betul, di rumah sendiri. Tidak perlu dilaburkan wang ringgit. Tidak perlu rumah sebesar padang bola, tidak perlu rumah berperabotkan ribuan ringgit. Hanya perlu pulang sahaja ke rumah, masuk ke rumah dan nikmati terapi di dalamnya. Bila masuk ke rumah, saya berasa tenang. Buka tv, sambil menguyah. Betul-betul terapi ni! Pasal kerja? Errrr, dah tertinggal di pagar tempat kerja T____T

VII
cukuplah untuk kali ini. Hingga jumpa lagi :)



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.